View: 1261|Reply: 15
|
Bekalan Elektrik Utama Seoul Terputus Akibat Banjir, Ada Yang Mati Direnjat Elektrik
[Copy link]
|
|
Ibu kota Korea Selatan mengalami cuaca yang sangat buruk dan hujan lebat sejak semalam (kelmarin) menyebabkan bekalan elektrik terputus malah kereta api bawah tanah juga turut tenggelam dilanda banjir kilat.
Disebabkan limpahan air, banjir telah melanda di seluruh kawasan Seoul dan pihak berkuasa terpaksa memindahkan penduduk setempat.
Menurut sumber, hujan lebat di Seoul mencecah hampir 420mm setakat 5 pagi semalam dan kemungkinan besar diramal hujan akan melanda sekali lagi.
“Bahagian selatan Seoul menerima lebih 100mm hujan sejam pada lewat Isnin, dengan beberapa bahagian bandar itu menerima 141.5mm hujan, hujan terburuk dalam 80 tahun,” lapor media tempatan Korea Selatan.
Di daerah Gangnam juga padat dengan penduduk, turut terputus bekalan elekrik,dan ada beberapa bangunan telah ditenggelami banjir.
Ramai terkandas akibat kereta, bas, dan stesen kereta api bawah tanah tidak boleh bergerak akibat air Hujan yang terlalau deras.
Terdapat gambar dan video tersebar melalui media sosial menunjukkan jalan raya juga dinaiki air serta air hujan turut mengalir ke anak tangga stesen kereta api bawah tanah.
“Lima telah maut di Seoul dan dua yang lain di wilayah jiran Gyeonggi setakat 6 pagi Selasa,” ujar kenyataan Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan Pusat Seoul.
Tambahnya lagi, empat maut selepas terperangkap dalam bangunan yang dilanda banjir, seorang lagi terkena renjatan elektrik, seorang ditemui di bawah serpihan perhentian bas, dan seorang lagi maut dalam tanah runtuh dan sekurang-kurangnya sembilan orang di kawasan itu cedera, manakala enam lagi masih hilang.
Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan Pusat Seoul mengeluarkan amaran becana tersebut dan meminta pekerja yang bekerja di pejabat atau luar menyesuaikan waktu kerja mereka.
Kerajaan juga telah mengambil inisiatif dengan menghantar mesej keselamatan awam yang dihantar kepada penduduk di Seoul dengan memberi amaran tentang kemungkinan akan terjadi tanah runtuh.
Malah penduduk yang tinggal berhampiran dengan hutan juga dinasihatkan supaya berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
while north korea tgh sedia perang di ukraine |
|
|
|
|
|
|
|
oh noooo.. abislah abe2 kpoop hanyut dek air banjir |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2 ari news baru ada
Nasibla bukan wiken.. banyak yg p konsert |
|
|
|
|
|
|
|
sure cepat recover nanti ni.. bukan macam kat malaysia. amik masa berbulan bulan nak bersih dan pulihkan lokasi banjir |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib la utk hadek2 jambu kpop menari degup jantung kencang |
|
|
|
|
|
|
|
1. musang king
2. global warming
3. kerajaan gagal
4. failed state
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 10-8-2022 02:32 PM
1. musang king
2. global warming
3. kerajaan gagal
5. cash sbb tak tutup urat - pak lobai pus |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 10-8-2022 02:32 PM
1. musang king
2. global warming
3. kerajaan gagal
Kepala air.
|
|
|
|
|
|
|
|
ngeri tgk air melimpah kat subway station dia...camana la orang yang ada dalam subway tu time tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah projek canal city diteruskan
Eh jap |
|
|
|
|
|
|
|
Cpkay replied at 10-8-2022 02:29 PM
sure cepat recover nanti ni.. bukan macam kat malaysia. amik masa berbulan bulan nak bersih dan puli ...
Esok dah ok chouls... |
|
|
|
|
|
|
|
namr replied at 10-8-2022 02:34 PM
5. cash sbb tak tutup urat - pak lobai pus
6. salah DAPig |
|
|
|
|
|
|
|
seriau nya
tgk berita siap ada org mati lagi sbb umah dekat basement
|
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 10-8-2022 04:01 PM
seriau nya
tgk berita siap ada org mati lagi sbb umah dekat basement
eh macam citer parasite . banjir jugak tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|