CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3143|Reply: 39

[Tempatan] Dr. Hafeez tegur netizen yang melabel Pesakit Cacar Monyet Dikaitkan Dengan ‘Gay’ dan bahayanya golongan MSM

[Copy link]
Post time 10-8-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 10-8-2022 12:43 PM

https://vt.tiktok.com/ZSRrjeEh6/?k=1

Dr. Hafeez tampil memberi teguran dan peringatan mengenai sikap segelintir warganet yang disifatkan tidak memiliki rasa empati terhadap pesakit yang menghidapi wabak cacar monyet.

Namun, berita cacar monyet itu bukanlah perkara yang menarik perhatian doktor tersebut tetapi komen-komen yang dilontarkan oleh segelintir warganet yang disifatkan tiada sifat simpati terhadap insan yang dijangkiti wabak berkenaan.

Hafeez teah memberikan respons bagi situasi tersebut melalui pandangan dari sudut perubatan. Pada asalnya, cacar monyet atau dikenali sebagai monkey pox merupakan satu penyakit yang disifatkan sinonim dengan golongan yang mengamalkan hubungan homoseksual. Hal ini disebabkan penyakit ini merebak melalui kontak rapat yang merupakan sebahagian daripada komuniti berkenaan.

Komen-komen yang disifatkan ‘meraikan’ penyebaran wabak itu dalam golongan tersebut telah menarik perhatian Dr. Hafeez seperti ucapan ‘Alhamdulillah, golongan ini dapat penyakit ini’ memaparkan sisi kurang baik sebahagian kita yang suka mengecam dan menjatuhkan hukuman terhadap golongan sebegini.

Seperti yang kita dapat lihat, ada segelintir warganet yang gemar memberi kutukan panjang berjela terhadap sesuatu perkara tanpa berfikir panjang, tetapi Dr. Hafeez telah memberikan satu peringatan menerusi video TikToknya. Katanya, senario cacar monyet ini kelihatan sangat mirip dengan kemunculan wabak AIDS pada 80-an.

Bahaya yang dibawa oleh golongan MSM kepada masyarakat

Seterusnya, doktor ini juga memberi peringatan mengenai golongan MSM (Male have sex with male). Walaupun penyakit ini dilabel sebagai penyakit homoseksual, terdapat golongan yang boleh menyebarkan penyakit ini secara dalam diam. Dr. Hafeez mendakwa, dalam negara konservatif seperti Indonesia, Brunei termasuklah Malaysia, golongan MSM dipercayai telah wujud dalam komuniti konservatif secara senyap-senyap.

Berbeza dengan golongan homoseksual yang merupakan sebahagian daripada komuniti LGBT, golongan MSM ini tidak mengidentifikasi diri mereka sebagai golongan homoseksual ataupun biseksual, walaupun sudah banyak kali mengadakan hubungan seksual sesama jenis. Sebaliknya mereka akan memiliki pasangan sama jantina dan hubungan yang dijalinkan bukannya atas perasaan cinta atau naluri, tetapi berpaksikan nafsu semata-mata.

Golongan MSM ini memiliki persamaan dengan golongan swingers, yang mana mereka melakukan hubungan seks tanpa melibatkan apa-apa perasaan,  hanya untuk melempiaskan nafsu mereka semata-mata. Malangnya, anda tidak dapat mengesan golongan ini dengan mudah kerana mereka tidak memiliki ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai stereotaip.

dengan pembawaan yang dibawa oleh golongan homoseksual yang merupakan subkomuniti bagi LGBT, mereka akan mengakui orientasi seksual mereka dan dapat membantu pihak perubatan untuk memberikan rawatan dengan tepat.

Mereka yang terlibat dalam MSM pula tidak akan mengakui penglibatan mereka dalam hubungan homoseksual dan perkara ini telah merumitkan urusan pengamal perubatan dan mampu memberikan diagnosis yang tidak tepat.

Bahaya yang dibawa oleh golongan yang paling sukar dikesan ini adalah mereka mampu menyebarkan penyakit cacar monyet kepada masyarakat awam tanpa mengenal jantina, umur, agama dan bangsa. Perkara ini dapat dilihat melalui sejarah penyebaran wabak AIDS ke dalam komuniti tempatan.

Oleh itu, kita wajarlah berhati-hati ketika mengeluarkan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara dan lebih menzahirkan rasa empati untuk menunjukkan sifat kemanusiaan yang sewajarnya tidak boleh lari daripada naluri seorang manusia.

