CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 1

[Kedah] Tak lena tidur selagi kolam tak dirobohkan

[Copy link]
Post time 24-8-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Baling: Lebih 1,000 penduduk Kampung Iboi, Kupang di kaki Gunung Inas merayu supaya kolam dan tandak yang dibina syarikat ladang durian Musang King diroboh atau dimusnahkan segera.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Iboi, Nor Mohamad Che Hussin, berkata tidak ada bukti jelas menunjukkan kolam dan tandak air yang dibina itu tidak akan mendatangkan bahaya kepada penduduk dalam tempoh jangka panjang.

Katanya, mereka sendiri naik ke Gunung Inas bagi melihat kedudukan kolam serta tandak air berkenaan dan mendapati keadaannya tidak lagi kukuh akibat tidak diselenggara berikutan semua pekerja ladang durian sudah melarikan diri selepas kejadian 4 Julai lalu.


"Kolam dan tandak air ladang durian Musang King masih ada di puncak Gunung Inas, bagaimana kami hendak tidur lena jika penduduk masih terbayang apa akan terjadi jika kolam dan tandak itu pecah serentak ketika cuaca hujan.

"Jika kolam dan tandak itu benar-benar kukuh, mengapa ada tandak yang boleh pecah pada 4 Julai lalu? Kita sendiri tidak tahu berapa jumlah sebenar kolam dan tandak air yang ada di sekitar Gunung Inas, yang kita nampak cuma tiga kolam dan beberapa tandak.

"Ketika ini, cuaca boleh dikatakan hujan setiap hari. Setiap kali kami lihat aliran Sungai Kupang jadi laju, kami sudah pegang beg plastik untuk melarikan diri ke masjid. Sebab itu kami harap ada tindakan tegas, robohkan dahulu kolam dan tandak air," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan, tiga kolam takungan air bersaiz gelanggang futsal di puncak Gunung Inas akan dimusnahkan dalam tempoh terdekat berikutan ia didapati boleh menyebabkan bahaya kepada penduduk.

Malah, perkara itu sudah dirujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berjanji akan menyelesaikan masalah berkenaan segera.

Bagaimanapun semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kolam terbabit didapati bukan menjadi punca kepada kejadian banjir lumpur dan aliran puing di Kampung Iboi berdasarkan laporan Pasukan Khas Siasatan Bencana Tragedi Baling.

Beliau turut memaklumkan, kolam terbabit tidak boleh dirobohkan begitu sahaja kerana dimiliki syarikat yang menjalankan projek ladang durian Musang King di puncak Gunung Inas.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Malik Arshad, 50, berkata rata-rata penduduk sudah reda dengan apa yang berlaku dalam kejadian banjir lumpur dan aliran puing berkenaan dan kini hanya mahu meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Bagaimanapun katanya, perasaan bimbang dan takut masih ada setiap kali melihat cuaca gelap di puncak Gunung Inas kerana masih terbayang deras banjir lumpur dan aliran puing yang turun menghentam rumah mereka sebelum ini.

"Sepatutnya pihak berkuasa lindungi penduduk di bawah ini terlebih dahulu, bukan kata kolam di atas gunung tidak bahaya kerana kita tidak tahu apa yang boleh berlaku. Kami sendiri tidak sangka banjir lumpur teruk boleh berlaku.

"Setiap kali cuaca gelap dan hujan, hati kami memang tidak akan tenang. Sekejap-sekejap kena lihat air Sungai Kupang sama ada aliran menjadi laju atau tidak, sungai melimpah atau tidak, sampai bila keadaan penduduk kena jadi begini?

"Selagi kolam dan tandak air yang dibina syarikat ladang durian masih ada di puncak gunung, perasaan tidak tenteram akan terus ada. Kami merayu sangat kolam dan tandak air itu dirobohkan demi tenangkan perasaan penduduk kampung," katanya.

Dalam kejadian bencana pada 4 Julai lalu, seramai tiga nyawa penduduk Kampung Iboi terkorban dan lebih 1,000 rumah terjejas akibat banjir lumpur dan aliran puing yang turut meranapkan 18 rumah.



KOLAM takungan bagi menakung air untuk menyiram pokok durian di puncak Gunung Inas. FOTO Danial Saad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2022 06:13 PM | Show all posts
besarnya kolam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.830454 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list