View: 382|Reply: 0
|
[Kedah]
Wanita diburu polis tipu pembantu kedai RM12,000
[Copy link]
|
|
Baling : Polis giat mengesan seorang wanita berusia 23 tahun dipercayai menjalankan penipuan pelaburan wang tidak wujud dikenali sebagai 'Savingbywaniey'.
Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, suspek berasal dari Kampung Landak Hilir, Kupang itu dipercayai menjalankan penipuan itu sejak dua bulan lalu.
Beliau berkata, suspek diburu polis selepas menipu mangsa berusia 30 tahun pada Jun lalu melalui iklan di laman sosial Facebook atas nama 'Eypolwaniey' yang mengiklankan pelaburan dinamakan 'Savingbywaniey'.
"Mangsa seorang pembantu kedai melabur RM12,000 dan dijanjikan pulangan lumayan, namun wang modal dan keuntungan tidak diperoleh semula, selain suspek sudah menghilangkan diri.
"Mangsa membuat laporan Jumaat lalu dan polis membuka siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Shamsudin berkata, polis sudah menahan dua wanita berusia lingkungan 30-an, 5.30 petang semalam, untuk membantu siasatan, manakala suspek kes ini masih dalam buruan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bantu-kedai-rm12000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|