CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1034|Reply: 4

[Tempatan] Akaun Telegram PM Ismail Sabri pula kena godam

[Copy link]
Post time 8-8-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 8-8-2022 05:37 PM



PuTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai untuk mengabaikan sebarang mesej dibuat beliau menerusi aplikasi Telegram berikutan ia telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, Perdana Menteri turut meminta orang ramai untuk melaporkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej daripada akaun Telegram itu.

“Akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,”tulisnya ringkas menerusi hantaran di Twitter sebentar tadi.

Sebelum ini, beberapa pemimpin politik termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut berdepan situasi sama apabila digodam pihak tidak bertanggungjawab yang meminta wang menerusi aplikasi Telegram.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga pernah membuat laporan polis berhubung isu akaun digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut dibuat untuk siasatan lanjut.

“Akaun Telegram Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah digodam dan disalah gunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Sekiranya pindahan wang telah dibuat, mohon dilaporkan segera kepada PDRM dan SKMM untuk siasatan selanjutnya,” katanya. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak2 jual pisang goreng geram kot Piyem pakai baju mahal tp harga minyak naik 3x ganda.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Akaun sendiri kena godam tapi mintak orang ramai tolong laporkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 11:19 PM | Show all posts
Nak suruh orang report kat siapa? Hamzah Zainudin?
Lantik dulu org Bersatu jadi TPM.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti pakai Telegram free edition,.klu berbayar secure sket
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.051584 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list