CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135107|Reply: 1188

~ Chocolātl + Fwower = LOVE ! ~ [U]

  [Copy link]
Post time 3-10-2010 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 11-11-2010 08:23



SALAM .....

coklat dan bunga adalah satu gabungan yang indah kan.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2010 10:19 AM | Show all posts
Bab 1       

DI DALAM sebuah bilik yang dingin, seorang chocolatier sedang tekun membuat kerja. Tangannya ligat memutar tiga jenis coklat yang sedang di cairkan melalui kaedah tempering. Aromanya…LAZAT. Gerak gerinya mengikut muzik klasik Bach yang beralun lembut. Gesekan biola seiring dengan gerakan tangannya ketika membuat lakaran di atas coklat-coklat untuk final touch. Husin berasa sesuatu yang abadi, muzik Bach dan coklat. Indah !

Ketekunannya terganggu dengan bunyi chime yang bergesek-gesek. Itu tanda ada yang datang hendak membeli coklat. Dia segera ke ruang hadapan tetapi ternyata kosong sahaja. Mojo yang sepatutnya menjaga kaunter juga tiada. Mata Husin memerhati sekeliling. Hiasan kedai coklatnya beserta coklat-coklat yang dipamerkan akan membuatkan sesiapa yang melangkah masuk tidak mahu melangkah keluar. Dia kembali ke ruang kerjanya di belakang.

Saat tangannya mahu memulakan lagi lakaran indah di atas seketul coklat Hazel, wind chime berbunyi lagi, kali ini lebih terdesak. Dia memastikan coklat yang sedang mencair itu dalam keadaan yang dikehendaki sebelum melangkah keluar semula. Ternyata ruang itu tetap kosong. Cuma ada bunyi bergegar-gegar. Bunyi seorang menebuk dinding. Husin bercekak pinggang dia tahu kini, wind chimenya bergegar dek sebab drill yang menebuk dinding. Datang dari kedai sebelah.

Geram hatinya. Sudah dua tahun dia aman berniaga, tapi sejak nyonya itu membuka kedai bunga tiga hari yang lalu, ada sahaja perkara yang membuatkan Husin tidak senang duduk. Konsentrasinya untuk menghasilkan coklat bermutu tinggi kini terganggu. Ini macam tak boleh jadi !

Bunyi drill yang mengegarkan otaknya sudah tidak dapat dia tanggung lagi, di tambah pula dengan wind chime yang terus terus bergesekan. Husin sudah geram, kali ini dia tidak boleh bertolak ansur lagi,nyonya penjual bunga tahi ayam itu perlu di ajar ! Tergesa-gesa dia membuka apron dan dengan hati yang panas mengelegak-gelegak dia mendapatkan kedai di sebelah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2010 10:22 AM | Show all posts
PINTU kaca di tolak kasar, dia berdiri dan terpegun melihat belakang si penjual bunga itu yang di baluti jeans hitam. Seksi. Husin hampir-hampir lupa tujuan dia ke situ. Kepalanya di geleng-gelengkan, dan matanya terkebil-kebil sambil menarik nafas panjang. Apa yang diceritakan Mojo padanya sungguh berlainan. Kata Mojo, jiran mereka adalah seorang nyonya yang gemuk gedempul dengan kaki kengkang menjual bunga kuning tahi ayam (yang sebenarnya adalah bunga kekwa – Mojo yang buta bunga !).

“Cik !” panggilnya untuk mendapatkan perhatian Zafira yang sedang asyik mendrill dinding. Tiada respon. “CIK !!!” jeritnya, kali ini dia berdiri hampir dengan tangga dan menolak sedikit.

“Opocot !” itu jawapan si penjual bunga, dia memaling dengan rambut halus hitam berterbangan seolah iklan syampu.

Serentak itu juga bunyi drill yang menghentam dinding terus hilang. Mata mereka bertemu. Jantung Husin tiba-tiba bergegar walaupun tanpa bunyi drill tadi.

CANTIK ! Husin menarik nafas lagi. Fokus Husin ! Tak guna punya Mojo !

“Ye ? Nak beli bunga ?” tanyanya dengan senyuman yang menaikkan lagi seri wajahnya.

Kenapa seorang penjual bunga secantik bunga-bunganya ye ? Itu pertanyaan hati seorang pembuat coklat.

Zafira turun dari tangga dan berdiri di tepi Husin, dia mendongak sedikit dan memerhati wajah lelaki tu. Oh Si Coklat …. Mereka tidak pernah bertembung muka tapi Zafira tahu itu Si Coklat kerana kepala yang berfesyen gondol, dengan kumis dan janggut sejemput. Itulah deskripsi dari si Zoe. Dan menurut Zoe lagi, Si Coklat tu susah senyum walaunpun dia pembuat coklat, mukanya tidak manis langsung. Ye memang tak manis langsung ! Atau dia hanya tahu buat Bitter Chocolate ?

“Bunga ?” tanyanya acuh tak acuh apabila mata mereka menyapa sebentar.

“Tak. Saya tak mahu bunga. Saya nak bagi warning. NO MORE DRILLINGS !” suara Husin tinggi dan mukanya di buat garang. Buat sahaja, biar gerun sikit Minah Bunga ni.

“Hmm…..very well…tapi ini KEDAI saya, dan SUKAHATI saya la nak tebuk berapa banyak pun !” Zafira sudah bercekak pinggang.

Ewah ! Suka hati ye….

“Oh ! Kedai saya kat sebelah, otak saya bergegar-gegar dah ni ! Ingat la sikit ….” mata Husin mencerlung dengan lebih garang.

