CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 7

[Tempatan] Takkanlah saya yang kena siasat konflik kepentingan hakim, kata Najib

[Copy link]
Post time 9-8-2022 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Takkanlah saya yang kena siasat konflik kepentingan hakim, kata Najib
FMT Reporters




PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menegaskan beliau tidak perlu menyiasat sama ada Hakim Nazlan Ghazali terlibat dengan, atau mengetahui, perkara-perkara yang sepatutnya menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk menghakimi perbicaraan kes SRC International.
© Provided by Free Malaysia TodayNajib Razak berkata kegagalan Nazlan mendedahkan konflik kepentingannya dalam perbicaraan kes SRC International kepada pihak terbabit telah menjadikan keseluruhan perbicaraan tidak sah.


“Adalah sesuatu yang asing sepenuhnya, dan sebenarnya idea yang sangat memeranjatkan bahawa sesuatu pihak dikehendaki menjalankan ‘usaha wajar’ ke atas hakim Mahkamah Tinggi sebelum perbicaraan,” kata Najib dalam afidavit yang difailkan di mahkamah pada Jumaat.
“Pengetahuan khususnya (Nazlan) meletakkan kewajipan ke atasnya untuk mendedahkan secara khusus kepada pihak-pihak mengenai konflik kepentingannya dalam perbicaraan SRC pada peringkat permulaan.”
Beliau menambah kegagalan Nazlan untuk membuat pendedahan sedemikian semasa perbicaraan menjadikan keseluruhan perbicaraan SRC tidak sah.
Najib menjawab dua afidavit daripada pihak pendakwaan yang difailkan bulan lepas, yang membantah permohonan beliau untuk membicarakan semula kes jenayah yang menyaksikan beliau disabitkan bersalah oleh Nazlan bagi tujuh tuduhan salah guna kuasa dan penyelewengan dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International.
SRC International ketika itu merupakan anak syarikat 1MDB.
Bekas perdana menteri itu berhujah dana dalam akaun peribadinya itu daripada pinjaman RM140 juta yang dipinjamkan Maybank kepada 1MDB, semasa Nazlan berkhidmat sebagai peguam dan setiausaha syarikat kumpulan bank itu.
“Nazlan terlibat secara rapat dalam kemudahan pinjaman itu yang diberikan kepada 1MDB,” dakwa afidavit Najib.
“Transaksi pinjaman untuk satu jumlah yang besar sebanyak RM140 juta boleh dijangka secara munasabah akan melibatkan kawalan kewangan yang ketat, pendedahan, penetapan cagaran dan pelaksanaan usaha wajar, yang semuanya akan berada dalam bidang kuasa pegawai undang-undang sesebuah institusi kewangan.”
Ini boleh ditakrifkan sama ada melalui “pengetahuan sebenar atau pengetahuan konstruktif (actual or constructive knowledge) mengenai transaksi tersebut, atau melalui kesilapan yang terlibat”, yang boleh menyebabkan “objektiviti dan kebebasan” Nazlan “terjejas teruk,” katanya.
Najib turut berhujah pihak pendakwaan mempunyai kewajipan untuk mendedahkan fakta yang memihak kepadanya, termasuk sebarang maklumat yang diperolehi dari siasatan SPRM yang mencadangkan adanya konflik kepentingan di pihak Nazlan.
Disabit dan dijatuhi hukuman oleh Nazlan pada 28 Jul 2020 selepas perbicaraan selama 76 hari yang menarik perhatian dunia, rayuan Najib ke Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis tahun lepas. Ketika itu, peguam utama bekas perdana menteri itu semasa perbicaraan dan rayuan adalah Shafee Abdullah.
Rayuan terkini kepada Mahkamah Persekutuan merupakan peluang terakhir Najib untuk membersihkan namanya.
Najib dua bulan lepas memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk memasukkan keterangan baharu. Najib mendakwa dokumen-dokumen itu yang hanya diperolehinya baru-baru ini mencadangkan Nazlan tidak patut menghakimi perbicaraannya atas sebab konflik kepentingan.
Najib memohon mahkamah menerima keterangan lisan daripada beberapa saksi, termasuk empat pegawai SPRM, yang menurutnya akan membuktikan konflik kepentingan Nazlan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Julai menolak permohonan beliau yang mahu melantik seorang peguam pakar jenayah kolar putih dari UK, Jonathan Laidlaw, untuk berhujah dalam rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan.
Najib kemudian melepaskan firma Shafee dan melantik peguam cara baharu, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners, serta peguam jenayah berpengalaman, Hisyam Teh Poh Teik, sebagai peguam utama.
Mahkamah Persekutuan pada 29 Julai menolak permohonan pasukan peguam baharu itu untuk menangguhkan perbicaraan.
Permohonan dan rayuan Najib ditetapkan untuk pendengaran pada 15 hingga 26 Ogos.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 09:56 AM | Show all posts
kasihaaannnn....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 09:57 AM | Show all posts
semua masalah di malaysia berpunca dr najib...tidak salah rakyat mengatakan "Ini semua salah Najib!"
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemalas punya najibun, ko yg tuduh hakim x kompeten pastu nk suh org lain plk buktikan. Gila x gila
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:42 AM | Show all posts
takpe bossku

rakyat akan tunjuk sokongan terhadap bossku melalui undi PRU15
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 11:02 AM | Show all posts
Ini semua salah najib al najiss itteww. Semoga heshe disumbat ke dalam penjara sedalam2 nya. Amen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 11:05 AM | Show all posts
#najib4PM10   
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 11:14 AM | Show all posts
sendiri yg dakwa lepastu sendiri yg complain... sebelum complain tak siasat ke ??? patut la bodoww kena scam dengan jho low
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.544449 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list