View: 2219|Reply: 11
|
Datuk Seri Positif Dadah, Leka Berparti Liar Di Janda Baik Masa Kena Serbu
[Copy link]
|
|
Bentong: Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri antara 25 individu ditahan polis ketika sedang leka 'berparti liar' di sebuah banglo mewah di Janda Baik, Bukit Tinggi di sini, awal pagi tadi.
Lelaki berusia 46 tahun terbabit dan kesemua individu itu dipercayai menyewa banglo berkenaan untuk berparti sambil mengambil dadah.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong selepas menerima maklumat awam, kira-kira jam 1 pagi.
Foto: Harian Metro
"Dalam serbuan dilakukan, polis berjaya menahan 15 lelaki dan 10 wanita termasuk lapan warga asing yang kesemua mereka berusia antara 18 hingga 64 tahun.
"olis turut merampas dadah jenis ketamin seberat 2.18 gram dan pil ekstasi seberat 1.43 gram dianggarkan nilai keseluruhan rampasan RM800," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaiham berkata, ujian saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati kesemua peserta parti liar itu positif dadah jenis methamphetamine.
"olis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai bekalan dadah dan mengenal pasti penganjur parti liar itu," katanya.
Beliau berkata, kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 14 Ogos ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu dadah dan mengambil tindakan tegas. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Pesta cucuk langit atas kayangan gitchew Yelah kan condo2.. hotel2 airbnb kt KL jd hot spot masok radar bapak tiri/ AADK terpaksa lah daki bukit meronggeng |
|
|
|
|
|
|
|
ni datok seri yg sama ada kebun ketum kat janda baik tu juga ke. aiii suka bebenor datok ni dengan janda baik |
|
|
|
|
|
|
|
datuk seri beli ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kan ada satu tempat eksklusif gated n guarded tempat ongkaye2 kt janda baik ni. Sblum smpi kwsn kg janda baik. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea: Woweeeeeee... sapa la pedajal ...
Pesaing bisnes. Hah gitew [em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Semua positif. Birds of a feather flock together kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
8 wanita warga asing?
Wowww gebu2 |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 11-8-2022 06:26 PM
datuk seri beli ke
Datuk seri kjaan baukshite ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
gigih ya yg buat report tu .. tinggi nak mendaki ke sana tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah namanya datuk sri..kes akan tenggelam masuk lubuk jer la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|