View: 940|Reply: 16
|
[Tempatan]
Gali lubang, tutup lubang | Duit projek kapal LCS untuk bayar hutang lapuk!
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 11-8-2022 01:12 PM
PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diberitahu bahawa syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. membelanjakan sebanyak RM400 juta untuk projek lama iaitu projek Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) walhal ia sepatutnya untuk projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).
Untuk rekod sehingga 28 Oktober 2020, jumlah pembayaran yang dibuat kerajaan kepada BNS adalah sebanyak RM6.08 bilion untuk LCS, namun, tidak digunakan sepenuhnya.
Pengarah Program LCS syarikat BNS, Kepten Ir. Azhar Jumaat berkata, selain menyelesaikan hutang-hutang lapuk BNS, sebanyak RM305 juta lagi wang digunakan untuk keperluan fasiliti integrasi.
Justeru, katanya, sebanyak RM1.005 bilion diklasifikasikan sebagai kos lebihan dan telah dirujuk dan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: “Adakah RM6 bilion itu diguna sepenuh untuk pembiayaan projek ini (LCS) atau projek sebelumnya?”
Azhar: “Ada lagi RM700 juta tambahan, jadi, kesemuanya lebih kurang RM1.4 bilion digunakan. Tetapi yang ini digunakan masih kepada projek LCS tetapi ia melebihi bajet asal yang ditawarkan kerajaan dalam skop siling RM9 bilion itu. Jadi, ini adalah isu dalaman pihak BNS.” katanya di dalam laporan prosiding PAC bertarikh 11 Disember 2021.
Kah Woh: “Saya rasa ini lebih kepada kelemahan pengurusan.”
Azhar: “Ya, memang ia satu isu pengurusan bermasalah, tetapi, diambil tindakan siasatan untuk pihak-pihak terlibat dalam proses membuat keputusan.”
Dalam prosiding berlainan pada 16 Disember 2020, Azhar berkata, BNS mempunyai masalah ketirisan wang yang parah tanpa aliran tunai yang sihat, telah mengganggu keseluruhan proses penyediaan rekaan terperinci dan production drawing LCS.
Ketika ini, rekaan terperinci projek LCS belum disiapkan atau dimuktamadkan oleh BNS.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman berkata, bayaran kepada NGPV adalah ‘kos lama’ yang terpaksa ditanggung apabila BNS menandatangani kontrak LCS.
Justeru, akibat melunaskan hutang menggunakan wang daripada sumber lain telah menyebabkan syarikat itu berdepan masalah aliran tunai.
“Jadi, kos lebihan termasuk hutang berkaitan dengan NGPV yang terpaksa ditanggung oleh BNS mengakibatkan adanya masalah dengan aliran tunai di BNS,” katanya menerusi laporan prosiding bertarikh 25 Januari 2022.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
ko yang sedap berhutang pastu suka suki bayar hutang pakai duit rakyat.Jahanam...
Arahan 'Stop Work' bermula April 2018 semasa Najib jadi PM.
Si #MatSakau Najib Razak ni tak habis-habis menipu, tak habis-habis nak salahkan orang demi nak tutup salah sendiri ya?
Pengikut dia pulak semua jenis bangang tak baca laporan PAC.
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu yang makan diri sendiri
Tapi tetap jadi modal menghasut sebab mereka tahu konfem ada acik2 bengap yang termakan hasutan
Projek NGPV tu dulu projek kroni atok kalau korang nak tahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya terus menjawab Tiktok propaganda Syed Saddig melalui beberapa post di FB sebab saya tak mahu nak bot kecil untuk buat video macam dia.
Dia kata bab yang paling buat dia marah ialah syarikat Boustead milik LTAT menggunakan RM400 juta dari RM6 bilion diterima bagi projek LCS untuk bayar hutang lama yang bukan untuk keselamatan negara.
Kamu tak baca laporan PAC ke?
Hutang RM400 juta itu adalah dibayar kepada kontraktor bagi projek NGPV.
"Pembayaran diterima daripada kerajaan oleh syarikat BNS tidak digunakan untuk projek LCS sepenuhnya dengan sejumlah RM400 juta daripadanya digunakan bagi menyelesaikan hutang lapuk projek lama NGPV." kata pengerusi PAC.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/984153/kerajaan-gagal-kesan-masalah-kewangan-syarikat-pembina-kapal-lcs-pac
NGPV itu apa? Itu projek New Generation Patrol Vehicle.
Projek untuk bina 6 kapal NGPV bagi TLDM diberi oleh Atok kamu PM4 kepada syarikat PSC Naval Shipyard milik Amin Shah.
