CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4198|Reply: 29

[Tempatan] Perbalahan Shafiq vs James Lee: PM arah KSN tubuhkan jawatankuasa khas untuk siasat

[Copy link]
Post time 6-8-2022 05:50 PM | Show all posts |Read mode

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS hari ini. - Foto BERNAMA

SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat ‘perbalahan’ Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dengan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini.
Menurutnya, beliau sudah meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk menentukan pemilihan ahli jawatankuasa itu nanti.
"Kita minta supaya KSN melihat perkara ini dan menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman untuk menyiasat perkara ini. Kita kena berlaku adil kepada semua pihak…yang mengadu, yang diadu.


"Kita serahkan kepada satu jawatankuasa, akan ditentukan oleh KSN, siapa pengerusi dan sebagainya untuk membuat siasatan secara dalaman.
"Jadi ahli jawatankuasa itu mungkin daripada luar. Ada yang mencadangkan Peguam Negara sebagai pengerusi tapi itu saya serahkan kepada KSN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, pada Sabtu.
Pada masa sama, Ismail Sabri berharap jawatankuasa itu dapat ditubuhkan secepat mungkin untuk menyiasat sebaiknya insiden berkenaan.

"Kita serah kepada jawatankuasa, mereka siasat. Bukan susah sangat sebab saya lihat ada video. Mereka perlu memanggil saksi, kedua-dua belah pihak dan mereka akan buat keputusan.
"Kita bincang, tak mahu timbul ada perpecahan dalam kakitangan kerajaan. Suasana harmoni dalam kerajaan perlu dikekalkan," ujarnya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan tular dakwaan Mohd Shafiq menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kakitangan JIM dalam kejadian yang berlaku antara 8.40 hingga 9.40 pagi di KLIA.

Begitupun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan tuduhan Ketua Pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai JIM yang bertugas di KLIA.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada awal pagi Khamis, JPA menjelaskan Mohd Shafiq telah membuat teguran terhadap imigresen khususnya Ketua Penolong Penguasa Imigresen, James Lee berhubung ketidakpatuhan amalan dan prosedur.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu LG kejadian yg membangangkan..ko xreti2 nk bekerjasama utk kepentingan negara???budus walau berpangkat..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha....finally sesama dorang bergaduh. i loikeee
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang atas bergaduh terus tubuhkan jawatankuasa siasatan khas ya? Orang bawahan bergaduh terus kena tindakan tatatertib.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 6-8-2022 07:38 PM
Orang atas bergaduh terus tubuhkan jawatankuasa siasatan khas ya? Orang bawahan bergaduh terus kena  ...

Azam belen kantoi beli saham xde plk tubuh jwtnkuasa khas
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke berjawatankuasa bagai walaupon mamat tu kekwat tapi peg immi memang patut sesekali kena carots
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mana nk tgk vid? aku dok search tak jumpa pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang lebat ke sembang kari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 11:15 PM | Show all posts
Pak mail mmg bodohhhh bahloll
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 6-8-2022 11:41 PM

Apa itu imigresen???-rohingya
imigresen itu..apa sihh???-PATI Indon
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Katekan KPPA ni lagi ateh kasta dari KSN?  Berdekah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 6-8-2022 08:43 PM
mana nk tgk vid? aku dok search tak jumpa pun

iols tgk video sket je kt fb
org jpa p kaunter imi, staff imi bgn amik pasport drg, sapik dtg relax² je ke kaunter
tu je yg ada, xde plk org leak kan video kena marah kena berdiri tegak dsb

iols tgu jugak org sebarkan video full ke
baru adil untuk dihentam sapa yg salah
tp xpatut tubuh JK khas..lembaga tatatertib xleh ke amik kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 6-8-2022 11:41 PM
iols tgk video sket je kt fb
org jpa p kaunter imi, staff imi bgn amik pasport drg, sapik dtg rela ...

lahh patut la
Benda kecik je kan smpi nk tubuh jkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:48 AM | Show all posts
Saya tanya ke suami perihal kasus ini, suami ndak mau komentar tapi di bilang yang dia team Dato' Sri Mohd Shafiq.


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Video penuh pasti dah kena block dari disebarkan kepada awam. Kalau betul2 telus. Suruh je MAB siarkan semua video. Ada berani ke? Baru netizen boleh adili dgn telus sapa bersalah. Jangan pulak tetiba cctv rosak
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 12:32 PM | Show all posts
takkan la team VVIP kalah kalau dah tubuh2 jawatankuasa bagai ni. eh org kenamaan blh kena tatatertib tak? takkan la kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar tak sedar diuntung. Bila negara kena covid, hasil berkurang, kerajaan siap buat pinjaman (naikkan had hutang) agar gaji penjawat awam dapat dibayar dan tak kena potong. Memalukan. Hasilnya? Bergaduh, hisap dadah, tuang kerja macam2. Apa lagi yg diorang nak???
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan isu staf gomen berkelahi pun PM nak komen... dah takde isu yg lebih penting ke jd ketua negara ..keje xde?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 04:17 PM | Show all posts
bintangct replied at 7-8-2022 12:33 AM
lahh patut la
Benda kecik je kan smpi nk tubuh jkuasa

dah ditulis video tu tak penuh, tunjuk yang murni2 ja sebagai damage control.
Hasilnya macam komen ko lah



Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat isu penjawat awam ni..PM tak perlu masuk campur. Biar KSN je uruskan.

Jangan sampai yang bersalah dianak tirikan...nanti bermacam menda org korek balik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 1.315130 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list