Kita hari ini ikhlas. Jujur. Tiada advantage (duit ke apa), keringat kita demi lillahitaala. Demi anak cucu u'olls yang akan datang.
- Acik baju merah
Kami nak bagi ruang kepada seorang yang ingin berjuang, mempertahankan keadilan dan kebenarannya, berikan ruang untuk dia terus lontarkan segala bukti apa yang ada.
- Abang baju hitam.
Bukti dah terlalu cukup, hanya mahkamah yang menolak. Kenapa tolak? Kenapa Najib tidak diberi hak sebagai rakyat Malaysia untuk memperjuangkan diri dia.
- Acik facemask pink.
Supaya keadilan ditegakkan. Bukti-bukti dia (bossku) dah ada, tapi (mahkamah) tak terima kan.
- Sarawati
The best PM ever. Economy and education, during his time, he do it very well.
- Michael
Kami mahu kebenaran dan keadilan untuk Dato' Seri Najib. Bahawa Dato' Seri Najib tidak bersalah.
- Rashidah Rashid
Kami datang tujuan bagi sokongan bagi semangat. Sebab dia tak bersalah. Dia teraniaya.
- Dzulkefli Hasan
Dato' Najib seorang yang bagus. Sempurna pada mata Kak Yat. Berhati rakyat. Jiwa rakyat.
- Kak Yat
Saya minta maaf saya tidak boleh cakap banyak sebab saya mudah nak keluarkan air mata. Kerana sedih, bos saya boleh jadi macam tu. Sebaik-baik orang macam tu. Kenapa orang lain tidak dibuat macam tu?
- Acik jubah brown.
Sekiranya peguam Najib masih enggan, untuk tidak menyampaikan apa-apa hujahan bertulis mahupun lisan di hadapan panel lima hakim ini, maka rayuan terhadap sabitan ini akan ditamatkan. Mahkamah berkuasa penuh untuk menentukan menamatkan prosiding rayuan seterusnya mengeluarkan keputusannya berpandukan pada kesemua dokumen2 penting lain terkandung dalam rekod rayuan:
Hujahan bertulis oleh Peguam Hisyam ketika rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Transkrip hujahan lisan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Dokumen "petisyen rayuan 25 April 2022" Syafee Abdullah yang mengandungi 94 alasan-alasan rayuan.
Jika peguam Najib keluarkan hujahan. Mahkamah akan beri peluang, pendengaran bermula Selasa bersambungan hingga hari Jumaat. Kemudian prosiding akan ditamatkan.
Selepas minggu ini, keputusan berhak dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan tanpa perlu mengemukakan alasan penghakiman lengkap kerana ini adalah rayuan terakhir. Tidak mustahil mahkamah sudah bersedia memberi keputusan, dan tidak mustahil keputusan dikeluarkan serta merta.
Jika rayuan Najib dibenarkan. Najib akan bebas penuh sebebas-bebas orang biasa. Semua pertuduhan SRC akan dikuburkan, fail ditutup dan diletak dalam stor. Pendakwaraya tidak boleh merayu terhadap keputusan terakhir Mahkamah persekutuan. Jaminan Najib sah tidah bersalah.
Jika rayuan Najib ditolak. Satu proses ringkas lanjut. Najib ada satu lagi rayuan, rayuan terhadap hukuman. Rayuan ini akan memakan masa biasanya tidak lebih 1 jam. Mahkamah Persekutuan berhak mengurangkan, mengekalkan mahupun menambah hukuman.