Lepas itu, kerajaan terpaksa bailout syarikat Amin Shah selepas projek gagal untuk siapkan projek 6 buah kapal tersebut.
"Sept 2005: Boustead buys stake in PSC-Naval Dockyard"
https://www.malaysiakini.com/news/40541
Boustead akan mencatat keuntungan juga dari projek LCS ini.
Bukan kesemua harga projek RM9b adalah kos projek sahaja.
Jadi apa salahnya untuk Boustead gunakan sebahagian keuntungan daripada projek itu untuk membayar hutang lama projek NGPV?
Bekal kapal NGPV kepada TLDM bukan untuk keselamatan negara ke?
Syed Saddiq buat tohmahan sebelum baca laporan atau fahamkan isu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang atas ni bangkem copy dari fesbuk najib
Acik2 baca la ye walaupon panjanh
Kalu mals nak baca, jangan komen atau buat konklusi sendiri hanya berdasatkan tajuk dan meme je..
tak payah sembang hal politik.. lepak la di bod gosip..kat sana kalau nak berandaian dan baca meme sahaja boleh diterima.. |
|
|
|
|
|
|
|
FB Najib. |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat baca Laporan PAC.
Pengikut setia baca Laporan Pesbuk Orang Kalah Rayuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha ha ... ini betul2 gali lubang untuk diri sundri
Lepas itu, kerajaan terpaksa bailout syarikat Amin Shah selepas projek gagal untuk siapkan projek 6 buah kapal tersebut.
"Sept 2005: Boustead buys stake in PSC-Naval Dockyard"
https://www.malaysiakini.com/news/40541
Boustead akan mencatat keuntungan juga dari projek LCS ini.
Bukan kesemua harga projek RM9b adalah kos projek sahaja.
Jadi apa salahnya untuk Boustead gunakan sebahagian keuntungan daripada projek itu untuk membayar hutang lama projek NGPV? 2 problem besar dengan jawapan Pok Jib(yg kalah rayuan tu)
(1) Pok Jib(yg kalah rayuan tu) adalah muntri pertahanan 1991 - 1995 & 2000 - 2008
Apa yang dia puat semasa projek tersebut?
PSC-Naval Dockyard was contracted to deliver six patrol boats for the Malaysian Navy in 2004 and complete the delivery by last April. Those were supposed to be the first of 27 offshore vessels ultimately to cost RM24 billion plus the right to maintain and repair all of the country's naval craft. But only two of the barely operational patrol boats had been delivered by mid 2006. There were 298 recorded complaints about the two boats, which were also found to have 100 and 383 uncompleted items aboard them respectively.
The original RM5.35 billion contract ballooned to RM6.75 billion by January 2007 (2) Kalo beli company , pasal apa tak bayar habis hutang2 tersebut?
Lagi sekali ... Pok Jib(yg kalah rayuan tu) adalah muntri pertahanan masa tersebut - apa dia buat?
Tak mampu jawab pasal nak tunggu update dari FB Pok JIb(yg kalah rayuan tu) ke?
Apa daaaa macai totok party asobiyyah & pentaksub tegar Pok Jib(yg kalah rayuan) ni ... tak mampu pikir untuk diri sundri
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 1991 Limbungan TLDM telah dikoporatkan oleh kerajaan PM4.
Lalu ianya dijual pada tahun 1995 kepada syarikat swasta Penang Shipbuilding & Construction Corporation (PSC) untuk menjadi syarikat PSC-Naval Dockyard.
Pada tahun 1998, kerajaan memberi kontrak pembinaan untuk 27 buah kapal Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) dengan anggaran bajet sebanyak RM30 bilion kepada syarikat swasta tersebut.
Fasa pertama melibatkan pembinaan 6 kapal pertama dengan kos RM6 bilion.
Namun kontrak ini gagal dan tiada satu kapal pun diserahkan oleh PSC-Naval Dockyard sehingga Jun 2005
Maka kerajaan melalui syarikat Boustead milik LTAT terpaksa bail-out projek ini dengan membeli kepentingan saham majoriti dalam syarikat PSC-Naval Dockyard pada Disember 2005.
Syarikat itu dijenamakan semula menjadi syarikat Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd.
Biarpun BNS terbeban dengan cabaran hutang dan masalah legasi PSC-Naval Dockyard, ianya berjaya menyelamatkan projek tersebut dan menyerahkan 6 kapal NGPV antara tahun 2006 hingga 2010.
