CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 807|Reply: 11

[Tempatan] Bapa tabah jaga lima anak istimewa

[Copy link]
Post time 6-8-2022 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-8-2022 04:10 PM

Bapa tabah jaga lima anak istimewa


ABDUL RANI Mat (tiga dari kanan) bersama lima anak istimewanya di kediaman mereka di Kampung Rumbia, Beserah di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF


  • Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
  • 6 Ogos 2022, 7:34 am















KUANTAN: “Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus menjaga, menguruskan dan menyayangi limaanak istimewa ini”.

Demikian kata Abdul Rani Mat, 62, dari Kampung Rumbia, Beserah di sini yang kini bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan lima anak istimewanya setelah isteri, Zawiyah Mahmud, 58, meninggal dunia pada 24 April lalu.

Lima anak istimewa itu adalah, Mohamad Asrul Nizam, 37, Siti Nurul Ashikin, 34, Mohamad Iskandar, 30, Mohamad Ikmal Hakimi, 23, dan Mohamad Amir Azwan, 19.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abdul Rani berkata, kelima-lima anak istimewanya itu perlu dipantau dan diuruskan kerana mereka tidak pandai menguruskan diri sendiri.

“Kesemua anak istimewa saya ini juga tidak boleh bercakap sejak dari kecil, bagaimanapun faham dan dengar jika kita bercakap dengan mereka.

“Dahulu, saya dan arwah isteri menguruskan mereka bersama-sama, kini ia tanggungjawab saya sepenuhnya, namun, ia bukan beban buat saya,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, anak-anak istimewa itu menerima kunjungan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers diketuai penaungnya, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir yang hadir menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Abdul Rani berkata, kelima-lima anak istimewa itu dilahirkan normal seperti mana kanak-kanak yang lain.

“Apabila membesar, mereka tidak seperti kanak-kanak lain kerana tidak boleh bercakap dan tidak pandai menguruskan diri sendiri.

“Apabila meningkat dewasa kini, mereka sudah boleh ke sekolah pendidikan khas. Ada sesetengah perkara, mereka boleh uruskan sendiri tetapi perlu sentiasa dipantau, selain ada waktunya bertindak agresif dan di luar jangkaan,” katanya.

Bapa kepada tujuh orang anak itu tidak pernah mengeluh dan berjanji akan terus menjaga anak-anak istimewanya tersebut dengan penuh kesabaran dan juga kasih sayang sehingga ke akhir hayatnya.

Bagi menyara kehidupannya dan keluarga, beliau yang juga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya melakukan kerja-kerja kampung dan mengambil upah membersihkan halaman rumah jiran dengan upah bulanan RM300.

“Dahulu semasa arwah isteri masih ada, saya buat macam-macam kerja setelah berpencen tentera termasuk menjadi pemandu lori.

“Kini, saya tidak boleh keluar bekerja jauh, hanya buat kerja-kerja kampung kerana tumpuan perlu diberikan sepenuh masa kepada anak-anak istimewa saya di rumah.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana turut dibantu oleh anak kelima, Nurul Aina Fitrah, 28, yang tinggal bersama saya di rumah,” katanya. –UTUSAN ONLINE





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah.
Siannya lahai.
Berat mata memandang. Berat lagi bahu uncle ni memikul. Semoga baik2 sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau 1st mcm tu mungkin dah takdir..tapi kalau 2nd pun sama...something is wrong..kena chk and x sepatutnya tmbh lagi...apa je yg dorang mampu buat kalau parents dah xde
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 6-8-2022 08:20 AM
kalau 1st mcm tu mungkin dah takdir..tapi kalau 2nd pun sama...something is wrong..kena chk and x se ...

Anak 7 kan? Yang istimewa 5... Yang lagi 2 tu la kot kena bertanggungjawab kalau jadi apa2 kat bapaknya
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni masalah genetik ke sampai 5 orang? Mak pak dia sepupu ke?
Sbb kwn meols mak pak sepupu rapat, anak2 perempuan semua dpt SLE. Siap ada meninggal. Yang ada ni pon menderita dgn mcm2 penyakit bawaan SLE
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Thunderclouds at 6-8-2022 09:08 AM

Mungkin genetik. Tp style org kita pesen mindset mebi yg the next one typical so cuba lg. Patu cuba lg..dan cuba lg tu yg sampai 5org ank special. Acik2 porum yg belom kawen selain dr hiv test jgn lupa buat screening utk thalassemia. Takut unknowingly masing2 carrier. Yg merana ank2. Kesian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
MasyaAllah...kuat semangat bapanya.
Semoga Allah Taala permudahkan urusan bapanya mengurus anak2 istimewa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Off topic kejap..nk tanya betul ka speech delay pun sebab genetic? Kawan aii overseas graduation tapi ank semua speech delay.. dia kata dah check mmg sbb genetic..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 6-8-2022 08:39 AM
Anak 7 kan? Yang istimewa 5... Yang lagi 2 tu la kot kena bertanggungjawab kalau jadi apa2 kat bap ...

harapnya begitulah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 10:20 AM | Show all posts
Syabas buat beliau sebab tak mengsia2kan mereka tak sub sana sini mintak orang lain tolong jaga
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ke 5 tu tak cacat ek? Ke cacat to still boleb bantu dia?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 6-8-2022 08:39 AM
Anak 7 kan? Yang istimewa 5... Yang lagi 2 tu la kot kena bertanggungjawab kalau jadi apa2 kat bap ...

Kesian juga yg 2 org lagi..semoga dipermudahkan urusan org yg menjaga dan dilimpahi rezeki dan kebahagiaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.122054 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list