View: 622|Reply: 5
|
[Tempatan]
Tahap kemajuan projek LCS..?
[Copy link]
|
|
Edited by rashiman at 8-8-2022 03:09 PM
Najib Razak :
Artikel ini agak adil.
Pengerusi PAC membalas saya semalam. Dia suruh saya baca laporan PAC.
Dia kata kapal pertama sepatutnya diserah pada tahun 2019 mengikut jadual seperti ditulis dalam laporan dia dan bukan tahun 2017.
Dia kata kos projek memang RM9.1b dari dulu lag seperti ditulis dalam laporan dia dan bukan RM6b.
Masalahnya ialah ramai Rakyat biasa dan pengikut sebelah sana masih mempunyai persepsi salah bahawa kapal pertama sepatutnya diserah masa BN pada tahun 2017 serta persepsi bahawa projek telah cecah bajet sebanyak RM3 bilion dari RM6b ke RM9b.
Sebab itu saya perbetulkan supaya pengikut-pengikut mereka tidak sebarkan berita palsu.
Pengerusi PAC juga membidas saya dengan menyatakan dia bukan lagi Ketua Pemuda DAP sebab dia sudah diganti sejak tahun 2018.
Okay, ini saya terima.
Tapi artikel MalaysiaKini juga perhatikan bahawa pengerusi PAC TAK JAWAB soalan-soalan saya mengenai tahap kemajuan projek biarpun saya sudah tanya 3 kali.
Memandangkan PH tangguh projek pada tahun 2018 selepas PRU14 sebelum beku projek sepenuhnya pada tahun 2019, saya nak tanya buat kali ke-lima.
Dan mengambil kira kemajuan projek sudah 44% (seperti diperakui pengerusi PAC) pada bulan Ogos 2017 pada ketika penamaan dan pelancaran ke air kapal pertama dan tahap kemajuan hanya 55.7% pada bulan September 2019 ketika projek dibeku sepenuhnya selepas ditangguh kerajaan PH, maka apakah kenaikan kemajuan projek dari:
a) Permulaan pembinaan pada akhir tahun 2014 hingga Mei 2018 (sebelum PRU14)
b) dari Mei 2018 hingga Sept 2019 (ketika projek dihentikan oleh kerajaan PH
Susah sangat nak jawab ke?
Saya tambah lagi:
Persoalannya ialah kenapa PH membisu pada tahun 2019 itu?
Kerajaan PH tengok sahaja projek itu ditangguhkan dan kapal pertama tidak diserahkan seperti dijadualkan pada tahun 2019.
Sepatutnya sebagai kerajaan masa itu mereka patut pastikan kapal diserah seperti dijadualkan - bukan tak buat apa-apa dan tak berbunyi masa itu.
Langsung tak ada berita berkenaan ini ketika kerajaan PH memerintah.
Projek hanya disambung semula pada bulan Mei 2022 oleh kerajaan hari ini apabila kontrak ditandatangan untuk sambung projek ditanda tangan selepas pandemik Covid pada tahun 2020 dan 2021.
Lalu dijadikan isu propaganda sebelum PRU15 dengan pelbagai tohmahan kenapa kapal belum siap.
"7 Ogos 2022: LCS fiasco: Najib should read PAC's report properly, committee chief says"
https://www.malaysiakini.com/news/631244
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangat pasal tred LCS ni, nampak sangat ada pemimpin sakau duit |
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap. Jangan tak tangkap pengkhianat semua |
|
|
|
|
|
|
|
ditangguh dan dibeku.....jadi macam mana kapal nak cepat siap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rashiman at 8-8-2022 05:16 PM
Najib Razak :
Ya, projek LCS telah ditangguhkan oleh kerajaan PH pada tahap pembinaan 55.7% sebaik sahaja menang PRU14 dan akhirnya dibekukan pada September 2019.
Kerajaan PH tengok sahaja projek itu ditangguhkan dan kapal pertama tidak diserahkan seperti dijadualkan pada tahun 2019.
Sepatutnya sebagai kerajaan masa itu mereka patut pastikan kapal diserah seperti dijadualkan - bukan tak buat apa-apa dan tak berbunyi masa itu.
Persoalannya ialah kenapa PH membisu pada tahun 2019 itu? Langsung tak ada berita.
Projek hanya disambung semula pada bulan Mei 2022 oleh kerajaan hari ini apabila kontrak ditandatangan untuk sambung projek ditanda tangan selepas pandemik Covid pada tahun 2020 dan 2021.
Lalu dijadikan isu propaganda sebelum PRU15 dengan pelbagai tohmahan kenapa kapal belum siap.
Kamu yang tangguh, kamu yang bekukan dan kamu juga yang tanya kenapa kapal-kapal belum siap?
Jijiknya permainan mereka tetapi ianya memberi kesan kepada kepentingan dan kesediaan TLDM dan keselamatan negara.
Jadi, untuk kali ke-empat, saya nak tanya pengerusi PAC dan PH.
Projek sudah berada pada tahap kemajuan 44% iaitu fasa penamaan dan pelancaran ke air pada Ogos 2017.
Kapal boleh dilihat dan boleh disentuh masa itu.
Bukan seperti tahap kemajuan projek terowong Pulau Pinang RM6.3 bilion yang tetap 0% pada hari ini biarpun kontrak sudah ditandatangan pada tahun 2013 di mana satu inci jalan atau terowong tidak dapat dilihat atau disentuh.
Jadi, apakah kenaikan kemajuan projek dari:
a) Permulaan pembinaan pada akhir tahun 2014 hingga Mei 2018 (sebelum PRU14)
b) dari Mei 2018 hingga Sept 2019 (ketika projek dihentikan oleh kerajaan PH),
Saya dah tanya soalan simple ini 4 kali dah.
Kenapa tak jawab sehingga kini?
Perlu ingat juga bahawa kapal pertama hanya dijadualkan untuk diserah kepada TLDM pada tahun 2019 - iaitu selepas kerajaan tukar tangan selepas PRU14 -bukan sebelumnya.
Perlu ingat juga bahawa syarikat Boustead ini milik LTAT. Segala keuntungan juga mengalir ke LTAT (bukan kroni sesiapa tetapi kroni TLDM) dengan dividen-dividen dan bonus tinggi cecah 12% sepanjang tempoh saya PM sebelum jatuh ke 2% pada tahun 2018 dan 2019 bawah kerajaan PH.
Dulu PH tuduh kapal selam kita tak boleh selam.
Lalu selepas PH jadi kerajaan, Mat Sabu jawab dalam Dewan Rakyat bahawa kapal selam kita memang boleh selam.
Dulu PH kata kenapa 6 buah helikopter dibeli tidak sampai dan wangnya sudah lesap.
Lalu kesemua 6 buah helikopter diterima dalam keadaan baik.
"Malaysia terima enam helikopter buatan AS"
https://www.sinarharian.com.my/.../malaysia-terima-enam...
Kini mereka tak ada isu bagi PRU15 dan berada dalam keadaan lemah. Sebab itu mereka nak jadikan kelewatan projek LCS ini sebagai isu besar baharu.
Itulah permainan PH.
|
|
|
|
|
|
|
|
Projek mula disember 2014
Dijangka siap oktober 2019
Ada lebih kurang 60 bulan
Pada bulan ke 32 (ogos 2017) dah 44% siap.. dah boleh terapung dah.. 56% lagi sisa iaitu masukkan komponen seperti radar, meriam etc dan tempoh ujian
KERAjaan PH sendiri yang tangguh.. pastu sendiri teriak mana kapal mana kapal |
|
|
|
|
|
|
| |
|