Masa itu, TLDM dan kerajaan tidak lagi berhasrat untuk meneruskan pembinaan baki 21 buah kapal NGPV yang bernilai sekitar RM24 bilion dan memilih untuk menggantikan projek ini dengan projek Littoral Combat Ship (LCS) yang menjadi kontroversi besar hari ini.
Sebab itu, letter of award diberi pada tahun 2011 untuk membenarkan BNS mula berunding dengan TLDM dan vendor untuk memajukan projek LCS dan untuk terus membina kebolehan serta kepakaran dalam industri pertahanan negara.
Namun, kontrak akhir untuk membina 6 buah kapal LCS yang jauh lebih besar can canggih berbanding NGPV hanya ditanda tangan pada Julai 2014 di mana pembinaan fizikal kapal LCS hanya bermula pada Januari 2015.
BNS memang akan mencatat keuntungan sekiranya diberi kontrak pembinaan 6 buah kapal LCS dan seperti didedahkan laporan PAC dan juga CEO LTAT, syarikat BNS telah menggunakan RM400 juta daripada bayaran pendahuluan bagi projek LCS untuk menjelaskan hutang lapuk bagi projek NGPV. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 11-8-2022 01:21 PM
Rakyat baca Laporan PAC.
Pengikut setia baca Laporan Pesbuk Orang Kalah Rayuan.
Beza org yg intellectual vs macai dek. Org berotak faham ni semua dunia tipu2..duniawi je.
Sampai arwah le gang pentaksub politik berkiblatkan politicians. Sian kan tua2 pun bodow! |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan PAC bukan kitab suci
Laporan pac kata duit gst tak hilang.. tapi dalam akaun lain jah..
Laporan pac juga kata najib tidak bersalah dalam 1mdb
Takut betul penghasut dengan fb najib.. sebab susah mereka nak menghasut |
|
|
|
|
|
|
|
Najib jugak la yang kena cuci taik peninggalan atok
BNS (milik kroni najib iaitu anggota angkatan tentera) terpaksa tanggung hutang peninggalan kroni atok..
Sebijik kapal pon tak siap ketika dibuat oleh kroni atok walaupon 6 bilion dah lesap
Ujung2 atok diangkat jadi PM oleh PH |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha ha ... macai totok party asobiyyah & pentaksub tehar Pok Jib(yg kalah rayuan tu) tak jawab tapi konfom apa yang dikatakan
Pada tahun 1998, kerajaan memberi kontrak pembinaan untuk 27 buah kapal Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) dengan anggaran bajet sebanyak RM30 bilion kepada syarikat swasta tersebut.
Fasa pertama melibatkan pembinaan 6 kapal pertama dengan kos RM6 bilion.
Namun kontrak ini gagal dan tiada satu kapal pun diserahkan oleh PSC-Naval Dockyard sehingga Jun 2005
Maka kerajaan melalui syarikat Boustead milik LTAT terpaksa bail-out projek ini dengan membeli kepentingan saham majoriti dalam syarikat PSC-Naval Dockyard pada Disember 2005.
Pok Jib(yg kalah rayuan tu) jadik muntri pertahanan pada 2000.
Kalo 6 kapal dijanjikan pada 2004 , pada 2002 akan tau ada problem kalo dia pantau kemajuan projek tersebut
Sama macam sedara dia , si hishamuddin , detailed design LCS dijanjikan muktamad pada 2016 , pada 2015 akan tau dah ada problem kalo dipantau kemajuan projek tersebut
Amat ketara kelemahan Pok Jib(yg kalah rayuan tu) bersama sepupu dia (kes LCS) - all in the family lah ni
Biarpun BNS terbeban dengan cabaran hutang dan masalah legasi PSC-Naval Dockyard, ianya berjaya menyelamatkan projek tersebut dan menyerahkan 6 kapal NGPV antara tahun 2006 hingga 2010.
Pasal apa kena ada hutang legasi? Kalo dah dapat serahkan 6 kapal mesti ada untung & akan dapat kaber hutang tersebut
Pada 2010 Pok Jib(yg kalah rayuan tu) adalah PM selaku muntri kewangan
Jadik - apa yang mamat ni buat sebenarnya?
Dok bagi problem aje kat rakyat Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Atok = bailout kroni swasta
Najib = bailout glc |
|
|
|
|
|
|
|
ade lagi ke orang yang percaya sahibus samahah paduka ayahanda najib ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm ... bailout GLC
Tapi masih hutang keliling pinggang
Camno bailout ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Cakap pun dah berbelit-belit ni... apahal ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|