“Bagus, biar terkeluar otak awak semua tu !” jawabnya sinis lantas membuka pintu kaca mempersilakan Husin keluar dengan hormatnya.

“I will not leave kedai ni until you agree to stop drilling semasa saya sedang buat coklat …” Husin berdegil.

“Hmm…ok…” Zafira panjat tangga dan dia mula menebuk lagi, kali ini sengaja dia tekan sekuat hatinya.

“Arghh !” dengus Husin lantas keluar dari kedai itu.

Semasa hendak keluar sempat dia menjatuhkan satu baldi bunga tulips berwarna biru di tepi pintu kaca itu.

“HOI !” marah Zafira. Tadi dia masih bertoleransi lagi, tapi lagak si Bitter Chocolate itu sudah melampau. Ada yang kena drill kat dahi karang ni !

Husin memaling dan mengenyet mata serta menghadiahkan satu senyuman. Zafira jadi kaku. Kenyetan mata disertakan senyuman itu terus menjadikan si Bitter Chocolate macam Kinder Beuno yang di gemari sangat-sangat. Ah !
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:01 AM | Show all posts
cite baru ye..sedap coklat tu....yeaay!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:29 AM | Show all posts
ye ye..
ader buah tgn baru...


next pls!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:32 AM | Show all posts

dpt bc...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2010 01:14 PM | Show all posts
yeahhh...detox dah buka umah baru..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 01:29 PM | Show all posts
best2 ada cite baru... next2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2010 01:37 PM | Show all posts
hehehhee cite baru..
choco + flower?
mcm sweet + lovely...
lagi kak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 01:50 PM | Show all posts
PINTU kaca di tolak kasar, dia berdiri dan terpegun melihat belakang si penjual bunga itu yang di ba ...
detox Post at 3-10-2010 10:22



Tahniah detox!!!!!!! cerita yg amat LAZAT n Sweet     

Suka ayat ni: Mojo yang buta bunga !).   selalunya buta tuli, buta warna...ini buta bunga...

Di manakah blings terbaca nama Zafira tu??

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 02:15 PM | Show all posts
wah best best2 citer baru
kita daftar masuk umah baru....
sedap coklat tu memang favorat la
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 02:32 PM | Show all posts
chocholate+flower = love ~ SWEET...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 02:40 PM | Show all posts
yes ...... ada cerita baru
tentunya semanis dan selazat choclolate
dan berwarna warni seperti bunga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2010 02:43 PM | Show all posts
Reply 4# adalia

hi adalia selamat ikut membaca !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2010 02:44 PM | Show all posts
detox selalu degil kan.....ingat nak cuti dari menulis, tapi tangan ni cam gatal je nak menaip cerita...SORRY ye... ;)

pada kawan2 semua, selamat membaca cerita kali ni....dari style cerita ni mesti ramai dah boleh agak, citer ni bukan sad ending macam my previous (One More Time) - ini adalah untuk cover balik kesedihan yang tercipta ... he he he....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2010 02:45 PM | Show all posts
sambung sikit sebelum keluar beraya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2010 02:47 PM | Show all posts
TULIPS dimasukkan semula ke dalam baldi. Baru semalam bunga-bunga itu sampai. Sudah ada lima batang yang rosak angkara si Gondol sebelah. Kalau tidak disabarkan hatinya mahu saja Zafira bertumbuk dengannya tadi.

Zoe yang sedang minum di gerai mamak seberang jalan memerhati saja tingkah Zafira. Dari gerak gerinya dia tahu Zafira sedang membebel sendirian, tadi mahu juga dia berlari mendapatkan Zafira tapi rasanya tidak perlu. Karang tak pasal-pasal dengan dia sekali kena bebel, dan bila Zafira bebel tak seorang pun boleh tahan.

Mojo juga melihat kejadian yang baru terjadi. Dia menggeleng kepala. Husin yang sengal, ada ke patut buat perangai. Tapi siapa boleh larang Husin dari buat perangai tak tentu hala, tambah-tambah lagi kalau dia sedang hendak menghasilkan resipi baru.

“Kawan awak tu psyho la !” kata Zoe lantas menghabiskan kopi di dalam cawan lutsinar yang kecil.

“Emm….sikit psycho …” jawab Mojo menyimpan ketawa.

“Tapi dia cute juga !” Zoe memberi komentar secara lintas langsung.

“Sikit cute….hmm…tapi Mojo cuter kan ?” dia mengerling Zoe yang mencebik. Tercetus ketawa Mojo dan ketika itulah dia nampak Husin mengamitnya.

“Alamak, boss suda panggil….u bayar sendiri aaa …” kata Mojo pada Zoe kemudian beralih pada Mamak sambil membuat aksi tulis dalam buku. Mamak angkat tangan, PODAH !

Mojo ketawa dan meletakkan dua ringgit, “Keep the change Mamak !”

“Chait…..semalam punya hutang tarak bayar, keep the change….” Laung Mamak sambil menarik teh, dia tersengih melihat Mojo kelam kabut mendapatkan Husin.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 02:49 PM | Show all posts
detox selalu degil kan.....ingat nak cuti dari menulis, tapi tangan ni cam gatal je nak menaip cerit ...
detox Post at 3-10-2010 14:44



cerita romantis dan lucu pastinya....mengingatkan pada cup cakes Nadira...motip I terperasan lebih ???
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 02:51 PM | Show all posts
hahahaha kelakar sey..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 03:21 PM | Show all posts
wah , mcm best je ni ai nk baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.076891 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list