KUALA LUMPUR: “Kebahagiaan yang saya dan anak-anak rasakan selepas berjuang hampir lapan tahun hanya sementara.”
Demikian luahan hati seorang ibu yang mahu dikenali sebagai Priscilla selepas mendapat tahu keputusan Mahkamah Rayuan menolak kewarganegaraan untuk anak lahir luar negara oleh ibu warga Malaysia.
Priscilla yang mempunyai dua anak, masing-masing berusia 10 tahun dan 12 tahun berasa buntu kerana permohonannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diluluskan, namun, tidak sempat menerima dokumen pengesahan.
“Saya mula mohon kewarganegaraan anak-anak sejak 2015. Dua kali dan kedua-duanya gagal. Selepas Mahkamah Tinggi mengeluarkan keputusan bahawa ibu warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama seperti bapa warganegara Malaysia dalam soal kerakyatan anak-anak, saya rasa seperti ‘pintu syurga’ terbuka.
“Kini saya hilang kata-kata kerana permohonan saya yang terbaharu telah diluluskan tetapi dengan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, apakah ia bermaksud saya perlu terus menanti? Anak-anak saya juga seakan tertekan kerana mereka sukar untuk faham mengapa tidak boleh menjadi warganegara sedangkan ibu mereka rakyat Malaysia dan mereka sebahagian besarnya membesar di Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Priscilla yang menghidap kanser payu dara dan baru menjalani pembedahan berasa bimbang dengan hala tuju anak-anaknya sekiranya apa-apa berlaku pada dirinya.
“Saya berkahwin dengan warga Perancis dan perkahwinan itu tidak kekal. Saya kembali ke tanah air bersama anak-anak saya kerana saya menganggap Malaysia sebagai rumah saya.
Sekarang, saya sakit dan anak-anak pula belum menjadi warganegara, sekiranya saya meninggal dunia, ke mana mereka boleh pergi?” soalnya dengan sedih.
Sementara itu, Presiden Family Frontiers, Suri Kempe mengharapkan supaya JPN tidak membatalkan permohonan ibu-ibu yang telah mendapat kelulusan berhubung permohonan berkenaan.
Malah, katanya, ada antara mereka yang membuat bayaran bagi pengurusan.
“Saya rasa mereka yang sudah mendapat surat dari JPN menyatakan mereka layak dan ada yang sudah membuat bayaran kepada JPN untuk dokumen kewargenegaraan anak mereka patut diberikan dokumen tersebut.
“Tidak adil ibu-ibu ini dibiarkan menderita dan menunggu lagi keputusan Mahkamah Persekutuan. Anak-anak mereka tidak sepatutnya menunggu lagi, semata-mata dilahirkan oleh ibu warga Malaysia, dan bukan bapa warga Malaysia,” katanya.
Seorang lagi ibu, Haifa Mubarak, 35, berkata, perjuangannya belum selesai dan dia masih tidak berputus asa untuk mendapatkan kerakyatan untuk anak kedua daripada empat anaknya.
“Hanya seorang anak saya yang lahir di Jeddah dan itu berlaku kerana saya tidak sempat balik ke Malaysia sebab anak sulung saya kena serangan asma dan terpaksa dimasukkan ke hospital di negara itu.
“Saya ada pergi bertanya pada Kedutaan Malaysia di Arab Saudi, menerangkan keadaan saya dan ketika itu mereka mengatakan bayi yang bakal lahir itu boleh mendapat kewarganegaraan Malaysia walaupun dilahirkan di Jeddah.
