CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98523|Reply: 460

CEO Wanitamelayu.com menipu?????

  [Copy link]
Post time 1-10-2010 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ctredzuan at 7-10-2010 13:01

salam geng ent sekalian. aku nak tanya korang leee

forum2 niaga berbayar ni mmg bermasalah ke skrg?  WMC (wanitamelayu.com) problem dgn CEO yg dok taram duit pemilik plaza. GWB (berrybunch) dengar cite pun sama jugak...huhuhuhuhuhuhu

sapa yg penah jadik mangsa SILA TAMPIL kat sini share cite korang. selain dari forum2 di atas pun IF ada boleh le share sama...

kitaorg pemilik plaza dari WMC ditipu lebih dari RM100K ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2010 01:46 PM | Show all posts
yang salah CEO tu...bukan peniaga kat situ....kesian korang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 01:49 PM | Show all posts
yang salah CEO tu...bukan peniaga kat situ....kesian korang
Medusa Post at 1-10-2010 13:46


kami dah abis daya nak tuntut kak med...dia guna kuasa VETO tutup thread suka2 hati..mcm syial kannn
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 01:49 PM | Show all posts
shahirah,,,,citer la kronologi kes...mesti ramai yang tak tau lagi apa citernya
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 01:51 PM | Show all posts
shahirah,,,,citer la kronologi kes...mesti ramai yang tak tau lagi apa citernya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 01:53 PM | Show all posts
shahirah,,,,citer la kronologi kes...mesti ramai yang tak tau lagi apa citernya
Medusa Post at 1-10-2010 13:49



    jap aku panggil member aku cite. aku ni nak cite tak reti nak wat kronologi...kalo hentam kromo aku reti lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2010 01:54 PM | Show all posts
mana tau...otai usahawan sini boleh tolong kasi idea macam mana cara nak settle
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 01:55 PM | Show all posts
Reply 1# nrshahirah

byknya 100k!! ada kena mengena dgn plaza borong yg nk dibuka tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2010 01:56 PM | Show all posts
pinkish...ni belum kena mengena ngan plaza borong lagi...tapi pasai pembelian plaza yang sediada ada yang dia dok juai kat orang ramai...macam pelaburan gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 02:07 PM | Show all posts
Kronologi nya terlalu panjang kalau nak diceritakan....

saya paste semula penjelasan saya di board WMC...kronolgi penuh akaan saya buat nanti..


                                                                        Alkisah janji yang ditabur, kata yang diucap bagai sepi tanpa turutan....
Insan-Insan teraniaya umpama menanti kucing bertanduk...Setelah sepi sekian lama akhirnya, pesanan SMS dikirimkan kepada salah seorang pemilik plaza. Isi kandungan SMS berkenaan seakan membakar benteng keimanan.


"As"kum, spt dijanjikan refund by oct, tdk dpt dilakukan olh sbb hingga kini byrn jual rumah blm diterima. Olh sbb saya gagal, maka saya setuju utk serah WMC. Maaf sampai dgn SMS , sbb saya kerja di Kolej KEMAS. Maklumkan pd yg lain"

Apa yang kami duga selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Wahai Puan CEO anda hebat mendabik dada bahawasanya anda bisa menjelaskan kesemua tuntutan dengan syarat satu jangkamasa diberikan. Kami menggesa anda menandatangani satu surat perjanjian namun permintaan kami anda tolak dengan alasan tidak perlu berbuat demikian. Dimanakah hak kami sebagai "mangsa" pada dakyah dan pembohongan anda. Secara terang-terangan anda berdolak dalik dan cuba melarikan diri dari pokok persoalan. Sebelum ini tuntutan kami keats pemilikkan WMC anda tolak mentah2 dengan alasan WMC ini milik anda...Namun mengapa secara tiba2 anda berubah.
Adakah anda rela tergolong dikalangan manusia munafik yang sudah pastinya dilaknat ALLAH SWT dunia dan akhirat.

Jika kami mengambil alih WMC apakah manfaat yg bakal kami terima memandangkan Forum  yang sedia ada bagai retak menanti belah. Adakah kami perlu menanggung segala liabiliti jika pengambil alihan berkuat kuasa..

Pengambil alihan  yang bakal kami terima tidak sedikit pun memberi manfaat kepada kami.Adakah penyerahan hak milik ini adil dan saksama. Jika dilihat secara keseluruhan pengambil alihan ini hanya memberi manfaat kepada sebelah pihak sahaja.
        
