CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 1

[Tempatan] Pengaruh media sosial, aliran liberal antara punca individu bawah 22 tahun lakukan seks

[Copy link]
Post time 10-8-2022 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Pengaruh media sosial, aliran liberal antara punca individu bawah 22 tahun lakukan seks


GAMBAR hiasan


Kuala Lumpur: Pengaruh media sosial serta aliran liberal yang mempromosikan gaya hidup bebas menjadi antara punca semakin ramai individu di bawah usia 22 tahun melakukan seks.

Selain itu, terdedah kepada industri hiburan tanpa kawalan serta kurangnya pengisian agama di dalam diri menjadi penyebab ramai yang terdorong untuk terus bebas tanpa dibatasi hukum hakam agama.

Aktivis sosial Datuk Hishamuddin Hashim berkata, faktor kurangnya perhatian daripada ibu bapa juga menjadi pencetus kepada keadaan itu dan ia berlarutan sehingga anak-anak meningkat remaja.

"Kalau dulu, anak perempuan tidak dibenarkan keluar rumah tanpa sebab dan perlu kebenaran atau ditemani ibu bapa.

"Malam langsung tak boleh keluar. Tapi kini, ada yang menjadikan balik lewat malam sebagai perkara biasa dan ia menyumbang kepada hubungan seks di usia muda," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia yang dijalankan secara dalam talian pada April serta Mei lalu yang mendapati semakin ramai belia di negara ini melakukan hubungan seks secara aktif termasuk individu berusia bawah 22 tahun berbanding enam tahun lalu.

Tinjauan itu membabitkan 1,089 responden berusia antara 18 hingga 30 tahun, dengan 51 peratus daripada mereka adalah belia Melayu.

Hishamuddin berkata, perubahan di dalam budaya keluarga Melayu itu sendiri yang mendorong anak-anak gemar memilih untuk mempunyai pasangan atau berkongsi kandungan kreatif menerusi media sosial.

"Pihak berwajib seperti institusi agama perlu tampil dengan inisiatif proaktif untuk menguatkuasakan peraturan sedia ada.

"Kalau kita lihat di pusat hiburan di Kuala Lumpur pun, yang paling ramai adalah bangsa Melayu. Mula-mula berhibur, kemudian melarat kepada hubungan seks bebas pula," katanya.

Sementara itu, pendakwah bebas Dr Mohd Sukki Othman berkata, penggunaan pelbagai aplikasi ketika ini perlu dikawal dengan penguatkuasaan yang tegas demi kepentingan semua pihak.

Katanya, dengan kemampuan yang ada, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu tampil dengan mekanisme tertentu terutama bagi memberi pilihan kepada pengguna.

"Dari segi akademik, kita tidak boleh bersandarkan kepada kajian sebegitu kerana tidak jelas berapa ramai dari kalangan orang Melayu dan bangsa lain.

"Tapi dari segi agama, memang kita kena bertindak segera kerana ia bukan isu baru. Sebelum ini juga sudah ada dan ia perlu dicegah, bagi mengelakkan kemurkaan Allah SWT." katanya

Sementara itu, seorang lagi aktivis masyarakat Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, gejala seperti ini amat bahaya kerana ia seperti sudah menjadi trend anak muda lebih cenderung melakukan seks bebas sebelum perkahwinan.

Katanya, ia petanda jelas masalah sosial semakin meruncing.

"Saya menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Menteri Perpaduan Negara agar memainkan peranan masing-masing untuk memastikan gejala seks bebas ini dapat diatasi segera," katanya.




Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... vidu-bawah-22-tahun

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tidak penat kah asyik salah kan orang lain (liberal).... Sedang kan imam.. Cekgu sekolah pondok juga di tangkap rogol/sodom budak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.088673 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list