View: 2181|Reply: 20
|
Kuetiau, bihun 50 sen gerai abang bomba 'sado' jadi tumpuan
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR: Ketika ramai merungut dengan kenaikan harga barang, sekumpulan anggota dan pegawai bomba menjual pelbagai juadah berasaskan mi pada harga semurah 50 sen.
Disebabkan harga murah itu, Trak makanan Fire Kitchen Abang Bomba menjadi tumpuan pengunjung sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kedah yang berlangsung di Stadium Darul Aman selama tiga hari bermula semalam.
Lebih menarik, anggota dan pegawai bomba bertubuh sasa atau 'sado' turut membantu melayani pelanggan yang sanggup berbaris panjang dalam keadaan hujan renyai untuk membeli juadah dan bergambar dengan mereka.
Seorang pengunjung, Aliah Ahmad, 34, dari Yan, berkata dia tertarik melihat ramai berbaris di trak makanan sebelum dimaklumkan harga menu di situ seperti mi, kuetiau dan bihun dijual anggota bomba pada harga 50 sen.
Katanya, teruja dengan harga sangat murah, dia bersama beberapa rakan sanggup beratur untuk membelinya dan rasanya pun sangat sedap.
Bagi Alias Mohd Noor, 42, pula bukan senang katanya nak menemui makanan dengan harga 50 sen ketika ini dan sebab itulah dia tidak melepaskan peluang untuk membelinya.
"Saya puas hati kerana ramuan dalam makanan itu agak padat dan rasanya sedap, malah tempoh beratur juga tidak terlalu lama walaupun panjang," katanya.
Sementara itu, Ketua Penyelaras Fire Kitchen Abang Bomba, Penolong Kanan Penguasa Shaharil Mohammad Hassan, berkata jualan membabitkan anggota dan pegawai jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor itu sebahagian daripada usaha kerja amal kepada orang ramai dengan menjual makanan pada harga murah
Beliau berkata, semalam sahaja 40 kilogram mi termasuk kuetiau dan bihun habis dijual dengan anggaran 500 pinggan melalui dua sesi jualan pada pagi dan petang.
"Trak kami dibuka jam 10 pagi semalam, tetapi ditutup pada tengah hari untuk solat Jumaat. Sebaik dibuka semula jam 4 petang, orang ramai dah serbu menyebabkan mi habis hanya dalam tempoh kira-kira sejam lebih.
"Hari ini kami akan tambah lagi kira-kira 60 atau 70 kilogram untuk 700 pinggan bagi tetamu yang datang," katanya ketika ditemui.
Shaharil berkata, lapan kru dari sekitar Selangor bertugas di Fire Kitchen Abang Bomba dan simboliknya semua makanan ini dijual dengan harga 50 sen adalah lebih kepada hendak berkhidmat kepada masyarakat.
Katanya, disebabkan itu ia dijual dengan harga paling murah supaya semua orang dapat merasai makanan disediakan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/996068/kuetiau-bihun-50-sen-gerai-abang-bomba-sado-jadi-tumpuan
|
|
|
|
|
|
|
|
Abang2 masak memang sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-9-2022 11:22 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-9-2022 11:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Cepat cepat nanti habis |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-9-2022 12:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Mat2 rempit woun tak sado tp ramai jugak peminat |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-9-2022 12:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
lapan kru dari sekitar Selangor bertugas di Fire Kitchen Abang Bomba dan simboliknya semua makanan ini dijual dengan harga 50 sen adalah lebih kepada hendak berkhidmat kepada masyarakat...terima kasih abam bomba |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapat rasa kutiew atau mee tak apalah abam...nak pinjam lengan tuk rehat sebentar boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
inilah dia realiti kegatalan burik acik2 kepam mesia yg melaungkan idop melayu idop isele |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo jual Seringgit pun ada je beratur panjang membeli hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Abis kalau tiba2 ada emergency adakah abam bomba akan abandon the kitchen ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
500 pinggan harga rm0.50 each
Dptla rm250 |
|
|
|
|
|
|
|
kerunai replied at 4-9-2022 12:57 PM
inilah dia realiti kegatalan burik acik2 kepam mesia yg melaungkan idop melayu idop isele
camtu pon...hang dh nk 'demo,guling atas jln'... |
|
|
|
|
|
|
|
Awat thn ni..hype lebih PSL Bomba ni?? Jgn hype berlebihan ok .ingt pepatah ni..jgn byk ketawa nanti berduka/menangis.. sekian adiós... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tambah resepi istimewa also known as love juice sekali ke tu sister? Akak nak rasa sikit sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa pulak caj harga untuk mintak tolong suap dek? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak senang duduk bini² abam bomba |
|
|
|
|
|
|
|
Cara jabatan buat duit, modal dh free, jabatan gomen dh sediakan. Ni cara nk 'biakkan' duit Dari modal tu. So untung boleh la wat jamuan raya ke, jamuan akhir tahun ke, g lawatan sambil belajar ke Hatyai ke. Xyah la peruntukan bnyk2. Kena kreatif kembangkan peruntukan yg sikit tu. Gituuu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lima posen ada berapa urat bihun kuetiau?
|
|
|
|
|
|
|
|
kerunai replied at 4-9-2022 12:57 PM
inilah dia realiti kegatalan burik acik2 kepam mesia yg melaungkan idop melayu idop isele
Samalah dgn jantan2 yg sibuk pasal aurat tapi mrnempel kat ig lizzie tan.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 3-9-2022 11:22 AM
Abang2 masak memang sedap.
Standard tagline dari tino jenis pemalas |
|
|
|
|
|
|
| |
|