CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 0

Verstappen belum kibar bendera putih

[Copy link]
Post time 28-8-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN


STAVELOT, Belgium – Pelumba Ferrari, Carlos Sainz Jr. akan memulakan perlumbaan di petak utama malam esok meskipun menamatkan saingan kedua terpantas pada sesi kelayakan perlumbaan Formula Satu (F1) saingan Grand Prix (GP) Belgium sebentar tadi.

Meskipun Max Verstappen menamatkan aksi terpantas dengan catatan satu minit 43.665 saat (s), namun ia tidak memadai buat pemandu Red Bull tersebut selepas dikenakan penalti kerana pertukaran enjin.

Verstappen akan bermula di petak ke-15 di Litar Spa-Francorchamps, manakala rakan sepasukannya, Sergio Perez  memulakan saingan esok di petak kedua selepas mencatat masa ketiga terpantas pada sesi kelayakan tersebut.

Verstappen dilihat enggan mengibarkan bendera putih dan bertekad untuk memberikan aksi yang terbaik pada perlumbaan esok dalam usaha meraih mata berharga sekali gus mengekalkan status pendahulu kejuaraan dunia musim ini.

“Ia adalah kelayakan yang menakjubkan dan jentera beroperasi dengan baik dan diterjemahkan dalam sesi kelayakan tersebut. Sudah tentu saya berhati-hati dengan jumlah tayar yang saya gunakan.

“Tetapi saya sangat gembira dengan prestasi jentera di litar yang menakjubkan ini. Saya harap mampu lakukan lebih baik menjelang perlumbaan esok,” kata Verstappen.

Verstappen yang telah memenangi lapan daripada 13 perlumbaan musim ini, kini meletakkan fokus untuk muncul juara dilaman sendiri untuk memastikan gelaran dunia menjadi miliknya selepas mengumpul 258 mata. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... ibar-bendera-putih/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.352690 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list