View: 905|Reply: 5
|
[Tempatan]
Penduduk Langkawi terbeban harga tiket feri naik
[Copy link]
|
|
LANGKAWI – Penumpang feri menyifatkan kenaikan harga tambang feri yang menjadi pengangkutan utama untuk keluar masuk ke Pulau Langkawi sebagai membebankan.
Rata-rata pengguna yang ditemui di Terminal Feri Penumpang Kuah di sini, kecewa dengan kenaikan harga tiket dari Jeti Kuala Perlis dan Kuala Kedah itu.
Penduduk pulau peranginan ini, Che Hajar Che Dan, 48, berkata, dia berpeluang mendapat tiket pada harga murah kerana merupakan penduduk Langkawi, namun pembelian perlu dibuat di kaunter.
“Kalau beli secara online, sama juga kena bayar macam orang luar kerana tiada pilihan untuk pembayaran bagi penduduk Langkawi.
“Saya ada anak yang belajar di luar dan biasanya akan balik pada waktu cuti, jadi saya terpaksa beli tiket secara online untuk anak yang mana kenaikan harga tiket ini turut membebankan walaupun kami berasal dari Langkawi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Seorang lagi penduduk Langkawi, Natasya Abdul Karim, 21, berkata, pihak pengurusan feri sepatutnya meletakkan harga tiket feri bagi penduduk Langkawi bagi pembelian online.
“Bukan semua orang ada masa untuk ke kaunter tiket dan kalau orang Langkawi berada di luar Langkawi pastinya mereka akan beli tiket secara dalam talian kerana tiket feri selalu habis awal.
“Tidak perlu kata kenaikan harga tiket tidak melibatkan penduduk sedangkan tiket itu hanya boleh dibeli di kaunter,” jelasnya.
Pelancong dari Ulu Tiram, Johor, Mohd. Saiful Mohd. Amri, 30, berkata, pengumuman kenaikan harga tiket pada saat-saat akhir itu membebankan pelancong.
“Saya bernasib baik kerana telah membeli tiket secara online pada malam tadi (kelmarin) dan hanya mendapat tahu mengenai kenaikan harga itu selepas selesai membeli tiket.
“Semalam umum naik harga, hari ini sudah mula. Kalau dia beri tempoh sebulan mungkin pelancong tidak terkejut tengok tiket tiba-tiba naik harga,” ujarnya.
Kosmo! semalam melaporkan tambang bagi laluan Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah naik antara RM3 hingga RM11.50 berkuat kuasa semalam.
https://www.kosmo.com.my/2022/08/06/penduduk-langkawi-terbeban-harga-tiket-feri-naik/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian penduduk pulau serba serbi jadi mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 6-8-2022 10:23 AM
Kesian penduduk pulau serba serbi jadi mahal
Ic tetap langkawi harga tak naik sama ja. Yg beban kalau beli online sbb harga sama ja dgn harga luar. Nak beli kat kaunter Q panjang kdg2 tiket cepat habis dan mcm2 la kalau pick seasons |
|
|
|
|
|
|
|
Ini naik new price kan... Dahulu warga langkawi discount rm 2 saja kan otc
Way before ada ticket return same day jauh lebih murah... Ini warga langkawi sendiri cakap |
|
|
|
|
|
|
|
boleh buat pas kad utk orang langkawi,
tak payah beli tiket.
jual pas pada org yg ada IC alamat di langkawi saja,
register kan serial number pas kad dengan IC number.
buat macam touch n go. settle. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang pulau hari2 naik feri ka macam org JB hari2 cari makan di Singapore? Then solution dia buat season ticket. Komuter dari mainland pun layak, jgn discriminate.
Kalau setakat naik feri 3 bulan sekali tak payah lah banyak bunyi. Dah lah korang sedap harga coklat murah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|