CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rayyanrafael

Tun Mamat Tidak Pernah Jumpa Dengan Puteri Gunung Ledang???

[Copy link]
Post time 29-9-2010 09:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by abangbikerz at 29-9-2010 21:41
1. Jambatan Emas Dari Melaka Ke Gunung Ledang
2. 7 dulang hati nyamuk
3. 7 dulang hati kuman
4. 7 tempayang air mata anak dara
5. Semangkuk darah anakandanya.

Dan sejarah telah tertulis bahawa semua permintaan telah ditunaikan sehinggalah
yang terakhir, iaitu darah akandanya sendiri. [quote]

[/quote]
bagitau dekat aku camne depa nak dapatkan sedulang hati kuman?????

dan bagaimana plak dgn hati nyamuk??? org dulu2 kenal ke hati nyamuk camne??

dan satu lagi mana plak tinggalan jambatan emas tu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 10:00 PM | Show all posts
aku dgr juga hang 5 bersaudara ini cina
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:44 PM | Show all posts
Reply 1# rayyanrafael


    Haha, akhirnye ada gak yang bukak pasal citer nie, Dah lame dah aku dengar teori nie , cume ada laen sikit ngan teory rayyan,
yang mane Tun Mamat nie dikenali sebagai seorang yang sangat bijaksana.. Oleh kerana Sultan Melaka hendak sangat nak beristerikan PGL, maka Tun Mamat n Hang Tuah pergi ke Gunung Ledang untuk meminang PGL.Tetapi, seperti yang diketahui, adalah amat sukar nak berjumpa ngan PGL kerana PGL tue dari kalangan orang bunian(x tahu betul ke x), so, kebetulan Hang Tuah nie dah tue, x larat nak ke puncak, so only Tun Mamat jer yang naik ke puncak. Pas tue, based on that story, Tun Mamat x berjumpe pun ngan PGL, tetapi die cover baik ngan mencipta beberapa permintaan yang memang x masuk akal dengan permintaan yang paling melampau iaitu nak darah anak Sultan Melaka yang memang x kan ditunaikan oleh Sultan Melaka,

Haha, yang tue theory yang pernah aku dengarlah, tapi x dapat nak dipastikan kesahihannye, tapi yang pasti story nie menunjukkan bahawa Tun Mamat adalah seorang yang sangat bijaksana..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:00 PM | Show all posts
Reply  rayyanrafael


    Haha, akhirnye ada gak yang bukak pasal citer nie, Dah lame dah aku de ...
sarah_ary2 Post at 29-9-2010 22:44


kenapa perlu cover, takleh cakap terus terang ajeke yg die tak jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 12:54 AM | Show all posts
Reply  rayyanrafael


    aku melayu le bukan cina bukan india. sumpah wallahi. cuma aku melayu  ...
abangbikerz Post at 29-9-2010 21:18



    urban sangat la lu ni bro ye..kalau urban lu gi la thread hiburan sana...

lu gi lepak thread kepercayaan karut orang melayu buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 12:58 AM | Show all posts
Reply 12# ntahler

tujuan perasap keris ni ada 2;

1. pemujaan


2. mau bagi wangi


aku kekadang perasap gak stok keris/pedang tuk bagi wangi dgn asap kemenyan sebab sapu minyak atar bau dia terlalu kuat. tujuan bagi wangi plak dgn niat sama kita nak bagi kete/umah wangi letak ambi purr... so aku perasap tu sekadar tradisi, bukan pemujaan, takkan nak letak ambi purr/glade plak... hehehe...


memandikan keris plak utk buang karat, sebab komposisi besi dlm mata keris tu tak seteguh mcm besi2 moden... ianya rapuh dan perlukan special care sebab dah trlalu usang dan lama... so lepas mandi, mesti la perasap utk betul2 keringkan dari unsur2 h2o yg berbaki... pastu selalunya org sapu warangan/arsenik dgn minyak atar bagi wangi... tapi aku tak letak warangan/atar la, sekadar bau wangi kemenyan dah la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2010 01:10 AM | Show all posts
urban sangat la lu ni bro ye..kalau urban lu gi la thread hiburan sana...

lu gi lepak t ...
billionman78 Post at 30-9-2010 00:54



    bile bunyi urban aje ko bayang disko pub bagai yerr???
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 08:56 AM | Show all posts
hang tuah hilang masa xpdc meminang PGL ke?


rasa2 nye ...Tun mamat tu jupe hantu raya PGL  kot...tak pun org bunian, makhluk halus didalam hutan...

tu yg mintak  hantaran ngarut kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 08:59 AM | Show all posts
Reply  rayyanrafael


    Haha, akhirnye ada gak yang bukak pasal citer nie, Dah lame dah aku de ...
sarah_ary2 Post at 29-9-2010 22:44



    ke..tun mamat markup sikit...

PGL mintak 5 dulang telur ayam = tun mamat markup 7 dulang...

