CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3142|Reply: 31

[Dunia] Wanita, kanak-kanak Ukraine jadi hamba seks di UAE

[Copy link]
Post time 8-8-2022 09:44 AM | Show all posts |Read mode
KYIV: Wanita dan kanak-kanak warga Ukraine disyaki diperdagangkan sebagai hamba seks dan hamba domestik di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pakar pertahanan memberi amaran ketika jutaan rakyat Ukraine meninggalkan negara dilanda konflik sejak Russia melancarkan operasi ketenteraan khas, Februari lalu.

Situasi itu secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan mengenai pelarian yang terdedah kepada isu pemerdagangan manusia.

Memetik laporan Daily Mail, sejumlah wanita dan kanak-kanak yang tinggal di kem pelarian Poland dikatakan menjadi sasaran sindiket pemerdagangan.   

Malah, pakar percaya sebahagian besar golongan itu yang dipindahkan secara paksa ke Russia juga menjadi mangsa pemerdagangan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky khuatir kerana kira-kira 200,000 kanak-kanak hilang sejak insiden pencerobohan lima bulan lalu.

Satu laporan baharu yang dikeluarkan oleh Institut Pertahanan dan Keselamatan Washington dan Jabatan Hal Ehwal Dasar Luar New York mendedahkan sejumlah wanita dan kanak-kanak yang `hilang’ dipercayai diperdagangkan ke UAE.      

Menurut pasukan penyelidik, ramai oligarki Russia mencari perlindungan di negara Teluk itu untuk mengelakkan sekatan antarabangsa dan memerlukan pekerja yang mampu berbahasa Russia.   

Walaupun isu pemerdagangan ke UAE bukanlah perkara baharu, laporan berkenaan menyatakan kes itu semakin meningkat berikutan penghijrahan pelarian dari Ukraine.

Pengarang bersama laporan itu, Florian Schmitz menggesa Barat untuk mempertanggungjawabkan pihak yang melakukannya dan menyeru negara maju supaya tidak bersikap `menutup mata’ dalam isu pemerdagangan.     

“Mengambil kira pergerakan besar-besaran wanita dan kanak-kanak dari Ukraine ke Russia sejak permulaan pencerobohan, kadang-kala dalam situasi terdesak, kemungkinan besar sejumlah golongan itu diperdagangkan ke UAE dan negara lain.

“Masyarakat dunia tidak seharusnya bersikap `menutup mata’ terhadap masalah ini dan mesti mempertanggungjawabkan pihak yang melakukannya.

“Ia harus dilakukan walaupun terdapat sedikit bukti golongan terdedah itu dilindungi,” katanya.  

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 1.5 juta pelarian merentasi sempadan Ukraine ke negara jiran sepanjang tempoh 10 hari pertama selepas pencerobohan bermula.

Beberapa pertubuhan amal memberi sindiket pemerdagangan seks menyasarkan wanita dan kanak-kanak Ukraine yang melarikan diri daripada serangan bom Russia di kem pelarian Poland.

Awal tahun ini, pasukan penyiasatan Mail mendedahkan masalah itu sehingga sekumpulan veteran tentera Britain bertugas di sempadan Poland untuk melindungi mereka yang berisiko dengan pemerdagangan.   

Laporan terbabit dikenali sebagai Perhambaan Moden di Dubai, mendakwa sejumlah mangsa mungkin menjadi pekerja seks dan hamba domestik.

“Laporan ini bertujuan memberi penerangan mengenai perhambaan moden dan penderaan pekerja asing, dengan tumpuan di UAE serta peranan negara Eropah Timur bertindak sebagai hab pemerdagangan manusia yang berkesan.

“Masalah ini bertambah buruk sejak permulaan perang ketika sebahagian besar wanita dan kanak-kanak terpaksa meninggalkan rumah untuk mencari perlindungan. Mereka trauma dan terdedah serta menjadi sasaran utama sindiket.

“Hal ini ditambah pula dengan oligarki Russia yang memerlukan kakitangan berbahasa Russia, sehingga mungkin mewujudkan situasi bagi wanita dan kanak-kanak dipaksa menjadi pekerja seks atau hamba domestik,” jelas laporan itu.

RUSSIA BEDIL LOJI NUKLEAR   

Sementara itu, Zelenskyy menuduh Russia membedil loji tenaga nuklear Zaporizhzhia dan menyifatkan satu tindakan keganasan selepas pengendali kemudahan itu melaporkan kerosakan di stesen janakuasa itu.

