CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 565|Reply: 2

Pencuri Kereta Menyorok Dalam 'Teddy Bear' Elak Dicekup Polis

[Copy link]
Post time 12-8-2022 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara enggan dikesan pihak berkuasa, seorang pencuri kereta, sanggup menyembunyikan diri dalam patung beruang gergasi.


Tindakan Joshua Dobson dari Spotland, Rochdale itu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa selepas mencuri Mitsubishi ASX dan gagal membayar minyak petrol pada Mei lalui.




Joshua Dobson - Foto: FB/Metro.co.uk




Pihak berkuasa gagal mengesannya, namun taktik pencuri berusia 18 tahun terbongkar selepas pegawai Polis Greater Manchester (GMP) Rochdale, menggeledah rumahnya.


Ketika penggeledahan, anggota polis ternampak anak patung itu bernafas di sudut rumah suspek.




Foto: Kennedy News/GMP/Facebook




Seorang pegawai polis, Dobson merobek bahagian bawah patung beruang itu sebelum akhirnya berjaya menemui suspek bersembunyi didalamnya.


GMP Rochdale mengumumkan perkara itu di media sosial dan memberitahu suspek ditahan serta merta dan dipenjarakan selama sembilan bulan.




Foto: Kennedy News/GMP/Facebook




"Dia kini dipenjarakan selepas dijatuhi hukuman minggu lalu kerana mencuri kenderaan bermotor, memandu tanpa kelayakan dan melarikan diri dari stesen minyak tanpa bayaran," kata jabatan itu.


Taktik gagal pencuri itu menjadi bahan jenaka netizen selain ada merayu pihak berkuasa mendedahkan rakaman kamera pada badan anggota polis mereka ketika tangkapan itu kepada awam.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya teddy bear
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sah si Joshua tu tgk video ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037905 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list