View: 520|Reply: 0
|
Tinggalkan Singapura, Rajapaksa Lari Ke Thailand?
[Copy link]
|
|
COLOMBO: Bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dijangka tiba di Thailand bagi mendapatkan perlindungan sementara di negara Asia Tenggara itu, kata sumber.
Memetik laporan Reuters, Rajapaksa dijangka meninggalkan Singapura dan tiba di Bangkok.
Bagaimanapun, Kementerian Luar Sri Lanka enggan mengulas lanjut berhubung maklumat berkenaan.
Foto: Utusan
Bulan lalu, Rajapaksa melarikan diri ke Maldives selepas puluhan ribu penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasminya dan bangunan kerajaan.
Rajapaksa kemudian meninggalkan Maldives dengan menuju ke Singapura dan secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya.
Sri Lanka sedang menghadapi krisis kewangan paling buruk sejak tujuh dekad lalu.
Colombo bergelut mencari dana untuk membiayai import paling penting seperti bahan api, makanan dan ubat-ubatan.
Pentadbiran dan keluarga Rajapaksa yang memerintah Sri Lanka selama hampir dua dekad dipersalahkan atas krisis berlaku ketika ini di negara tersebut. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|