CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 5

Pekerja McDonald's Ditembak Kerana Hidang Kentang Sejuk

[Copy link]
Post time 5-8-2022 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki di New York yang menembak pekerja McDonald's kerana menghidangkan kentang goreng sejuk kepada ibunya, didakwa dengan cubaan membunuh.


AFP melaporkan, Michael Morgan, 20, menembak pekerja McDonald's berusia 23 tahun di Brooklyn, New York pada Isnin, menurut polis dan New York Post.




New York Post




Mangsa berada dalam keadaan kritikal di hospital.


Insiden itu bermula dengan pertengkaran antara seorang wanita berusia 40 tahun dan mangsa yang didakwa memberinya kentang goreng sejuk, kata tabloid itu.


Wanita itu membuat panggilan video kepada anaknya, Morgan yang menyerbu rangkaian makanan segera dan bertengkar dengan pekerja itu sebelum mereka berdua keluar.


Morgan kemudian menembak pekerja itu, menurut sumber polis yang dipetik oleh New York Post.




New York Post




Tertuduh ditahan beberapa kali atas pelbagai jenayah, kata akhbar tabloid itu.


Morgan juga didakwa dengan tuduhan memiliki senjata api, kata jurucakap Jabatan Polis New York kepada AFP.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pernah terjadi kejadian sama sebelum ni.  Mesti org tak nak dah kerja mcd kat US.  Tak pun kena letak bullet proof screen kat counter.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:47 AM | Show all posts
Macam wild wild west scram you muka pun mat pet dengan seluar londehnya pakej
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 5-8-2022 03:20 PM

Bahana senjata API blh dpt dgn mudah..apapun.. black lives matter..so mungkin akn buat demo, mamat black ni mgkin difitnah Dan dikasari pihak polis... harkkkktuihhhh bluerrkk..

Tak Salah ko nak berkompang apa pun matters..tp biarlah ditempatnya..tp klu yg Salah, ko nk back up juga..moga ko pendek umur jela..sia2 je ko hidup..

P/s cercaan den bknlah merujuk kpd kes diatas..cumas secara amnya shj..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 03:33 PM | Show all posts
pelaporan berita yang tidak lengkap. wartawan sinar harian pemalas nauzubillah!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap mak dia sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.530435 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list