CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

[Kedah] Cukai jalan, insurans van terbabas tamat tempoh

[Copy link]
Post time 16-8-2022 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-8-2022 10:17 PM

Cukai jalan, insurans van terbabas tamat tempoh

Oleh Izad Thaqif Hassan - Ogos 16, 2022 @ 7:20pm [email protected]





Murid Sekolah Kebangsaan Agama Al-Islah diberi rawatan awal kerana mengalami kecederaan selepas van sekolah dinaiki terbabas masuk dalam parit di Jalan Pinang Tunggal, dekat sini hari ini. - Foto Tular




SUNGAI PETANI: Cukai jalan dan insurans van sekolah membawa murid yang terbabas dalam parit di Jalan Pinang Tunggal dekat sini, hari ini didapati tamat tempoh sejak Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pemandu van sekolah terbabit bagaimanapun mempunyai lesen memandu yang sah.

"Siasatan mendapati van dipandu lelaki berusia 43 tahun berkenaan membawa 16 murid berusia tujuh hingga 12 tahun.

"Van berkenaan dalam perjalanan dari Taman Sejati menghala ke Sekolah Kebangsaan Agama SK (A) Al-Islah Pinang Tunggal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan patah tangan kanan, manakala 15 lagi kanak-kanak cedera ringan selepas van sekolah dinaiki terbabit dalam kemalangan berhampiran Taman Rhu, Tikam Batu dekat sini, kira-kira jam 7.40 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pemandu van berkenaan cedera ringan di kepala.

Van sekolah terbabit terbabas ke dalam parit di bahu jalan, tetapi tiada mangsa yang tersepit.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.126947 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list