CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5368|Reply: 84

Rampas Mikrofon Dan Menjerit! Lelaki Mengamuk Di Surau, Dakwa Kuliah Subuh Bising Sangat

[Copy link]
Post time 10-8-2022 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Kuliah Subuh yang dikatakan terlalu bising menyebabkan seorang lelaki bertindak mengamuk di sebuah surau di Ampang Campuran di sini, dalam kejadian pada Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengerusi surau berkenaan.




Gambar Hiasan




"Ketika kuliah Subuh berlangsung, seorang lelaki tempatan yang tidak kenali terus menuju ke arah penceramah lalu menarik mikrofon dan menjerit menyatakan kuliah itu terlalu bising hingga mengganggunya.


"Jemaah surau juga bertindak menghalangnya dan meminta dia meninggalkan surau terbabit dengan cara baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohamad Farouk berkata, polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai penjaga stor di Jalan Ikan Emas Mesra di sini, pada 7 petang semalam.


"Semakan dilakukan mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod bagi kesalahan dadah dan ugutan jenayah.


"Lelaki itu direman selama empat hari bermula hari ini hingga 12 Ogos nanti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1956 atas kesalahan kelakuan aib," katanya.


Beliau memberikan amaran kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang perbuatan mengganggu yang boleh memecahkan keamanan masyarakat. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahu saya bukan dah ada garis panduan jabatan agama yg pembesar suara diguna untuk azan sj? Selain dari tu tolong tutup lah. Berzikir mengaji apatah lg berceramah tu semua kenalah off mikropon
Nabi saw pun suruh kita mengaji suara rendah je supaya tak ganggu org
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:27 PM | Show all posts
Boleh tak time azan je guna pembesar suara (itu pun jangan sampai bingit).  Yang lain2 mcm ceramah or zikir semua, dilarang!  Mmg mengganggu sgt2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:30 PM | Show all posts
ni sebelum azan pun dah mainkan tape mengaji guna speaker.

waktu hari minggu ceramah agama2 waktu dhuha pun nak bg satu taman dgr.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya haji lepas noja surau mana tah pasang tape takbir rtm punya.....senang btl keja noja tuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:39 PM | Show all posts
faham sgt perasaan penduduk yg tinggal dkt dgn surau/masjid. ptt time azan je onn speaker luar tu. time ngaji, ceramah, tazkirah, kuliah semua tu kena off. kenapa AJK surau/masjid xnak ikut garis panduan tu? fikirlah penduduk2 setempat ada org tua nak rehat, ada anak2 kecil n baby nak tido.. ganggu sampai boleh stress penduduk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2022 01:41 PM | Show all posts
bulalof replied at 10-8-2022 05:30 AM
ni sebelum azan pun dah mainkan tape mengaji guna speaker.

waktu hari minggu ceramah agama2 waktu d ...

kannnn.. x faham aku.. x fikir langsung keadaan dan perasaan penduduk setempat
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:04 PM | Show all posts
memang ada mesjid/surau yg pasang speaker tak beragak
cuba AJK2 tu keluar test jalan2 keliling taman sambil dengor betapa kuatnye kome pasang speaker kadangnye tu. ape pekak ke telinga kome?

tapi tulah karang kalau bagi nasihat kat AJK ni hati tisu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 mmg segala ceramah mmg surau on speaker tp lps garis panduan dikeluarkan alhamdulillah time azan aje yg ada itu pun kdg dgr kdg x, area rumah kaka ni mmg 90% melayu, selebihnya cina dan india
patut bila ceramah atau kuliah offkanlah speaker tu kesian kt org sekeliling
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:18 PM | Show all posts
time azan pun patutnya kena control sound speaker tu. ini tidak sekuat alam semesta ko pasang bingit tau tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:24 PM | Show all posts
mmng over takat surau blok bawah utk sekitar penghuni je pon ni azan mcm nk sampi ke tanah suci mekah laungnya. susah org over ni..ni aku nk sound tok bilal surau kitorg kemain perasan dia azan kuat2 mcm smpi langit ke 7. apa dia igt semua org pekak mcm dia ke..azan kt fon aku ni dari mekah elok je dia takde nk beriya2 dgn panjang meleret2..aku ni dhla umah depan surau dgn speaker kuat dia jerit lagi byngkan 5x sehari.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:24 PM | Show all posts
HAIran akak sama org malayu.. mahu rumah dekat dengan masjid tetapi tak suka dengar bunyi zazn dan orang mangaji
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
bising sgt kot, dia nak isap dadah high sampai planet pluto pun tak senang
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:59 PM | Show all posts
white_musk replied at 10-8-2022 02:24 PM
HAIran akak sama org malayu.. mahu rumah dekat dengan masjid tetapi tak suka dengar bunyi zazn dan o ...

entah2 dia buat rumah dlu bru surau tu buat.... kalau bingit sangat iols pun x suka
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:04 PM | Show all posts
Orix replied at 10-8-2022 02:59 PM
entah2 dia buat rumah dlu bru surau tu buat.... kalau bingit sangat iols pun x suka

Biasa akak lihat orang rumah dekat dengan mesjid begitu akan rasa dia lah terpaling bagusnya kerana ada rumah dekat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:53 PM | Show all posts
Nampoknya PAS/Umno takleh la guna kes ni utk bakar isu perkauman sbb pelakunya adalah MELAYU..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 04:03 PM | Show all posts
Mmg sepatutnya kena slowkan la sikit speaker tu. Nak2 kalau orang tua yg azan. Dah le azan tak best, dgn speaker pecah suara. Kkdg aku selalu rasa pakcik2 tua ni mesti perasan suara sedap, tu yg kemain volume pasang tinggi.

Kot le azan cam dlm tv tu, or cam kat mekah sedap le sikit nk dengar.



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg bantah ni bangsa lain dh ada laungan ISLAM TELAH DIHINA.

hakikatnya penganut melayu ni bangang,  Islam dh ajar elok dh,  nk buat ceramah cukup utk hadirin dlm masjid x perlu bingitkan sekeliling,  tp sbb penganut melayu tp perasan dia lebih Islam dari Ajaran Islam yg sebenar itulah jadinya...

Sedangkan ngaji dlm masjid pun nabi larang kuat sehingga ganggu jemaah sebelah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:36 PM | Show all posts
Firenzza replied at 10-8-2022 01:39 PM
Raya haji lepas noja surau mana tah pasang tape takbir rtm punya.....senang btl keja noja tuh

fes taim iols jumpa perkataan "noja".
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:41 PM | Show all posts
yang azan perasan suara bagus tak tanya pendapat org2 lain y mdengarnya pun ada ..terjerit2 sampai kita ni dah rasa rimas kenapa tak belajar ke nak azan elok2 bagi org lain lembut ati dengar nak ke surau.

Lepas tu bukak speaker ceramah kuat2 sedangkan penceramah menjerit2. Dia igt sampai ke suara dia ke tiap rumah bila dah makin jauh. Yang kedengaran macam org tua mjerit2 marahkan anak cucu je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.138143 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list