CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Akibat tepuk punggung suri rumah, pemandu lori dipenjara dua bulan

[Copy link]
Post time 10-8-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode

L. RAMES di bawa ke Mahkamah Majistret Rembau hari ini atas tuduhan menepuk punggung seorang wanita di Taman Gembira, Gemencheh, Tampin pada 4 Ogos lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH


REMBAU: Seorang pemandu lori dipenjara dua bulan dan didenda sebanyak RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Rembau hari ini atas tuduhan menepuk punggung seorang wanita di Taman Gembira, Gemencheh, Tampin, 4 Ogos lalu.

Tertuduh, L. Rames, 36, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, pada 4 Ogos lalu,  kira-kira pukul 7.10 pagi, tertuduh menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang suri rumah berusia 48 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya dengan cara menepuk di bahagian punggung sebelah kanan sebanyak satu kali.

Oleh yang demikian, tertuduh melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan.

Kartini kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dari tarikh tangkapan dibuat dan denda RM3,000, namun, sekiranya gagal bayar denda berkenaan tertuduh boleh dikenakan 10 bulan penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd. Isa. –UTUSAN ONLINE


https://www.utusan.com.my/nasion ... ipenjara-dua-bulan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.428202 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list