“Nak Tumpang Tidur Lengan” – Wanita ‘Menggeletis’ Di Ruangan Komen Atlet Angkat Berat Buat Netizen Geli
Terdahulu, atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat telah berjaya meraih pingat perak pertama pada temasya Sukan Komanwel 2022 pada 1 Ogos lalu.
Menurut laporan Berita Harian, pingat naib juara Erry itu diperoleh menerusi acara 73 kilogram (kg) selepas menduduki tempat kedua di belakang pemenang pingat emas dari India, Sheuli Achinta.
Anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon itu kemudiannya berkongsi hantaran gambar bersama pingat perak yang dimenangi menerusi laman Instagram miliknya.
Namun, hantaran gambar itu kemudiannya dimuat naik semula oleh netizen di laman Facebook yang akhirnya menimbulkan perbalahan apabila sesetengah wanita dilihat meninggalkan komen berbaur lucah.
Susulan itu, rata-rata netizen telah berasa kecewa terhadap sesetengah wanita yang bertindak meninggalkan komen tanpa menghormati privasi tuan badan.
Malah, ada juga yang menganggap tindakan itu sebagai gangguan seksual terhadap atlet angkat berat berkenaan.
Apa perasaan suami diorang eh? – netizen.
“Boleh tengok reply dekat sini on how sexual harassment on man being taken lightly,” tulis seorang pengguna Twitter.
Post time 12-8-2022 03:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Racurve replied at 12-8-2022 03:01 PM
Semoga dapat mandi dengan atlet2 ni KECUALI yang tembun tu! Dan kurex hampir terjatuh di batuan lalu mereka berebut2 menyambut kurex dari jatuh tercedera
setakat sado mcm tu xde lah nak selera pon hai, mmg melampau bini org yg komen tu xtau malu ke, kalo laki sendiri yg baca komen tu xtau lah apa perasaan laki tu aduhaiii, mmg selayaknya di kecam