CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

[Tempatan] Kerap menggunakan jet peribadi untuk jarak dekat,Taylor Swift dikritik penyumbang pencemaran udara terbesar

[Copy link]
Post time 8-8-2022 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 8-8-2022 11:42 AM

BEBERAPA selebriti terkenal Hollywood me seperti Kylie Jenner dan Drake dikritik teruk sebagai penyebab pencemaran udara kerana menggunakan jet peribadi walaupun untuk bergerak ke destinasi berdekatan.

Terbaharu, nama penyanyi terkenal Taylor Swift juga termasuk dalam daftar artis pembawa pencemaran udara kerana melakukan hal serupa.

Penyanyi berusia 33 tahun itu juga dinobatkan sebagai penyebab pencemaran karbon dioksida.Menurut laporan yang dikeluarkan portal Yard, jet peribadi milik Swift mengeluarkan lebih 8,000 tan karbon dioksida sepanjang 170 kali penerbangan sejak Januari lalu.

Berada di belakangnya adalah penyanyi rap Travis Scott diikuti Kim Kardashian, Oprah Winfrey dan pelakon Mark Wahlberg.

Pendedahan tersebut mengelirukan peminat yang serba salah sama ada mahu membela atau mengkritik Swift.

“Apakah saya perlu membela Swift? Tapi saya bencikan pencemaran udara,” kata peminat.

Situasi tersebut turut menuai kritikan netizen yang menghasut orang lain supaya memboikot konsertnya tidak lama lagi.


https://www.kosmo.com.my/2022/08/08/taylor-swift-penyumbang-pencemaran-udara-terbesar/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055121 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list