CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2016|Reply: 0

Perlu Ke Cabut Kalau Tak Sakit? Ini Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Gigi Geraham Bongsu

[Copy link]
Post time 30-8-2022 05:35 PM | Show all posts |Read mode


Perlu Ke Cabut Kalau Tak Sakit? Ini Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Gigi Geraham Bongsu

Sakit gigi bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng kerana jika tidak diperiksa atau dirawat dengan sebaiknya, ia mungkin akan membawa kepada masalah yang lebih serius.

Salah satu masalah sakit gigi yang sering dihadapi oleh orang ramai berkait dengan gigi geraham bongsu yang baru tumbuh.

Hanya yang pernah merasainya saja yang tahu bagaimana sakitnya apabila ia berlaku. Sampai tidak lena tidur menahan rasa sakit dan berdenyut.

Bagaimanapun, mungkin masih ramai yang tidak tahu mengenai gigi geraham bongsu ini dan bagaimana untuk merawatnya.

Justeru, mari ikuti perkongsian seorang doktor gigi, Dr Shawn Paul mengenai gigi geraham bongsu di bawah ini.

All you need to know about Gigi Geraham Bongsu
Perlu cabut ke? Mahal ke? Sakit ke?

Ini adalah bebenang

Beberapa gambar pembedahan gigi geraham bongsu disertakan di bawah pada penghujung bebenang ini.

Let’s go! Moga bermanfaat!

Gigi geraham bongsu merupakan gigi terakhir dalam rahang dan akan tumbuh pada umur 18 hingga 25 tahun. 4 in total, 2 atas dan 2 bawah.


Tapi dr, saya dah 35, takde pon gigi geraham bongsu? Boleh tumbuh lagi ke?

Ada sesetengah pesakit yang gigi bongsu stuck sebab tumbuh senget dan tak boleh tumbuh lagi untuk keluar straight. Ada pesakit pulak yang genetic dia tak ada gigi geraham bongsu.

Bagaimana nak tahu gigi geraham bongsu tumbuh senget?
1. Tengok dalam mulut sendiri, sometimes boleh nampak dan rasa ada gigi kecil di bahagian paling belakang

2. Jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan dan xray besar (OPG) untuk mengetahui posisi dengan lebih terperinci

Next question, PERLU ke cabut gigi geraham bongsu kalau tak sakit?
Depends. Ada mitos yang mengatakan gigi geraham bongsu boleh tolak gigi lain dan akan rasa sakit pada gigi lain. Mitos lain kata gigi geraham bongsu boleh mengakibatkan gigi lain alignment lari atau senget

Ada juga yang kata selepas cabut gigi, pertuturan lain, jawline nampak tua, muka berubah. In my experience, none of my patients experienced this, sebab gigi yang dicabut, tulang rahang tak diubah, hanya sangat sedikit diasah.

Back to the question of PERLU tak cabut.

Gigi geraham bongsu perlu dicabut jika gigi tersebut berlubang, gigi tersebut sakit atau bengkak, gigi tersebut senget dan makanan selalu sangkut di celah gigi tersebut.

Dr, tak sakit pun, makanan sangkut je sometimes. Kena datang check ke?
Please check dengan dr gigi, sebab makanan sangkut boleh mengakibatkan gigi geraham di depan gigi geraham bongsu rosak teruk dan mungkin perlukan rawatan akar atau dicabut pada satu hari kelak.

Dua gigi (gigi geraham bongsu dan gigi di hadapan) terpaksa dicabut sebab lubang besar sangat pada gigi di hadapan gigi geraham bongsu pesakit ini.


Okay dr, faham, saya akan check dulu tetapi apa process check gigi geraham bongsu? Mahal tak? Kerajaan vs Private?

Sebenarnya I personally feel that ramai tak nak check gigi sebab

A) Tak kenal doktor gigi, nervous pulak
B) Takut mahal
C) Tak sakit, tak payah kacau la saja pergi ke klinik gigi buat apa
D) Takut sakit bila Dr check
E) Takut dr terus suggest cabut gigi geraham bongsu on the spot

Okay jom cerita process.

Pesakit membuat temujanji melalui call atau whatsapp atau DM. Pesakit hadir ke klinik.

Usually dr akan introduce themselves dan tanya tentang sakit gigi geraham bongsu atau okay sahaja.

Pemeriksaan akan dijalankan, usually painless. Xray besar akan diambil untuk pengesahan kedudukan gigi geraham bongsu dan it’s relation to a nerve in the jaw.