5 dulang hati nyamuk TM markup 7 dulang....

jd apa logik nye org dulu2 mintak benda pelik2 ni? mesti nak bagi jin peliharaan @ antu raya makan ? betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 09:15 AM | Show all posts
bile bunyi urban aje ko bayang disko pub bagai yerr???
abangbikerz Post at 30-9-2010 01:10


biasanya orang2 macam ko je tak percaya sejarah...malu nak ngaku melayu...aku rasa sini bukan tempat orang macam ko
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 09:40 AM | Show all posts
jd apa logik nye org dulu2 mintak benda pelik2 ni
salimrock Post at 30-9-2010 08:59


Dia mintak mcm ni menunjukkan dia menolak peminangan tu dgn bahasa/cara yg halus..

Dlm ertikata lain, minta mcm ni sendiri mau ingat la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 09:48 AM | Show all posts
ke..tun mamat markup sikit...

PGL mintak 5 dulang telur ayam = tun mamat markup 7 dulan ...
salimrock Post at 30-9-2010 08:59



    kena kasi puluk kuning skali campur ngan ayam golek
baru tambah selera antu raya dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 09:55 AM | Show all posts
salam....

aku  rasakan, kalo x der kemodenan di malaysia mcm sekarang nih, para melayu "urban" pun akan berfikir seperti tun mamat... cakap beralas dan sekaligus mencapai matalamat "alas" itu dibuat.... contohnya xpdc tun mamat dan "syarat-syarat" yg dikenakan oleh PGL... itu semua kan rejection in proper manner..

melayu "urban" skang dalam menjadi "urban" macam barat, adalah bercakap dan komunikasi dalam semua segi dgn menggunakan bahasa melayu yg salah.. org putih cakap terang-terangan tapi kata2 yg dorang gunakan x menyakitkan hati.. rejection dorang jelas tapi x membuatkan org benci... tapi orang melayu "urban" dalam nak menjadi "urban", bercakap terang tapi menyakitkan hati... membuat org yg mendengar meluat.... hermmm... think wisely "urban" dude! choose your words correctly... banyak perakataan melayu yang membawa makna yg sama... guna bahasa yg lembut supaya mesej yg cuba disampaikan lembut tapi sampai pada si penerima....

salam.... my 2 cents
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 10:05 AM | Show all posts
biasanya orang2 macam ko je tak percaya sejarah...malu nak ngaku melayu...aku rasa sini bukan te ...
billionman78 Post at 30-9-2010 09:15



    aku bukan tak percaya sejarah. tapi aku tak percaya sejarah yg mengarut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 10:16 AM | Show all posts
X percaya sejarah pun x de masalah. X semua sejarah yang ada untuk dipercayai.
Cuma satu sahaja yang wajib dipercayai. Iaitu sejarah tentang Islam.
kebanyakan sejarah dijadikan rujukan dan panduan untuk yang akan datang.
Cuba jadikan sejarah itu sebagai motivasi diri.

lagipun rasanya dah x salah sebab dok kat bod lagenda mitos dan sejarah.
lainla kalo dok kat bod "Kisah Betul" "kena caya, kalo  x caya aku jontos"
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 10:42 AM | Show all posts
macam mana nak kelaskan urban tu ? aku percaya pada sejarah, dan dalam percaya tu aku nak korek dan kaji yang mana benar yang mana salah. dalam pada itu, aku sedar umat melayu aku ni banyak betul benda benda mengarut yang tak masuk dek akal fikiran dia punya ada dan tradisi. so aku sesuaikan dengan zaman dalam mengikut adat dan tradisi. dalam hal ni aku letakkan agama dalam no 1. apa yang agama aku kata boleh aku ikut, apa yang agama aku kata tak boleh, tanpa banyak soal aku akan tinggalkan.

Dalam banyak kes, adat bercanggah dengan agama yang mana aku nak tinggalkan tetapi aku dikata urban, walhal mereka mereka ini yang tak faham agama, atau aku yang urban ? keh keh keh.

Jin dan setan memang tak boleh lari dari masyarakat nusantara, melayu khasnya. sebab tu dalam misteri nusantara suma cerita pasai jin dan setan belaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 11:00 AM | Show all posts
Menarik dan Pengarang A Samad Ahmad pun pernah cuba mengolah tentang permintaan itu dalam novelnya "Zaman Gerhana".

dr http://www.facebook.com/note.php?note_id=333298425723
Soal status kesejarahan peristiwa tersebut tidak menjadi persoalan. Yang perlu direnung adalah mesej pengarangnya yang merupakan sindiran simbolik tentang nafsu besar sang penguasa yang ingin menjadi orang unik dan terunggul sehingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk memeras rakyat dan memunggah khazanah negara. Penguasa yang sudah bertuhankan nafsu, sanggup mengorbankan apa sahaja, berapa sahaja dan siapa sahaja kecuali satu: kepentingan anak-pinaknya. Itulah sebenarnya yang tersirat di sebalik jawapan Sultan Mahmud, "Semua kehendaknya itu, dapat kita adakan, mengeluarkan darah anak kita itu juga apatah daya, kerana tiada sampai hati kita." (A.Samad Ahmad : 215). Selain darah anak sendiri, segala syarat lain disanggupinya walaupun implikasinya adalah derita rakyat dan pembaziran wang negara membiayai "projek mega jambatan kembar emas-perak dari Melaka ke puncak Gunung Ledang yang bererti jambatan terpanjang, tertinggi dan termahal di dunia. Mengenai kisah ini Hamka menyimpulkan, Meskipun Tun Sri Lanang mencantumkan kisah ini dalam Sejarah Melayu sebagai suatu dongeng yang disangsikan kebenarannya namun dongeng ini adalah kias yang dalam tentang laku perangai Sultan." (Hamka, 1981 : 167).

