|
RUANGAN KHAS UNTUK PENULIS/FORUMNER YANG DAH TERBIT NOVEL DIPASARAN-LIST PAGE 3
[Copy link]
|
|
Salam sume..
dobot suka baca enovel sang arjuna bertajuk andainya aku menjadi milikmu..nak tanya ada versi cetak ke? baru nie ada beli novel sweet sour tp lum khatam lg |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by azyunimelza at 17-11-2011 17:08
Hai..salam semua...
Saya forumer baru di sini. Selamat berkenalan kepada semua forumer terutama pengemar2 novel.
Saya hanya ada sebuah novel di pasaran terbitan Creative Enterprise SB tahun 2008. Tajuk novel saya tu "Pelangi Di Ufuk Senja".
Klik di sini untuk info tentang Pelangi Di Ufuk Senja.
InsyaAllah, novel saya yang kedua yang berjudul "Wajah Terakhir" akan terbit hujung bulan ini dalam bentuk eNovel. Ia hanya boleh didapati dalam versi digital pdf (eBook) dan tidak terdapat dalam versi cetak.
Saya akan inform jika terbit kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sinopsis "Wajah Terakhir".
“Cinta itu adalah satu ungkapan suci yang terbit dari hati kita bersama kenangan-kenangan indah. Dan sepanjang aku mengenali dia, masih belum ada kenangan-kenangan indah itu. Aku tahu dia sudah bertunang. Maka atas sebab itu, aku sesekali tidak mahu mencipta kenangan indah bersamanya.”
Secara tidak sengaja, dua adik-beradik akhirnya bersua sejak lama terpisah. Tanpa mereka sedari, Maisarah dan Maizurah mencintai lelaki yang sama. Apakah kesudahannya? Siapakah yang menemukan mereka? Benarkah mereka adik-beradik yang terpisah sejak kecil itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Demi masa depan Maisarah, ibunya sanggup menyerahkan anak itu kepada orang kaya untuk dibela sebagai anak angkat. Namun, untuk berpisah dengan Maisarah, dia sesekali tidak sanggup. Dia rela menjadi hamba di rumah itu. Kasih dan sayangnya pada Maisarah tetap utuh meskipun dia amat dibenci oleh anak sendiri. Biarlah Maisarah membenci dirinya asalkan mereka tidak berjauhan. Kehilangan Maizurah beberapa tahun lampau benar-benar membuatkan dia takut untuk kehilangan Maisarah. Di mana harus menumpang kasih jika bukan kepada Maisarah? Secara tidak sengaja, dua beradik yang terpisah sejak kecil itu bertemu kembali setelah dikurung Hamzah, sahabat baik ayah sendiri. Tanpa mereka sedari, Maisarah dan Maizurah mencintai lelaki yang sama bernama Aqasha. Dalam diam, Ustaz Soleh tidak dapat menyembunyikan kasihnya buat Maisarah. Bukan sebab kecantikan Maisarah tapi budi baik gadis itu padanya. Felix, bercita-cita menjadikan Maizurah sebagai suri hidup. Apakah kesudahannya? Siapakah yang menemukan mereka? Benarkah mereka adik-beradik yang terpisah sejak kecil itu?
Dapatkan segala jawapan di dalam eNovel yang baru diterbitkan hari ini (1/12/2011) setebal lebih 400 muka surat.
Harga Biasa = RM35.00
Harga Promosi = RM20.00 (sehingga 31/12/2011)
Info lanjut, sila layari www.azyunimelza.com |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah yang dipaparkan dalam eNovel ini banyak memberi pengajaran kepada kita. Dengan jalan cerita yang menarik, lain daripada yang lain dan menyentuh hati, kesudahan eNovel ini juga langsung tidak diduga sama sekali.
Info lanjut di http://azyunimelza.com/wajah-terakhir/ |
|
|
|
|
|
|
|
“Semua manusia boleh menulis buku walaupun mereka hanya berpendidikan SPM.Menulis adalah mudah namun memerlukan kemahiran.Jika Imam Nawawi rahimullah menulis 40 muka surat sehari ketika zaman tiada fasiliti canggih seperti internet dan laptop ,mengapa kita hidup di zaman teknologi tidak boleh menulis?”
Saat Sulaiman al-Madani
www.saatcham.com |
|
|
|
|
|
|
|
karya kaka detox - ghazal untukmu
telah dibukukan
Novel Umum Mac 2012: Bawah Pohon Sena
Penulis: Nisyah
ISBN: 978-967-5118-82-1
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 5 Mac 2012
Kata mama, cinta itu pelik. Cinta akan hadir tanpa kita duga.
Memang betullah cinta itu pelik. Cinta takkan pernah hadir jika tiada izin daripada-Nya.
Tiga tahun Lili cuba membina istana kasihnya bersama Harith, namun takdir menentukan sebaliknya. Lantas dia pergi mengundurkan diri mencari tenang di lorong belakang Pasar Seni. Di situ dia bertemu dengan Gibran, si pemuzik jalanan yang mengubat hatinya dengan Ghazal Asmara.
Baca bab awal
Hati Lili baru sahaja ingin sembuh dengan kehadiran Gibran. Namun dia diuji lagi dengan permintaan Suraya untuk menjadi ibu kepada Puteri Diyana. Dia rela atas dasar simpatinya pada seorang teman. Lalu Gibran ditinggalkannya tanpa sebarang ucapan.
Gibran, ibaratkanlah dia seperti bumerang...
Tapi, kalau dia jadi bumerang sesat?
Harith cuba untuk meraih kembali cinta Lili namun hati Lili telah dibawa jauh ke Norway. Benarkah dia akan menemukan impiannya di sana? Atau bahagia itu menantinya di sini.
***
Kini NISYAH membuai perasaan kita dengan bahasa yang indah dalam melakar cinta bersama mereka di Bawah Pohon Sena. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Detox aka Ninsyah dgn novel terbaru ni
|
|
|
|
|
|
|
|
TQ MIJOT and KAK QIMI, tolong copy and promote buku saya kat sini....*hugs* |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak dapatkan novel2 karya penulis2 cari.... |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats Kak Detox |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni kak detox gi pejabat js t/t novel
yg baru keluar dari oven |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 212# jingga007
TQ mek ! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 213# qimi08
wah !!! ada teropong ajaib ke ??? |
|
|
|
|
|
|
|
ni yang rasa gatal nak menulis kembali ni...
congrats detox! |
|
|
|
|
|
|
|
congrats detox.... a must buy!
baca sinopsis saja dah terbuai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 208# qimi08
tks sbb tolong jawabkan
tak tau lah dobot ... mcm tak ada rezeki nak tulis buku, bila mula jer taip manuskrip terus rasa boring
pastu hilang thumb drive, pastu hilang file |
|
|
|
|
|
|
|
smlm baru dpt buku kak detox..... wkend ni bole start bace.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam sume..
saya baru je beli buku Dunia Affan n Iddin. minta maaf pd penulis buku tersebut, baru ni berkesempatan nak beli. itu pun kebetulan ternamapak kat kedai terus rembat..hihi
saya ni bukannya kaki novel tp sejak terjebak dengan board ni minat membaca mula timbul
saya dah listkan beberapa buku yg terdapat dlm tread ni tuk dibeli...masalahnya setiap kali gi kedai buku, lupa bawa list..sudahnya tak beli satu buku pun. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|