CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 3

[Dunia] Pekerja ladang teh Bangladesh mogok, tuntut kenaikan gaji

[Copy link]
Post time 14-8-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja ladang teh Bangladesh mogok, tuntut kenaikan gaji


Pekerja ladang teh mengadakan mogok di Srimangal, Bangladesh. - FOTO AFP


Dhaka: Hampir 150,000 pekerja di lebih 200 ladang teh di Bangladesh mengadakan mogok bagi menuntut kenaikan gaji sehingga 150 peratus.

Ketika ini, mereka dibayar AS$1.25 (RM5.56) sehari, yang disifatkan penyelidik sebagai terendah di dunia.

Gaji minimum bagi pekerja ladang teh di negara berkenaan adalah sekitar 120 taka sehari, namun ada kalanya jauh lebih rendah terutama di pasaran bebas.

Seorang pekerja berkata, bayaran berkenaan tidak cukup untuk mendapatkan makanan, apatah lagi keperluan lain.

"Dengan gaji sebanyak ini, kami tidak mampu membeli beras untuk keluarga kami," kata Anjana Bhuyian, 50.

"Gaji sehari tidak membolehkan kami membeli walau satu liter minyak masak. Bagaimana kami mahu fikirkan mengenai khasiat, perubatan atau pendidikan anak-anak," katanya kepada AFP.

Kesatuan pekerja meminta kenaikan gaji kepada 300 taka sehari, selaras dengan peningkatan inflasi dan penyusutan nilai mata wang.

"Hampir 150,000 pekerja ladang menyertai mogok hari ini.

"Tiada pekerja akan memetik daun teh atau bekerja di kilang pemprosesan selagi pihak berkuasa tidak memenuhi tuntutan ini," kata Sitaram Bin, ahli jawatankuasa Kesatuan Pekerja Teh Bangladesh.

Pemilik ladang menawarkan kenaikan gaji sehingga 14 taka sehari, selepas kenaikan 18 taka sehari tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Teh Bangladesh, M Shah Alom berkata, pengendali ladang kini berdepan masa sukar dengan keuntungan semakin merosot.

"Kos pengeluaran semakin meningkat. Perbelanjaan untuk gas, baja dan diesel juga meningkat," katanya.

Penyelidik berkata, pekerja ladang teh yang tinggal di kawasan terpencil dieksploitasi oleh industri sejak beberapa dekad.

"Pekerja ladang teh umpama hamba zaman moden. Pemilik ladang tidak mematuhi syarat gaji minimum dan mengekalkan tahap gaji terendah di dunia," kata Philip Gain, Pengarah Pembangunan Manusia dan Alam Sekitar, yang menulis buku mengenai pekerja ladang teh.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... untut-kenaikan-gaji

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dhaka....igtkn di Cameron td
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik ada teh boh.....
Tak dpt ahmed tea pun tak pe
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn datang ke malaysia  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041989 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list