CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Bersiaran' di TikTok kumpul dana bantu Azhar

[Copy link]
Post time 9-9-2022 01:09 AM | Show all posts |Read mode
'Bersiaran' di TikTok kumpul dana bantu Azhar

Redzuan Muharam
[email protected]



SIARAN langsung di TikTok dengan pempengaruh dan selebriti bagi mengumpul dana membantu Azhar. FOTO Ihsan Muhammad Nor Khuzaifah Zohari




Bukit Mertajam: Prihatin dengan nasib Azhar Mohamad, rakyat Malaysia yang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Chungbuk National University, Cheonjung, Korea Selatan, Muhammad Nor Khuzaifah Zohari mengumpul dana dengan mengadakan siaran langsung di TikTok miliknya @saudagarjpkr.

Siaran langsung itu diadakan pada malam Isnin dan kelmarin dengan membabitkan pempengaruh laman sosial dan selebriti tanah air antaranya Apak lebedies (Jepun), Mehmet (Istanbul), Sultan taufik (Star Agency), Ellando Agency, Sifu lentik Man Kulim & Lan Pet Pet, Zul Yahya dan Tv Khalifah Bangkit.

Hasilnya, Muhammad Nor Khuzafah, 33, atau mesra disapa Jai yang juga pemilik butik pakaian mengumpul RM3,250.

"Saya tahu mengenai keadaan Azhar selepas terbaca hantaran adiknya di laman sosial.

"Melihat keadaannya, saya jadi simpati dan terpanggil untuk gerakkan inisiatif mengumpul dana memandangkan pernah menetap di Korea Selatan dan faham kerisauan keluarganya di Malaysia.

"Bagi menjayakannya, saya kumpulkan rakan dalam kalangan pempengaruh dan selebriti yang aktif di TikTok dan kutipan diperoleh hasil pemberian gift (hadiah) daripada pengikut yang menonton siaran langsung kami," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Jai, kesemua duit terkumpul akan diagihkan kepada keluarga Azhar.

Katanya, sumbangan diberikan nanti diharap dapat meringankan beban keluarga yang tentunya mengharapkan dana orang ramai selain doa.

"Sebelum ini, saya pernah jalin kerjasama dengan komuniti peniaga pakaian terpakai di Korea Selatan untuk membantu rakyat Malaysia, Allahyarhamah Rozzana Mat Nanyan.

"Kali ini, apa salahnya kita bantu Azhar pula dan saya berterima kasih kepada semua yang menyumbang. Hanya Allah saja dapat membalas jasa anda semua," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah Azhar yang ditemukan rakannya dalam keadaan separa sedar di rumah sewanya pada 31 Ogos lalu.

Kejadian malang itu menimpa sehari sebelum Azhar yang berasal Kuantan, Pahang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 1 September lalu.

Berikutan itu, Azhar dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut dan turut menjalani prosedur 'craniactomy' iaitu membuka sebahagian tempurung kepala bagi mengeluarkan darah beku serta memberi ruang bahagian otak yang membengkak.




siarkan pada: September 8, 2022 @ 11:59pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.091649 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list