CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dakwaan palsu Imam Mahdi muncul pada Hari Arafat

[Copy link]
Post time 6-8-2022 11:31 AM | Show all posts |Read mode

DATUK Mohd Yusof Ahmad menandatangani plak Pengesahan Arah Kiblat di Stesen Petronas Jalan Seremban-Tampin, semalam. FOTO Amin Jalil

Seremban: Dakwaan Imam Mahadi akan muncul pada Hari Arafah tahun ini antara punca tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, disiasat Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS).

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, dakwaan itu dimaklumkan oleh sebahagian pengikut tarekat berkenaan kepada JMNS selepas mereka mula menyedari pengamalan yang dilakukan Habib Shah Firdaus bertentangan dengan hukum syarak.

"Pengikutnya mendakwa Habib Shah Firdaus memaklumkan akan berlaku satu peristiwa besar pada Hari Arafah, baru-baru ini iaitu Imam Mahadi akan muncul di Makkah.


"Bagaimanapun, peristiwa besar yang didakwanya itu tidak berlaku membuatkan sebahagian pengikutnya hilang kepercayaan terhadapnya.

"Habib Shah Firdaus kemudian mendakwa peristiwa itu akan berlaku pula pada 10 Muharam iaitu pada Isnin ini," katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Arah Kiblat Bagi Surau Stesen Petronas Peringkat Negeri Sembilan, di Stesen Petronas Jalan Seremban-Tampin, di sini, semalam.

Mohd Yusof diminta mengulas mengenai tindakan JMNS menutup pusat pengamalan tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, yang beroperasi di Lot 3263, Jalan Labu Batu 8, Kampung Jawa, Labu, di sini, sejak 3 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ini Habib Shah Firdaus berada di Makkah bersama lebih 100 pengikut tegarnya kerana menunaikan haji dan umrah.

"Menerusi siasatan kita, dimaklumkan pada peringkat awalnya iaitu pada Mac lalu, Habib Shah Firdaus bersama kira-kira 300 pengikutnya pergi ke Makkah untuk menunaikan umrah yang difahamkan kos dia ditaja oleh pihak tertentu.

"Ada kalangan pengikutnya pula dikatakan menjual tanah, kereta dan lain-lain untuk mendapatkan belanja bagi mengikut lelaki berkenaan menunaikan umrah di Makkah," katanya.

Menurutnya, ketika berada di Makkah, ada kalangan pengikutnya menyedari terdapat amalan yang dibawa Habib Shah Firdaus yang bertentangan hukum syarak atau meragukan termasuk mendakwa Imam Mahdi akan muncul pada Hari Arafah.

Mohd Yusof berkata, berikutan daripada itu, pengikut terbabit bertindak pulang ke Malaysia dan membuat aduan kepada JMNS dan seterusnya siasatan dimulakan terhadap tarekat berkenaan.

"Terdapat juga amalan lain yang meragukan didakwa dilakukan Habib Shah Firdaus iaitu melakukan tiga kali sujud pada rakaat terakhir solat dan mencium sejadah," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun lelaki berkenaan enggan pulang ke tanah air dan mendakwa ingin terus menetap di Tanah Suci.

Menurutnya, beberapa pengikutnya ingin pulang ke tanah air tetapi menghadapi kekangan dari segi kos perjalanan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ul-pada-hari-arafat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047464 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list