Sumber: @hafeezdru via TikTok

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Menympah btuk dgn ID specialist. Ye, cacar monyet bukan STD tp golongan LGBT ni kegedikan /acah2 friendly mcm sial. Cmne tk senag brjangkit
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:57 PM | Show all posts
Edited by KIM.K at 10-8-2022 02:00 PM

Doc picisan ni tak kenai ka Prof Sazaly prominent dalam kajian denggi dan virology. Yang buat statement LGBT bawak monkey pox tu la. Dah tanya prof ke belum
Aku boleh ingat beliau sebab huruf belakang tu 'y' instead of 'i'
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Doc ni gayah kaa.. aku malas nak bace sbb psnjang sgt.. awat laa duk backup bebeno lgbt tu pun.. backup sesikit udah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:13 PM | Show all posts
dr hafeez ni pun ala ala jugak ni.. selalu buat content mcm drag queen show.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:15 PM | Show all posts
plolesnye
guna apps ape tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
gayah lettew
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:41 PM | Show all posts
Buritan replied at 10-8-2022 02:12 PM
Doc ni gayah kaa.. aku malas nak bace sbb psnjang sgt.. awat laa duk backup bebeno lgbt tu pun.. bac ...

baru ada awek tu...kemain geli confess time gf's day...ehhh cam bdk2 perangei
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 02:59 PM | Show all posts
msm pun bukan kategori lgbt ke?
macam sesuatu je doktor ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr pakar ke tak dia ni yg gigih sgt......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 10-8-2022 02:12 PM
Doc ni gayah kaa.. aku malas nak bace sbb psnjang sgt.. awat laa duk backup bebeno lgbt tu pun.. bac ...

Pesakt HIV especially LGBT ni mmg tk boleh disentuh kalau dkt hospital or klinik. Nti ade la pakar2 yg ada tujuan dan visi masing2 membackup
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:46 PM | Show all posts
toynme replied at 10-8-2022 02:41 PM
baru ada awek tu...kemain geli confess time gf's day...ehhh cam bdk2 perangei

hihihihih ada gak orang yg sama pendapat dgn aku. geli wehh dia confess kat tiktok tu. wekkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
So sebenarnya cacar monyet ni merebak melalui bontot lah ye...  so golongan MSM ni diharomkan dari berlaga bontot pampers
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 semua pemalas baca. Dia cakap golongan MSM yakni male having sex with male ialah golongan paling bahaya. Bukan golongan LGBT mahupun gay yang terang2 bersifat gay yang kita boleh tau. Golongan MSM tu yang senyap2 berbontot sesama sendiri dan memantat pulak dgn pompuan2 tu yang bahaya. Haaa gitulah lebih kurang dia cuba sampaikan.

Golongan gay tu kita boleh lah elakkan, golongan MSM tu yang bakalan menyebar monkeypox ke dalam masyarakat kekdahnya harap maklong.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:11 PM | Show all posts
green~tea replied at 10-8-2022 03:51 PM
So sebenarnya cacar monyet ni merebak melalui bontot lah ye...  so golongan MSM ni diharomkan dari b ...

tapi ada baby yang kena kan..maybe virus tu dah spread...pernah baca tapi ingat2 lupa...makan semut bnyk
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:12 PM | Show all posts
ainonymous replied at 10-8-2022 03:46 PM
hihihihih ada gak orang yg sama pendapat dgn aku. geli wehh dia confess kat tiktok tu. wekkk

aku terus unfollow tau....dah la akaun dia ada bnyk...maleh eh...baik cari info lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 04:16 PM | Show all posts
monkey pox ni kalau dalam lrt pon boleh jangkit
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 10-8-2022 04:02 PM
Acik2 semua pemalas baca. Dia cakap golongan MSM yakni male having sex with male ialah golongan pali ...


MSM tu bisex la kan... still under category lgbt.. dah kenapa nak berlapik2 definition
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:28 PM | Show all posts
green~tea replied at 10-8-2022 04:24 PM
MSM tu bisex la kan... still under category lgbt.. dah kenapa nak berlapik2 definition

kire dalam closet gitu.payah nak detect. kalau derma darah pon sama. MSM tapi tak declare.

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan betina aku kata aku golongan pembawak monkey pox. Aku cakap "kau yg suka zina & gugurkan anak ni bila nak bayar hutang member2 lain?"
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.071263 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list