CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

[Kedah] Lepat daun semelit, identiti penduduk Baling di AKM Kedah

[Copy link]
Post time 3-9-2022 02:12 PM | Show all posts |Read mode

LEPAT daun semelit yang popular di Baling dipamerkan menerusi demonstrasi masakan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di pekarangan Stadium Darul Aman hari ini. FOTO Bernama

Alor Setar: Apabila menyebut mengenai lepat, ramai yang mengetahui ada lepat pisang, lepat labu, lepat ubi kayu dan lepat liat tetapi pernahkah anda tahu mengenai lepat daun semelit?

Bagi yang tidak mengetahui, lepat daun semelit adalah antara makanan yang dianggap identiti penduduk di daerah Baling, Kedah dan pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman di sini amat beruntung kerana berpeluang menyaksikan kaedah pembuatannya.

Sarimah Md Dom, 57, dari Kampung Felcra Weng dekat Baling berkata, dia bersama rakannya, Fadzillah Ahmad, 57, mula belajar membuat kuih itu daripada ibu masing-masing ketika berusia belasan tahun.

"Ini adalah kuih tradisi di daerah Baling. Daun semelit adalah antara bahan asas dalam pembuatan kuih (lepat daun semelit) di samping bahan lain iaitu beras, gula, garam, kelapa parut dan santan.


"Proses pembuatan kuih ini mudah saja iaitu tulang daun semelit perlu dibuang terlebih dulu sebelum daun dikisar halus bersama beras yang telah direndam selama dua jam," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sarimah berkata, bahan kisar itu kemudian digaul bersama gula, garam, kelapa parut dan santan sebelum dimasukkan ke dalam daun semelit seterusnya dikukus selama 15 hingga 30 minit dengan api sederhana.

"Ia enak dimakan panas-panas bersama kopi O panas. Daun semelit tidak mempunyai bau tetapi apabila dimasak, ia akan mengeluarkan aroma wangi dan itu menambah keenakan rasa kuih yang sudah sedia manis dan berlemak," katanya sambil menambah mereka yang ingin merasa kuih itu perlu datang ke Baling kerana ia tidak ada di tempat lain.

Beliau berkata, daun semelit mudah dijumpai di kawasan bukit dan ladang getah selain boleh ditanam di kawasan rumah manakala lepat itu kebiasaannya dijual pada harga RM2 untuk lima biji.

Sementara itu, Pengurus Besar Pengurusan Keusahawanan Felcra Berhad, Nasri Nyak Othman berkata, pihaknya mahu mengetengahkan semula produk keusahawanan keluaran komuniti desa terutama di bawah bimbingan agensi berkenaan.

"Kita hendak pastikan produk-produk ini dapat diketengahkan semula antaranya kuih daun semelit yang merupakan 'signature' daerah Baling supaya komuniti desa di situ dapat meningkatkan ekonomi mereka selain memperkenalkan makanan-makanan unik kepada generasi muda," katanya.

Jelajah AKM Kedah yang bermula semalam hingga Ahad adalah edisi kesembilan penganjuran selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.

Penganjuran Jelajah AKM bertujuan memudahkan rakyat di setiap negeri mendapatkan maklumat terus mengenai bantuan dan perancangan yang ditawarkan kerajaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... baling-di-akm-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.053027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list