CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 686|Reply: 4

[Dunia] Wanita dijangkiti cacar monyet di Thailand.

[Copy link]
Post time 6-8-2022 09:08 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Seorang wanita disahkan dijangkiti virus  cacar monyet, menjadikannya  kes keempat wabak berkenaan di Thailand, lapor laman berita Thaiger  kelmarin.

Ia juga merupakan kes pertama cacar monyet di Thailand  melibatkan pesakit wanita.

Wanita berusia 22 tahun itu mendaftar masuk ke sebuah hospital di wilayah Samut Prakan, tengah Thailand pada  Rabu lalu dan menjalani ujian cacar monyet keesokan harinya.

Keputusan ujian mengesahkan bahawa bahawa wanita muda itu dijangkiti virus cacar monyet.

Dia kini dirawat di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura di Bangkok.

Sementara itu, pihak berkuasa sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi  kontak rapat wanita itu.

Wanita itu berkata,  dia demam pada 29 Julai lalu tetapi masih pergi ke tempat hiburan bersama seorang rakan warga Thailand dan seorang warga asing pada keesokan harinya.

Cacar monyet mempunyai kadar penularan yang rendah,  namun berjangkit melalui sentuhan dan hubungan seks.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit (DDC), Dr Opart Karnkawinpong meminta orang ramai mengelakkan sentuhan fizikal rapat dengan orang yang tidak dikenali bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Individu pertama yang diuji positif cacar monyet di Thailand tahun ini ialah lseorang elaki Nigeria berusia 27 tahun di Phuket,  manakala mangsa kedua ialah lelaki Thailand berusia 47 tahun di Bangkok dan ketiga ialah seorang pelancong Jerman.

Mereka semua  pulih tanpa menggunakan ubat antivirus.

Dr Orpas berkata,  hanya kumpulan sasaran tertentu seperti kumpulan berisiko tinggi dan pekerja penjagaan kesihatan yang menjadi barisan hadapan perlu diberi vaksin terhadap virus itu.

Kementerian Kesihatan Awam mengumumkan minggu ini bahawa Thailand akan menerima 1,000 dos vaksin cacar dari Amerika Syarikat pada bulan ini, yang juga berkesan terhadap cacar monyet. – Agensi

Sumber



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 12:27 PM | Show all posts
individu ptama ni yg lari tu kan?
Individu pertama yang diuji positif cacar monyet di Thailand tahun ini ialah seorang elaki Nigeria berusia 27 tahun di Phuket,  manakala mangsa kedua ialah lelaki Thailand berusia 47 tahun di Bangkok dan ketiga ialah seorang pelancong Jerman.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa hari tu yg kata cacar monyet is gaypox.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cacar ni airborne ke tak? Ada kata close contact.. buat project baru kena. Ko main dgn gayah ke dik?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 7-8-2022 03:25 PM
Cacar ni airborne ke tak? Ada kata close contact.. buat project baru kena. Ko main dgn gayah ke dik? ...

Mula2 dikata kan STD. Tp skrg kalau skin to skin pon boleh sebabkan monkey pox ni. Even kissing pon boleh sebabkan monkeypox
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.405009 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list