Pengendali loji tenaga nuklear Zaporizhzhia, Energoatom memaklumkan beberapa bahagian kemudahan itu `rosak teruk’ akibat bedilan tentera sehingga sebuah reaktor terpaksa ditutup.

Menurut Energoatom menerusi Telegram, serangan itu merosakkan sebuah stesen yang mengandungi nitrogen dan oksigen serta bangunan tambahan.

Russia dan Ukraine menuduh antara satu sama lain berhubung serangan ke atas loji tenaga nuklear terbesar Eropah itu. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/08/wanita-kanak-kanak-ukraine-jadi-hamba-seks-di-uae/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 10:09 AM | Show all posts
datang malaysia jadi bini no.2...lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 10:14 AM | Show all posts
wanita2 ukraine di negara sendiri pun memang terkenal dgn aktiviti melacur...mungkin musibah tuhan ke atas negara mereka
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 10:14 AM | Show all posts

Amboi3

Macam la kat negare islam je yang dorang jadi camni..  Kat negare2 sejuk tu pon ade.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang dtg malaysia tak?.kot2 la.dah jadi peneman kayangan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dtg la Mesia sini kan port semua pelarian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2022 11:12 AM | Show all posts
mohon kerabat2 sultan jika ada yg berminat boleh tolong selamatkan gadis2 ukraine
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 11:19 AM | Show all posts
Dinegara2 lain pun sama je nasib mereka.  Mula2 je ramai nak hulur pertolongan tapi bila dah lama macam ni akhirnya dihalau sana sini tak kurang yang senasib macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 12:15 PM | Show all posts
ukrain dulu tak sama dengan sekarang yg dah tak ramai muslim...perang rusia ukrain pun banyak ukrain propa sebab tu macam tak ada video dan gambar orang awam mati...kalau la kena macam palestin memang 24jam media report
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:44 PM | Show all posts
Just because UAE ni neutral, bantu ukraine tapi tetap meneruskan urusdagang dgn russia.  Ukraine is like a child crying for attention!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara mana ber perang tidak minta bantuan negara lain?.... Tidak kena kepala sendiri mudah ber cakap....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama human trafficking.
Ukraine banyak lab cloning
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 02:55 PM | Show all posts
Sekitar 20 tahun dulu aku pernah baca cerita pelajar perubatan malaysia di ukraine diludah sesuka hati oleh beruk rasis.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 03:10 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 8-8-2022 05:47 AM
Negara mana ber perang tidak minta bantuan negara lain?.... Tidak kena kepala sendiri mudah ber caka ...

Negara mana? Pastinya bukan ukraine. Mereka minta bantuan negara lain bila diserang tapi tak dapat. Hanya dibekal senjata selain  beberapa ribu sukarelawan dari luar.

Minta atau tidak minta bantuan, UAE tak peduli itu semua. Orang ukraine tetap bangsa hamba di mata mereka
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 03:11 PM | Show all posts
datang malaysia boleh jadi sultanah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 03:40 PM | Show all posts
card_reader replied at 8-8-2022 07:11 AM
datang malaysia boleh jadi sultanah

Datang malaysia jadi hamba boleh le
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
jajahoney replied at 7-8-2022 08:15 PM
ukrain dulu tak sama dengan sekarang yg dah tak ramai muslim...perang rusia ukrain pun banyak ukrain ...

Di Malaysia sahaja tiada berita pasal Ukraine ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-8-2022 11:54 PM
Simunggu replied at 7-8-2022 06:09 PM
datang malaysia jadi bini no.2...lagi bagus

Hang sudah ada berapa isteri?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 7-8-2022 11:10 PM
Negara mana? Pastinya bukan ukraine. Mereka minta bantuan negara lain bila diserang tapi tak dapat ...

Common lah dapat senjata...bantuan makanan/shelter etc... Ko cakap negara perang mana minta bantuan tidak pernah dapat? Baca semula post aku... Ok ko ini ngaku tuan tetapi tiada otak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 11:48 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 9-8-2022 03:38 AM
Common lah dapat senjata...bantuan makanan/shelter etc... Ko cakap negara perang mana minta bantua ...

Bodoh. Aku tanya negara mana bila engkau tanya negara mana berperang tapi tak minta bantuan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.113783 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list