Kos pemeriksaan dan cabutan gigi? (Swasta vs kerajaan)
Secara purata, klinik pergigian swasta kos consultation is around Rm 30 hingga RM50, Xray besar (OPG) ialah Rm80 hingga RM150 dan cabutan gigi geraham bongsu ialah Rm700 hingga RM1500.

As always, swasta advantage ialah temujanji boleh dibuat dengan cepat, dan most of the time you will already know the dentist yang akan melakukan pembedahan tersebut.

Kos di kerajaan pulak (as far as I remember, mungkin dah berubah).

Pemeriksaan Rm 1. Xray Besar (OPG) tak ada caj. Cabutan gigi geraham bongsu ialah Rm50.

Kalau tak susah, biasanya dilakukan di Klinik Pergigian biasa, dan jika susah, akan dirujuk ke Klinik Pakar Bedah Mulut di Hospital berhampiran. As always, cost is cheap but appointment mungkin lambat.

Kalau gigi tengah sakit boleh cabut ke? Boleh tak makan ubat je?
Depends on keadaan gigi. Kalau tengah bengkak besar dan mulut tak dapat buka dengan besar, biasanya doktor akan memberi ubat antibiotik untuk kurangkan infeksi. Pembedahan boleh dilakukan selepas beberapa hari.

Kalau sakit sahaja dan bengkak kecil, pembedahan boleh dilakukan pada hari yang sama jika pesakit memberi izin dan okay untuk melakukan pembedahan tersebut. Doktor gigi bukan savage sangat nak terus buat pembedahan jika pesakit tak sedia, so, jangan risau.

Okay doktor, saya nak cabut, boleh terangkan pembedahan sedikit? Sakit tak?

Selepas mengambil izin, pesakit akan diberi bius setempat. Gigi geraham bongsu tersebut akan rasa kebas dan tak sakit langsung.

Jika masih rasa sakit, sila bagitau kepada doktor gigi anda, doktor akan tambah bius sehingga tak sakit. First time bius, rasa sedikit sakit bila cucuk, tetapi bila tambah bius, biasanya tak rasa dah.

Boleh tak bagi tidur terus?
Biasanya untuk cabutan gigi geraham bongsu satu atau dua, bius setempat (cucuk) akan diberi. Hanya untuk cabutan 3/4 gigi geraham bongsu serentak, bius am (tidur gas) akan diberi dan ini akan dilakukan di hospital.

Selepas bius dah jalan, doktor akan tolak gusi ketepi dan mula untuk cabut gigi. Biasanya gigi senget dan dipegang ketat oleh tulang. Dr akan cuba split gigi untuk memudahkan gigi dicabut dan mungkin perlu asah sedikit (0.5-1mm) tulang di sebahagian sekeliling gigi tersebut.

Gigi akan dicabut dan biasanya gusi akan dijahit (tak rasa pun bila jahit dont worry). The entire process should take (30 min – 2 jam) depending on kesusahan cabut gigi.

Pesakit akan diberi kapas untuk gigi. Selepas 1 minggu, kena datang balik untuk cabut benang, also tak akan rasa sakit langsung semasa buang benang.

Selepas pembedahan, sakit ke? Boleh makan ke?
Usually depending on kesusahan surgeri dan juga pain tolerance and healing of patient. Biasanya sakit, sedikit bengkak dan sedikit susah untuk buka mulut dengan penuh will be expected.

Ubat tahan sakit yang kuat akan diberi ke pesakit dan akan di follow-up dengan mesej di whatsapp atau call.

Boleh makan ke doc lepas pembedahan?
Sesetengah pesakit hanya boleh makan bubur untuk sehari dua sebab sakit tetapi bila saya buang gigi geraham bongsu saya, saya dapat makan ayam pada hari yang sama.

Pesakit saya juga telah memberi tahu saya yang dia makan burger ayam pada hari pembedahan, so I will say, it really depends on the patient.

Di bawah adalah beberapa gambar dan xray kes pembedahan gigi geraham bongsu for your viewing pleasure.

Semoga bermanfaat.

Sebelum cabut dan seminggu selepas cabut. Lubang akan tutup dalam masa 2 hingga 3 minggu.



Sebelum cabut gigi geraham bongsu (wisdom tooth) dan seminggu selepas cabut gigi.





Sumber: Dr Shawn Paul Dentist
https://siakapkeli.my/2022/08/28 ... K4lI6E5LAqVetzzCeJ8

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.242969 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list