CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 0

[Johor] Kes dera kanak-kanak autisme, polis tunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya

[Copy link]
Post time 9-8-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 9-8-2022 01:42 PM



Kota Tinggi: Polis menyerahkan kertas siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak autisme yang disyaki didera di sebuah pusat terapi berbayar di Skudai, Johor Bahru, ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan pejabat itu untuk tindakan selanjutnya.
"Kita sudah merujuk kertas siasatan kes itu untuk mendapatkan arahan dan nasihat lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Pertandingan Menembak Polis Johior bersama Media Johor sempena Peringatan Hari Polis di Ladang REM di sini, hari ini.


Kamarul Zaman berkata, siasatan kes itu selesai selepas pihaknya menerima laporan daripada pakar perubatan awam berhubung kecederaan kanak-kanak itu yang dilihat penting bagi mengesahkan sama ada kecederaan kanak-kanak berusia enam tahun itu akibat didera atau faktor lain.

Pada 30 Julai lalu, seorang ibu melaporkan kekesalan apabila anak istimewanya yang dihantar untuk menjalani terapi, disyaki didera ahli terapi di sebuah pusat terapi, sejak awal tahun ini.

Suri rumah, Nik Huzaiwati Husin, 33, dilaporkan berkata dia menghantar anak sulungnya, Tuan Muhammad Uwais Abrisam, 6 yang didiagnosis mild autism untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit sejak November 2019.

Nik Huzaiwati mendakwa anaknya yang mesra dipanggil Abrisam sudah beberapa kali cedera tetapi setiap kali meminta penjelasan dari pihak terapi, memaklumkan kecederaan disebabkan aktiviti terapi.

Nik Huzaiwati turut membuat perkongsian di laman sosial Facebook menggunakan akaun Cik Puan Zetty.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... balan-pendakwa-raya

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.




KAMARUL Zaman ketika sidang media selepas Pertandingan Menembak Polis Johor bersama Media Johor sempena Peringatan Hari Polis di Ladang REM. FOTO Izz Laily Hussein
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052611 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list