CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 0

[Perlis] Pemilik premis perniagaan gagal kibar Jalur Gemilang mula dikompaun

[Copy link]
Post time 25-8-2022 10:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-8-2022 10:03 PM

Pemilik premis perniagaan gagal kibar Jalur Gemilang mula dikompaun

Aizat Sharif - Ogos 25, 2022 @ 7:20pm[email protected]





Kebanyakan pemilik premis perniagaan di bandar Kangar menyahut seruan kerajaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing. - NSTP/Aizat Sharif




KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) mula menjalankan penguatkuasaan kompaun pada hari ini terhadap pemilik premis perniagaan yang masih berdegil mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan.

Yang Dipertuanya, Norazlan Yahaya, berkata hampir 7,000 premis perniagaan di bawah kawal selia pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, merangkumi tiga daerah iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.

"Kita sudah mulakan pemantauan terhadap premis perniagaan di negeri ini yang masih tidak mengibarkan Jalur Gemilang bermula hari ini. Sebelum ini kita sudah pun memberikan peringatan kepada mereka.

"Jumlah kompaun yang dikenakan adalah RM250, tetapi kita seboleh mungkin mahukan mereka (pemilik premis) mengibarkan Jalur Gemilang secara sukarela sambil bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan," katanya.

Memberitahu demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Khas Rakan Strategik MPKPs, di sini hari ini, beliau berkata, pemasangan Jalur Gemilang di premis perniagaan di negeri ini, terutama pada Bulan Kebangsaan sudah termaktub dalam syarat lesen perniagaan.

"Kita mempunyai baki seminggu lagi untuk menyambut Hari Kebangsaan dan setakat ini 80 peratus pemilik premis perniagaan sudah pun mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka.



Norazlan (depan tengah) pada Majlis Anugerah Khas Rakan Strategik MPKPs di Kompleks DUN Kangar. - NSTP/Aizat Sharif

"Dalam tempoh ini juga, kita akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan supaya pemilik premis dapat menyahut seruan ini. Jika terus berdegil, kita akan mengeluarkan kompaun kepada mereka selaras dengan syarat undang-undang kecil.

"Lazimnya bagi beberapa tahun sebelum ini, tempoh penguatkuasaan kibaran Jalur Gemilang terhadap premis perniagaan di Perlis hanya bermula pada 1 hingga 31 Ogos, namun tempoh itu kini dipanjangkan sehingga Hari Malaysia pada 16 September," katanya.

Tinjauan di Jalan Barrack dan Jalan Indera Kayangan di sini mendapati hampir setiap lot kedai mengibarkan Jalur Gemilang, malah ada yang turut mengibarkan bendera negeri Perlis bersama-sama.

Terdahulu, Norazlan menyampaikan sijil penghargaan anugerah khas kepada 44 rakan strategik MPKPs yang terdiri pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, bank serta petugas media di negeri ini.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.060430 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list