View: 1110|Reply: 1
|
"Banyak Kali Berlaku, Ada Yang Hidup Sampai 5 Tahun,"- Kubur Dah Siap Gali Tapi Jenazah Hidup Semula
[Copy link]
|
|
Tugas sebagai seorang penggali kubur sememangnya mempunyai banyak cabaran.
Malah diakui mereka ini terpaksa berdepan dengan pelbagai perkara aneh dan menyeramkan.
Di TikTok, seorang lelaki berkongsi kejadian aneh apabila mengetahui jasad yang sepatutnya dikebumikan telah hidup kembali.
Gambar Hiasan
Kisah tersebut dikongsikan oleh Ayep menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Sedutan video tersebut kemudian dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, HumbleRacingTeam.
Menurut Ayep yang merupakan seorang penggali kubur, ketika kejadian, dia dan rakannya baru selesai menggali kubur seorang wanita yang dijemput Ilahi namun tidak lama selepas itu, mereka menerima panggilan yang mengatakan jasad wanita yang sepatutnya dikebumikan pada malam itu telah hidup kembali.
"ukul 8:30 tadi, saya dekat luar. Saya pergi lepak dengan kawan. Lepas tu saya dapat berita daripada kawan saya. Dia suruh standby, nak kebumikan jenazah perempuan dalam pukul 11 lebih macam tu. Saya terus balik, kawan-kawan dah standby pergi kubur set up keluarkan lampu, cangkul, touch up lubang yang mana tak elok.
"Lepas tu, pukul 9:23 macam tu, kawan saya info balik, dia cakap tak jadi kebumikan sebab jenazah hidup balik.
Ayep menegaskan bahawa kejadian tersebut benar-benar terjadi dan bukannya rekaan semata-mata.
Tambahnya, kejadian seperti itu bukanlah kali pertama berlaku malah sudah ada tiga insiden sama yang berlaku sebelum ini.
"Kitaorang dekat sini dah tiga kali berlaku. Yang seorang jenazah meninggal lepas tu dalam berapa jam macam tu dia hidup balik. Dia hidup dalam 5 tahun macam tu lepas tu dia meninggal tahun lepas.
"Yang kedua, dia dah meninggal lepas tu dia hidup balik selama beberapa jam, lepas tu meninggal."
Sedutan video yang dikongsikan telah mendapat hampir 1 juta tontonan dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui terkejut mendengar insiden yang berlaku itu. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
apakah yang berlaku nokkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|