“Sudah lapan tahun dan anak saya belum mendapat kerakyatannya. Dia juga selalu tanya pada saya mengapa dia berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Dia tidak patut menerima tekanan sedemikian,” katanya. –UTUSAN ONLINE
Masalah timbul bila dah berpisah.Sebab masa tu baru sedar Msia lagi indah.Ada baiknya jugak polisi begini. Setahu akula kalau bapa bukan warganegara, tapi perkahwinan daftar di msia, anak lahir di malaysia, anak diiktiraf sebagai warganegara. Tapi kalau kawin di obersea, lahir kat obersea, tiba nk claim warganegara sebab dah duduk msia dan nak punya kesitimewaan macam rakyat msia yg lain. Bunyi macam tak adil pada warganegara yg duduk dan lahir kat sini. Sebab privillage banyak kalau jadik warganegara, sek free, bantuan biasiswa, kesihatan free dan macam2.. yang mana negara lahir tak dak offer begitu. Women empower dak? itulah diwarkan2. sebab tak adil. Kalau bapak msia, anak lahir obersea tapi anak msh iktiraf warganegara. Tapi kalau mak tak boleh gitu.
Setuju. Masalah timbul bila berpisah dgn foreign spouse tu kalau duduk di negeri lain. Tu sebab bila dapat anak kena fikir and discuss dgn husband pasal hal ini. Esp bila selama ni tak kerja and ditanggung suami. Tapi ada setengah orang fikir selamanya akan bed of roses.
Carilah guardian untuk anak anak tu, pak saudara mak saudara, settle tu dulu, kemudian pastikan bebudak tu ada duit untuk bebudak tu..
Me kalau meninggal, my daughter pergi kat pak saudara dia, semua dah rancang, siap buat surat notary lagi.. Camana duit belanja itu ini.. Duit Study semua lengkap me rancang...
Post time 8-8-2022 11:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni policy yg.dibuat tahun 50an, ketinggalan jaman banget. Merugikan negara dari segi talents & ekonomi. Pakistan Mesir & byk.negara Arab lain semua dah benarkan dual citizenship.
Post time 9-8-2022 01:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Acik Priscilla zaman manis madu di Peranchis cis cis cis, mesti bangga kan, anak mix and duduk di Effiel Tower (tiber)
Bila bercerai, Malaysia yg mundur ni laaaaa di jilat2 balik. Ni, kau dah bercerai, lakikau lepas tangan je ke aman2 jah di Perancis cis cis cis
Kalau umur tak panjang, kan ex husband kau ada.. Dia lah jaga, walaupun luar Malaysia
Post time 9-8-2022 05:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tp aku lg menyampah perempuan indon yg berlagak dpt warganegara sbb kawen dgn lelaki malaysia..padahal lahir kt indon nun, sama la dgn bangla yg kawen malaysia...tp yg berlagak lebih indon ni
Post time 9-8-2022 08:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
felinecat replied at 9-8-2022 05:35 AM
tp aku lg menyampah perempuan indon yg berlagak dpt warganegara sbb kawen dgn lelaki malaysia..padah ...
Dapat ic merah pun bangga..lagi bangga dan berlagak bila laki dia anggota badan beruniform atau penguat kuasa dan anak ic biru. Perghh dia punya angkuh, mcm dia lak yg lagi tau hal² kat Malaysia ni. Besar kepala tambah² bila area rumah tu kaum kerabat dia yg conquer.
“Saya berkahwin dengan warga Perancis dan perkahwinan itu tidak kekal. Saya kembali ke tanah air bersama anak-anak saya kerana saya menganggap Malaysia sebagai rumah saya.
Post time 9-8-2022 09:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Dwdrum at 8-8-2022 05:08 PM
pyropura replied at 8-8-2022 07:25 AM
Ni policy yg.dibuat tahun 50an, ketinggalan jaman banget. Merugikan negara dari segi talents & ekono ...
Aku setuju dual /multiple citizenship... Bukan tiada yang tinggal kan home country terus lupa... Aku kenal ada saja parent malaysians anak pilih warga lain... Anak still ber jasa dengan malaysia... Even ada collab dengan gomen. Salah 1 orang indian scientist.. dia collab dengan KKM dia design dan derma POC ke malaysia ketika POC shortage (ada malaysian dan ex malaysian contribute sama)... Orang tidak tahu sebab depa ini bukan gila socmed or gila glamour... Depa buat untuk balas jasa dan untuk diri sendiri sendiri menolong untuk malaysia.... Issue dual citizenship lebih mudah urusan...ramai lagi depa bawa technology ke malaysia.... Tetapi procedure lebih mudah if still jadi malaysian