|
Pelakon suara latar kartun animasi ‘stop motion’ penguin terkenal dari Switzerland, Pingu dilapor meninggal dunia pada usia 85 tahun baru-baru ini, lapor abc News.
Difahamkan, pemilik suara Pingu itu, Carlo Bonomi yang berasal dari Milan, Itali meninggal dunia pada 6 Ogos kelmarin, menurut sumber sebuah laman berita Itali afnews.info.
Bagaimanapun difahamkan, punca kematian Carlo yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak sekitar tahun 1999 hingga 2000 itu tidak didedahkan dalam mana-mana laporan media setakat ini.
Sehubungan itu, ramai penggemar dan pencinta kartun berkenaan memberikan penghormatan terakhir dengan mengimbas kembali ungkapan menarik Pingu, “Noot noot”.
Tambahan pula, peminat Pingu juga telah menggunakan platform Twitter untuk memberikan penghormatan kepadanya dengan menjadi sebahagian lagu bandarnya yang disiarkan menerusi Stesen Sentral dan Stesen Florence Santa Maria Novella.
Selain itu, kartunis Amerika, Travis Bickerstaff turut memberikan penghormatan kepada mendiang dalam tweet “noot noot” yang akan ‘terus hidup’.
“Jika anda tertanya-tanya sama ada ia akan menjadi penamat kepada Pingu, tidak,” kata Bickerstaff.
Sementara itu, pelakon suara dalam bahasa Perancis turut meneruskan legasi yang dibawa oleh Bonomi sejak dia mula menerbitkan Pingu dalam bahasa itu.
Bagaimanapun, punca kematian mendiang masih belum didedahkan sehingga kini.
|
|