Hamka adalah ilmuwan Melayu yang cukup gigih menekuni bidang persejarahan. Dalam catatannya tentang kejatuhan Melaka pada abad ke-16m, beliau menyebut tentang budaya fitnah yang membawa kepada tragedi nasional pembunuhan Bendahara Sri Maharaja. Menjelang saat kejatuhannya Melaka dirajai oleh Sultan yang telah kehilangan wibawa terutama kerana kebejatan perilakunya. Namun demikian Melaka masih bernasib baik kerana ".… mempunyai orang kedua yang sangat disegani orang, baik di dalam negeri Mekala sendiri, atau oleh orang luar negeri, iaitu Bendahara Sri Maharaja." (Hamka : 167). Kebijaksanaanya digambarkan oleh Hamka dengan ungkapan, "Tidak ada kusut yang tidak selesai, tidak ada keruh yang tidak jernih bila tangan beliau yang memegang." (Hamka : 167).

Malangnya Sultan tidak merasa dibantu, malah sebaliknya merasa digugat. Baginda tidak senang, …"Bendahara lebih dikenal orang di luar negeri daripada dirinya sendiri….." (Hamka : 176). Rasa tidak senang Sultan itu segera diekspliotasi oleh kelompok berkepentingan dengan menyebarkan pelbagai fitnah sehingga"…setiap hari hanyalah kebusukan dan keburukan Bendahara yang menjadi buah mulut dalam istana. Banyaklah menjadi pembicaraan tentang pengaruh Bendahara, tentang kesombongan Bendahara, tentang kekayaan Bendahara." (Hamka : 168).

Gerakan anti Bendahara itu akhirnya memuncak dengan fitnah kononnya Bendahara mahu merampas kuasa, menumbangkan Sultan dan mengambil alih tempatnya. Fitnah tersebut dapat menyakinkan Sultan lalu baginda bertindak menitahkan agar Bendahara dibunuh. Demikianlah Melaka kehilangan putera terbaiknya apabila Bendahara Sri Maharaja dibunuh dengan tusukan keris istana. Tragedi ini digambarkan oleh Hamka dengan kata-kata, "Muramlah Melaka sejak kejadian itu. Orang-orang yang jujur dan sudi berkorban kian lama kian hilang dan habis. Yang ada hanyalah buih-buih yang merapung seketika ombak besar! Yang ada hanyalah orang-orang yang menyembah ‘Ampun Tuanku! Segala titah patik jujung!"( Hamka : 168).

Ketika Hamka menulis catatan tersebut pada tahun 1956, beliau ditanya oleh anaknya, apa gunanya sejarah kejatuhan Melaka itu diungkapkan semula. "Apakah ayah percaya akan teori sejarah mengulangi dirinya?". Hamka menjawab, "Tidak nak! Sejarah tidaklah mengulangi dirinya. Tetapi perangai manusia di segala zaman, baik dalam nama feudalisme, atau demokrasi, atau diktator adalah sama saja..." (Hamka: 169).
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 11:09 AM | Show all posts
taming ssari wujud. Yang ada dalam simpanan Perak adalah keris betina.
PGL adalah rijalul ghaib, tiada di bumi yang nyata, kecantikkannya sukar digambarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 11:33 AM | Show all posts
watper korang nk pening2 segala?
menurut pa yg penah aku baca tentang sejarah melayu, kebanyakan cerita sejarah telah diolah oleh tun sri lanang iaitu sorg penulis diraja yg sgt terkenal (elbih kurang camtu la)...menurut pakar kaji sejarah, kebyakan hikayat2 dn keunggulan pemerintahan melayu melaka telah hilang pada zaman penjajahan portugis dan belanda...org dlu2 tulis kt daun (ada sejenis daun xingat nama pa) kertas, kain...bila portugis n belanda jajah, mereka geledah istana dn segala bahan bacaan ttg sejarah, hikayat diorg bwk blk ke tmpt diorg mungkin utk tutup kisah2 kehandalan org melayu kita dlu...tp dlm perjalanan pulang ke tempat diorg kapal2 diorg di serang n terbakar n segala bahan2 bukti, sejarah n hikayat2 melayu kita habis tenggelam n terbakar...termasuk la hikayat hang tuah...mna2 hikayat yg ada sekarang ni pon kebyakan nyer di olah semula mengikut kepercaya org2 melayu lama...jd watpa nk fening2 psl sejarah melayu kita ni betul ker mitos ker haper ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 11:34 AM | Show all posts
klu korg rasa nk tau lebih lanjut korg ley search kt wikipedia tentang sejarah melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.203094 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list