View: 1335|Reply: 10
|
[Tempatan]
Jangan Buang, Jual Semula Minyak Masak Terpakai, RM 3 Sekilo kepada KISMAT
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 6-8-2022 12:48 AM
Minyak masak merupakan salah satu bahan yang wajib ada di dapur rumah anda untuk tujuan menumis bahan masakkan atau menggoreng. Biasanya, lepas kita menggunakan minyak untuk menggoreng, lebihan minyak tersebut akan dibuang.
Namun, tahu tak yang sisa minyak masak tersebut boleh dijual semula kepada Kitar Semula Minyak Terpakai (KISMAT) yang digerakkan oleh Majlis Perbandaran Sepang.
Menerusi perkongsian MPS di laman Facebook miliknya, mereka sedia membeli minyak masak tersebut dengan harga RM3/KG. Minyak masak terpakai ini akan diproses untuk dijadikan BIODIESEL.
Langkah untuk anda kitar semula minyak masak adalah anda perlu tapis terlebih dahulu minyak masak yang telah digunakan setelah selesai aktiviti memasak. Kemudian, anda boleh jual kepada mereka di Pusat Inovasi @ Sepang.
Pusat berkenaan dibuka dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang
.Sumber: MPS
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tgh2 kl x der ke? Jauh pulak nk ke Sepang |
|
|
|
|
|
|
|
Wow
Bestnya..mahal dia amek..
Ada yang amek.rm1.50 sekilo..
Tp dia dtg rumah kita la.amek...
Nama dia captain oil.tak.silap |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus inisiatif ni. Aku pun ada minyak masak terpakai. Cuma tak tahu nak dispose di mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak aku pun jual minyak, dia niaga ayam goreng kumpul sbln - 2 nnt budak tu dtg ambik ngan lori. Aku selitlah sekali. Akak aku duk area pandan indah. |
|
|
|
|
|
|
|
kaka guna botol minyak masak semula masuk minyak masak lama. cycle camtu. rm3 tu kira tinggi betul harga. |
|
|
|
|
|
|
|
dia banyak je orang xnak jual minyak terpakai sebab ada yang kata
jual pastu dia recycle minyak tu balik masuk paket
bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama ada tapi ramai tak tahu mengenainya |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal ni dia ambik.. paling tinggi pun RM 2 sekg.. tapi wiken lak tak bukak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|