View: 385|Reply: 0
|
[Kedah]
Jambatan Bailey rosak, jalan terputus di Kampung Iboi
[Copy link]
|
|

Kakitangan JKR membuat pemeriksaan jambatan Bailey yang menghubungkan penduduk Kampung Iboi dan Kampung Iboi Masjid yang rosak akibat banjir kali ketiga akibat hujan lebat semalam. - Foti NSTP /Luqman Hakim Zubir
BALING: Kejadian banjir di Kampung Iboi semalam menyebabkan jambatan Bailey yang dibina dua bulan lalu rosak manakala jalan yang menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi terputus.
Tinjauan di kampung berkenaan, pagi ini mendapati kerja membaik pulih jambatan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Jalan dan jambatan itu ditutup kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada usaha membaik pulih.
Ia termasuk usaha mengalihkan puing seperti kayu dan akar turut dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
selain mendalamkan sungai menggunakan jengkaut dan jentolak.
Keadaan cuaca di kampung ini juga mendung dan meresahkan penduduk yang tinggal di tepi sungai.
Penduduk, Tahar Lah Ahmad, 80, berkata hujan lebat kira-kira jam 5 petang menyebabkan aliran air deras mula melimpahi jambatan Bailey pada jam 7 malam.
"Air sungai mula melimpah dan apabila azan Maghrib berkemundang, air sungai bertambah deras dan saya dengar seperti ada letupan sebelum nampak jambatan Bailey ini mula bergerak.

Kakitangan JKR membuat pemeriksaan jambatan Bailey yang menghubungkan penduduk Kampung Iboi dan Kampung Iboi Masjid yang rosak akibat banjir kali ketiga akibat hujan lebat semalam. - Foti NSTP /Luqman Hakim Zubir
"Tidak sampai dua minit, tebing sungai runtuh sebelah kiri dan menyebabkan air sungai dan puing menghentam jalan. Sekiranya tebing sungai tidak pecah berkemungkinan jambatan ini akan dihanyutkan," katanya yang tinggal kira-kira lima meter dari Lata Chelak, Sungai Iboi.
Tahar atau lebih dikenali sebagai Pakchu Teh berkata, air hanya mulai surut kira-kira 8.30 malam dan menyebabkan jalan yang menghubungkan jambatan berkenaan pecah dan rosak.
Katanya, penduduk kali ini bernasib baik apabila hanya tiga peratus puing dihanyutkan berbanding kejadian pada 4 Julai lalu yang menghanyutkan lebih banyak kayu dan balak.
"Saya tidak tidur lena malam tadi, selepas jam 2 pagi barulah dapat melelapkan mata. Pagi ini cuaca pula mendung, di Gunung Inas mungkin sudah hujan dan banjir mungkin boleh berulang lagi.
"Sebelum ini kedai kek dan roti anak saya di depan rumah ini sudah dihanyutkan, jadi saya sudah bersiap sedia selamatkan dokumen penting sepeti geran tanah ke tempat lebih tinggi, kami di sini tidak pernah tenang selepas kejadian 4 Julai lalu ," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, banjir di Baling pada 4 Julai lalu menjejaskan 41 kawasan dan mengorbankan tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil berusia 23 tahun.
Seorang lagi penduduk yang juga peniaga kedai runcit, Abdul Rahman Ahmad, 68, berkata kejadian semalam menyebabkan kedainya yang baru dibuka dua minggu lalu mengalami sedikit kerosakan.
"Sebelum ini saya tidak berhasrat untuk berpindah (berniaga) ke tempat lain kerana saya sudah lama berniaga di sini iaitu lebih 30 tahun, tapi memandangkan kejadian semalam, saya rasa perlu berniaga di tempat lain kerana semalam rumah saya dimasuki air ke paras dua meter manakala kedai saya satu meter.
"Kejadian pertama menyebabkan saya rugi RM300,000 apabila barang kedai , lima kereta dan tiga motosikal dan perabot di dalam rumah dihanyutkan. Semalam kerugian saya agak minimum berikutan saya membuat rak yang lebih tinggi untuk meletakkan barang kedai," katanya.
Abdul Rahman berkata, dia kini sudah berpindah ke rumah yang disewa namun masih menjalankan perniagaan kedai runcit berhampiran rumahnya di Lata Chelak.
https://www.bharian.com.my/berit ... tus-di-kampung-iboi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|