Sila jelaskan Situasi dibawah ini :

1. Peniaga yang sudah menamatkan sewa, deposit masih belum dipulangkan lagi.

Untuk situasi diatas siapa yang perlu bertanggungjawab jika pegambil alihan berkuat kuasa.
Penerimaan deposit diterima oleh pihak CEO, mengapa kami perlu menanggung beban sedangkan WMC yang diserahkan tanpa sebarang dana atau kewangan yang kukuh. Pengambil alihan hanya berdasarkan forum yang nilainya kurang  dari nilai tuntutan kami.

2. Pemilik plaza dari kumpulan  "mereka yang tidak mahu sebarang tuntutan"

Jika pengambil alihan berkuat kuasa, jika kumpulan ini mahu menarik diri dari WMC, adakah kami perlu menanggung beban tuntutan pemulangan deposit pembelian plaza. Adakah situasi ini adil bagi kami?

3. Putaran kewangan WMC tidak jelas.
Pegambil alihan yg disarankan berdasarkan apa? Adakah penyerahan forum semata-mata tanpa sebarang aset hanya liabiliti

4. Adakah penyerahan dilakukan tanpa sebarang dokumentasi yang jelas hanya perjanjian mulut semata-mata.


Apa yang kami lihat pengambih alihan hanya memberi manfaat pada anda, membawa kerugian kepada kami. Seakan anda mahu melepaskan segala beban permasalahan
kepada kami 100%. Adakah pengambil alihan ini bersifat adil kepada kedua belah pihak. Jika situasi diatas diambil kira, maka pengambil alihan akan memberi kesan negatif kepada kami. Dimana hak kami untuk bersuara? Jika kami tidak bersetuju adakah anda mampu menjelaskan segala tuntutan kami?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 02:13 PM | Show all posts
fuhh !! kasi panas je eikk...smpai ke cari dah org dok canang kisah CEO wmc...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 02:14 PM | Show all posts
ye lah putri..dah dia boleh dok buat dek je...buat kering je.....nasib badan la labu.....

dah bertahun pemilik plaza bersabar ngan dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 02:27 PM | Show all posts
pergghh...sampai ke sini dijajanya cerita puan suzana mustafa ni.....kalau tak sedor lg..tak tahu le den....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 02:29 PM | Show all posts
TUMPANG LALU...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 02:30 PM | Show all posts
TUMPANG LALU...
shah_jehan Post at 1-10-2010 14:29



skrg ni lalu nak kena bayar toll tauuu..bukan FREE!! wi kain selai 2 ok gokk..hok mahal sket
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 02:31 PM | Show all posts
ye lah putri..dah dia boleh dok buat dek je...buat kering je.....nasib badan la labu.....

dah ber ...
Medusa Post at 1-10-2010 14:14



    Duit apa yang CEO kena refund tu...duit sales or sewa plaza?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2010 02:35 PM | Show all posts
park sini x kena banned ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 02:38 PM | Show all posts
Duit apa yang CEO kena refund tu...duit sales or sewa plaza?
yayazz Post at 1-10-2010 14:31



    yayazz,

dulu kitaorg di offer utk invest dlm projek dia namanya DTOKO. dia pakai konsep plaza. 1 plaza = RM5K (time tu le). dia bukak 20 plaza sahaja (katanya time tu). katanya lagi nanti wanitamelayu.com tu nak tutup dan dipindahkan ke DTOKO. tup2 DTOKO tu tak jalan..so kembali lah kami ke konsep forum tunggang langgang mcm skrg ni.

dia janjikan utk beri agreement slps byr RM5K. dah almost 3 years....habuk pun tarak. terbaru ni nak mintak duit dgn kitaorg lagi another RM5K per plaza utk buat mende baru pulak. yg lama tu pun terbengkalai ntah apa jadik. duit kitaorg sedap2 je dia belasah..lagi nak mintak duit? dek tak puas hati kitaorg mintak duit balik. janji nak bayar dlm masa 4 bulan..tup2 dia bagi sms kat salah sorang pemilik plaza berbunyi

