CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4275|Reply: 68

[Jenayah] Pelajar Tingkatan Tiga pukul guru dengan penyapu

[Copy link]
Post time 4-8-2022 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar Tingkatan Tiga pukul guru dengan penyapu




HULU SELANGOR: Berang rambutnya dipotong kerana panjang, seorang pelajar Tingkatan Tiga bertindak memukul gurunya di sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu ketika guru disiplin wanita berusia 52 tahun sedang membuat rondaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata guru wanita itu menerima laporan daripada seorang guru berhubung seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berambut panjang.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya bertindak menggunting rambut pelajar lelaki berkenaan.

"Pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh, sebelum dia bertindak memukul mangsa dengan penyapu.

"Akibat dipukul, mangsa cedera di mata kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Arsad berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan suspek.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

"Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK)," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... guru-dengan-penyapu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus cikgu tu x melawan blk. Kang jd isu lain. Better lah wat report polis biar mak bapa bdk tu hadap polis pula.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Selangor...asyik 'bg orng' penyapu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 4-8-2022 07:24 PM
Selangor...asyik 'bg orng' penyapu jer...

Penyapu tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 4-8-2022 08:26 PM
kakikuDibibirmu replied at 4-8-2022 07:47 PM
Penyapu tersenyum sinis {:m ...


kek hulu Selangor jugok... boleh dh buat monumen penyapu kek HS ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 4-8-2022 07:51 PM
kek hulu Selangor..jugok...

Omg...kebetulankah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2022 10:20 AM | Show all posts

Guru wanita dibelasah gara-gara potong rambut pelajar.

HULU SELANGOR: Seorang guru wanita dipukul seorang pelajar lelaki kerana berang rambutnya dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa yang juga guru disiplin berusia 52 tahun sedang membuat rondaan.

"Guru wanita berkenaan menerima laporan daripada seorang guru lain yang menyatakan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu berambut panjang.

"Mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Arsad berkata, pelajar tersebut marah dan mengugut mahu membunuh guru berkenaan.

"Pelajar itu kemudian bertindak memukul guru wanita berkenaan dengan batang penyapu hingga menyebabkan mangsa cedera di mata kirinya," katanya.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan pelajar terbabit.

"Hasil ujian air kencing ke atas pelajar berkenaan negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

"Dia ditahan reman bermula Khamis hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Woi budak berhingus! Kalau nak bela rambut panjang, tunggu habis sekolah la budak! Takpun suruh je mak bapak kau tukar masuk sekolah international & private! Takpun tak payah sekolah / home school mcm anak si palat sohai. Kalau kau berani pukul cikgu, maka kau berani pukul mak bapak kau tu. Rata2 budak masa zaman sekolah, memang hensem. Dah habis sekolah, muka bertukar kepam busuk mcm kena sumpahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawah pengaruh dadah patut laa otak tak bolrh fikir
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 5-8-2022 10:44 AM
Bawah pengaruh dadah patut laa otak tak bolrh fikir

Negatif ujian dadah lah sis
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 5-8-2022 10:44 AM
Bawah pengaruh dadah patut laa otak tak bolrh fikir

Dah aku scroll blk baca artikel sebab kat ats tu tulis negatif dadah

Ishh, kuangjaq sangat ni
Jenis org xleh pegang sebarang kepala dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:58 AM | Show all posts
persoalannya di sini:

1. bolehkah cikgu disiplin berkenaan memotong rambut pelajar sesuka hati? adalah terdapat peraturan, undang2, pekeliling yg membenarkan mana2 guru mengambil tindakan sedemikian?

2. jika YA, cikgu tersebut perlu memotong rambut pelajar tersebut dgn berhemah dan tidak memaki hamun pelajar tersebut. Perlu dilakukan di bilik tertutup dgn kehadiran cikgu2 lain.


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak i last week pun baru kena kerat rambut. Kikikiki.... I gelakkan aje. Tapi tak la panjang. Rambut depan dia je sampai kening lg dia
pengawas kan.. so 4 org pengawas kena gunting utk ditunjuk ke semua pelajar yg kantoi rambut panjang..kira amaran pertama. Cikgu pun agak sopan juga bagi wassap group minta maaf dan bg nasihat  pd pelajar yg dia gunting. I is ok.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru sekolah pun dah takde disiplin, parents x amik tau ank tu x tgk rambut dh pjg ke apa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
gitu je die belasah cikgu hnye sbb rambut. jejage mak bapak sekalian. jgn bagi anak korg menikah dgn bdk ni. psl rambut dh kne belasah. sok luse dh menikah, diduga masalah duit, agaknye ditikam teros kot?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajar budak ni. Harap bukan sbb didikan mak bpk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ada ugut bunuh jadik kes polis la
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai ugut bunuh cikgu?? Too much la
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:52 AM | Show all posts
ni nengok mat kilau ni tu yang semangat pendekar berkobar kobar
*ko ada saka ke dekkk kerasukan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:58 AM | Show all posts
Dapat lapuran terus pergi potong mana tak mengamuk budak tu.  Bukan ke kena bagi arahan gi potong rumbut tu dulu baru boleh bertindak kalau dia masih berdegil.  Dah 52 pun masih tak tahu macam mana nak handle budak 15 tahun ke macam mana.  Budak darjah satu pun tahu mengamuk kalau diperlakukan macam tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.091049 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list