CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perkhidmatan mudahkan pergerakan kontena

[Copy link]
Post time 26-8-2022 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Perkhidmatan mudahkan pergerakan kontena

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 26 Ogos 2022 01:48pm






Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (tiga, kiri) merasmikan Perkhidmatan Keretapi Blok Padang Besar dan Depoh Kontena Terbuka di Pelabuhan Pulau Pinang, pada Jumaat.




BUTTERWORTH - Perkhidmatan Keretapi Blok Padang Besar dan Depoh Kontena Terbuka di Pelabuhan Pulau Pinang akan membantu memudahkan pergerakan operasi penghantaran.

Ia dilancarkan hasil kerjasama Kumpulan CMA CGM dan Infinity Logistic and Transport Ventures Limited (Infinity), pada Jumaat

Pengarah Urusan Kumpulan CMA CGM Malaysia, Ravindran Sahu berkata, dengan perkhidmatan tersebut, dijangka sehingga 100 buah kontena digerakkan setiap minggu dari selatan Thailand untuk membawa kargo pelanggan ke Pelabuhan Pulau Pinang.

Menurutnya, dengan kapasiti operasi bulanan iaitu sebanyak 7,500 (TEUs) kontena, depoh itu juga mengendalikan kontena khas yang membawa kargo produk tertentu serta cecair tidak berbahaya.

"Kesemua kontena tersebut akan dibawa menggunakan landasan khas untuk penghantaran kargo pelanggan kami setiap minggu yang diambil dari Padang Besar bersempadan dengan Songkhla, Thailand.

"Kontena-kontena tersebut akan dibawa ke Pelabuhan Pulau Pinang sebelum dihantar ke destinasi sebenar antaranya Singapura, Hong Kong, Shanghai, Qingdao dan Busan. Ia melibatkan dua mod pengangkutan iaitu keretapi dan kapal (laut)," katanya ketika berucap sempena pelancaran Perkhidmatan Keretapi Blok Padang Besar dan Depoh Kontena Terbuka di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), pada Jumaat.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Seterusnya Ravindra berkata, perkhidmatan keretapi dan laut disediakan kepada pengeksport terutama mereka yang dari selatan Thailand mahu menghantar kargo melalui Pelabuhan Pulau Pinang.




"Fungsi depoh baru ini bukan sahaja menyediakan tempat penyimpanan kontena malah mengkhususkan pengendalian pemilihan gred kontena. Ia merupakan depoh ketiga CMA CGM selepas pelabuhan barat dan pelabuhan utara di Pelabuhan Klang," katanya.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, perkhidmatan blok dan depoh baharu itu akan memudahkan hubungan antara pembekal dan pengeluar.

Katanya, kerajaan negeri berharap lebih banyak kolaboratif dijalankan di Pulau Pinang bagi memastikan ekonomi di negeri itu berkembang pesat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.848720 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list