"As"kum, spt dijanjikan refund by oct, tdk dpt dilakukan olh sbb hingga kini byrn jual rumah blm diterima. Olh sbb saya gagal, maka saya setuju utk serah WMC. Maaf sampai dgn SMS , sbb saya kerja di Kolej KEMAS. Maklumkan pd yg lain"


tak je berasap jadik naga kitaorg ni!! dia yg janji dan dia yg mungkir!! skrg ni nak serahkan WMC yg dah penuh dgn taik2 dia utk lepas tangan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 02:39 PM | Show all posts
Kisah bermula sekitar tahun 2007, apabila pihak pengurusan WMC membentangkan satu usul bagi membangunkan WMC ke satu bentuk yang lebih efektif. Memandangkan forum WMC ketika itu mempunyai banyak masalah bebanan server dan pelbagai masalah lain, usul yg dicadangkan diharap dapat menyelesaikan masalah berkenaan. Satu bentuk format baru WMC telah dirangka menggunakan perisian yg dikata kan dibeli dari negara jiran. Sistem berkenaan diberi nama "DTOKO". Format DTOKO berbeda dari format asal forum wmc. DTOKO menawarkan sistem 'cart' dan pembahagian lot2 kedai mengikut plaza2 yang disediakan. Pihak pengurusan WMC menawarkan penjualn lot2 plaza pada kadar 5K seunit. Setiap unit plaza dibahagikan kepada 3 unit kecil yakni Supreme, Galeri dan Mini. Setiap pemilik plaza bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengutipan hasil melalui sewa unit2 dibawahnya. Tertarik dgn tawaran pihak pengurusan seramai 33 ahli berminat menyertai skim berkenaan. Hasil kutipan penjualan unit2 plaza bakal digunakan untuk pembangunan DTOKO. Pelbagai rangka dan strategi dibentangkan oleh pihak pengurusan. Namun apa yang dicanangkan bagai "indah khabar dari rupa".


Masalah timbul apabila "DTOKO" mula beroperasi sekitar tahun 2008. DTOKO mengalami masalah aplikasi yang tidak stabil, dan masalah pengurusan yang tidak efektif. DTOKO beroperasi dalam jangkamasa singkat dan terpaksa ditutup bagi kerja2 pembaik pulih. Satu forum sementara ditubuhkan bagi menepatkan peniaga2 setelah forum wmc lama ditutup. WMC versi vbuletin beroperasi dan sistem yg dirangka mengikut sistem asal dtoko. Pembahagian kedai mengikut unit2 plaza. Sejak dari itu perkhabaran mengenai DTOKO bagai senyap begitu shj. Berang dengan tindakan pihak pengurusan pemilik plaza bergabung bagi menuntut kembali wang 5k setelah merasakan DTOKO berkubur tanpa batu nesan. Pemilik Plaza terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Kumpulan yang menentang bertindak menyampaikan rasa tidak puas hati kami dan menggesa beliau memulangkan kembali wang pelaburan kami sebanyak 5k. Namun permintaan kami tidak diendahkan. Yang menjadi masalah surat perjanjian yang beliau janjikan sehingga kini tidak disediakan. Beliau seakan cuba melarikan diri dari persoalan yang kami ajukan. Kemarahan kami memuncak apabila puan CEO merangka satu sistem baru yang dikatakan lebih efektif dari DTOKO. Jika kami mahu menyertai sistem berkenaan kami perlu bayar sejumlah wang. Bagaimana wang yg kami laburkan sebelum ini? Adakah lebur bersama dtoko yang hanya beroperasi tak sampai beberapa bulan itu.Pihak pengurusan ternyata gagal menyediakan sistem yg dijanjikan, dan seharusnya wang kami dikembalikan.
Dek desakan yang bertalu2 dari kami akhirnya beliau bersetuju mahu menyerahkan kembali wang pelaburan kami. Beliau meminta tempoh beberapa bulan bagi beliau melunaskan kesemua tuntutan. Setelah lama menunggu ternyata beliau gagal menunaikan janji yang beliau sampaikan sebelum ini. Yang menjadi persoalan kemanakah perginya dana 100k+? Tiada sebarang bentuk promosi yang beliau laksanakan untuk mempromosikan WMC. Wmc beroperasi dr forum vbuletin yang ternyata tidak terurus dan sistem yang tidak teratur. Rungutan kemerosotan perniagaan semakin kedengaran. Beliau memberi pelbagai alasan sehinggakan kami mula merasakan diri dipermainkan. Tindakan undang2 terpaksa kami tangguh kerana memikirkan peniaga yang cari makan disitu. Jika jalan itu kami pilih maka forum wmc akan lenyap selamanya.

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 02:43 PM | Show all posts
fenin aku go thru 'karangan' lin.....belum lagi baca nih.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078585 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list