CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 931|Reply: 11

[Jenayah] Tujuh warga China didakwa masuk Malaysia tanpa dokumen, lagi 1.199.993 juta masih belum ketangkap

[Copy link]
Post time 9-8-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 9-8-2022 10:32 AM


Tujuh warga China didakwa masuk Malaysia tanpa dokumen
oleh NOOR AINON MOHAMED 08 Ogos 2022 05:34pm

LUMUT - Seramai tujuh individu warga China termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Isnin atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen, bulan lalu.

Tertuduh wanita, Dai Bao Xi, 54 dan lelaki, Guo Fei, 48, yang bekerja sebagai tukang masak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.

Manakala, Lin Zhi Chuang, 27; Guo Feng Jie,29; Li Tao, 23; Zhang Zheng Long, 29 dan Chen Yuan Zhou, 28, pula mengaku tidak bersalah.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didapati masuk dan berada negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah di sebuah apartment di Jalan Lumut di sini pada 25 Julai lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang membawa hukuman denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-dua sekali dan sebat tidak lebih enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

A Hafiizh kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap Bao Xi manakala denda RM5,000 dan satu sebatan dikenakan terhadap Guo Fei.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan sebatan tersebut dengan menfailkan notis rayuan.

Kedua-dua tertuduh membayar denda itu dan mereka dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Bagi lima tertuduh lain, mahkamah menetapkan 1 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurjihan Jaya dan Timbalan Pendakwa Raya, R Rishan Kumar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Syafiq Salleh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2022 10:31 AM | Show all posts
Edited by Friska at 9-8-2022 10:33 AM

Lagi 1.199.993 juta masih belum ketangkap.



https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5054827

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2022 10:36 AM | Show all posts
Pegawai kayaq James Lee bikin jebol perbatasan negara, makanya suami saya team Dato' Sri Mohd Shafiq

Menurut JPA, KPPA telah menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya James Lee akan ketidakpatuhan amalan dan prosedur di mana pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.

“Malahan mereka diarahkan terus ke kaunter pemeriksaan kastam untuk meneruskan perjalanan,” kata JPA.

JPA berpandangan bahawa ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen imigresen seperti pasport adalah satu kesalahan yang serius di sisi udang-undang.

Malah, katanya, pegawai yang tidak mematuhi peraturan imigresen ke luar negara boleh diambil tindakan tatatertib.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2022 12:55 PM | Show all posts
Gimana ceritanya ini?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 01:20 PM | Show all posts
Hanta balik!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat indon pn ramai yg masuk malaysia tanpa dokumen friska oii...ntah2 lg ramai dr warga china...takyah la nk beria sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 04:30 PM | Show all posts
standby for next PRU ka
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
malaysia darul china
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 10:02 AM | Show all posts
suka sangat yee masuk Malaysia nie....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:32 AM | Show all posts
Neh warga china, ngkaw tak masukkan dalam statistik lagi warga rohingla, bangla, yindon, tamil nadu bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:08 PM | Show all posts
ni laa punca penyakit tak trkawal dtg
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa cara untuk kesan dan tangkap hantar balik mereka ni? Imigresen takkan tak ada database yang boleh trace depa ? Haishh patutlah di Penang nun ramai yg satu bahasa melayu tak faham walau dah tua bangka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.199735 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list