CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 933|Reply: 5

[Dunia] Dikecam guna dua petak parkir untuk ‘cop tempat’ bagi rakan

[Copy link]
Post time 7-8-2022 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-8-2022 02:40 AM

Dikecam guna dua petak parkir untuk ‘cop tempat’ bagi rakan



GAMBAR menunjukkan kereta itu diparkir di tengah-tengah dua petak parkir kenderaan berhampiran Boscombe Pier, Bournemouth. - RYAN MORTIMER


  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 5 Ogos 2022, 12:00 pm















LONDON: Penduduk di Bournemouth, United Kingdom (UK) mengecam tindakan seorang individu yang menggunakan dua tempat letak kenderaan semata-mata untuk ‘cop tempat’ bagi rakannya.

Penduduk dikenali sebagai Ryan Mortimer memuat naik gambar kereta berkenaan diparkir di tengah-tengah dua petak letak kenderaan menerusi media sosial.

Memetik laporan Metro, Mortimer berkata, ramai orang menegur perbuatan individu itu dan rakan-rakannya.

Dia mendakwa individu itu meletak keretanya dalam kedudukan tersebut selama lebih dua jam sehingga menimbulkan kekecohan di kawasan parkir berhampiran Boscombe Pier.

Menurut Mortimer, pihaknya sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa berhubung isu tersebut namun tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah itu.

Tindakan individu itu menyebabkan ramai pelancong dan penduduk terpaksa merebut mencari tempat letak kereta di tepi pantai.

“Kereta diparkir di Boscombe Undercliffe Drive dalam keadaan seperti ini selama lebih sejam.

“Saya dapat tahu dia cop petak parkir untuk rakannya, jadi saya mengadu kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan diambil.

“Selepas lebih dua jam, rakannya sampai dan petak parkir itu diberikan kepadanya. Ramai yang menegur tetapi mereka kelihatan tidak peduli,” katanya.


https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/08/dikecam-guna-dua-perak-parkir-untuk-cop-tempat-bagi-rakan/


https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/08/dikecam-guna-dua-perak-parkir-untuk-cop-tempat-bagi-rakan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 06:51 PM | Show all posts
Ingat isu parking ni memang 1 dunia menghadapinya
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Indian ke black? Black jrg nk swimming sbb rambut diorg susah sikit nk jaga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2022 10:51 AM | Show all posts
lattehazelnut replied at 7-8-2022 03:50 AM
Indian ke black? Black jrg nk swimming sbb rambut diorg susah sikit nk jaga..

Seperti indian, mereka memang suka buat seperi itu, mungkin baru sampai UK.

Beberapa bulan lepas pun ada satu kes parking di atas pavement. Orang complain tak boleh parking disitu satu kesalahan dan orang tak boleh nak jalan dan tolak stroller.  mereka kata mereka tak buat salah dan mereka parking disitu dan berlalu pergi. Mereka memang susah nak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 10:54 AM | Show all posts
Dimana2 negara ada je species macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 10:55 AM | Show all posts
ingat di msia je ada perangai pprt gini hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.966506 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list