CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

~ Chocolātl + Fwower = LOVE ! ~ [U]

  [Copy link]
Post time 6-10-2010 09:57 AM | Show all posts
cute cete ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 10:16 AM | Show all posts
kesian husin
berangan nak dapat harta
dapat pula anak ...
anak pun harta juga
mertua Post at 5-10-2010 22:56



    mertua...lepas ni adam bg husin lagi
besar nilai hartanya....cik bunga....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 10:20 AM | Show all posts
sambung lagi detox....
mmg ngences baca citer detox...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 10:24 AM | Show all posts
Reply  midar


   alhamdulillah, OK. Hari ni tak demam , dia kena dua shot semalam, sebab akak t ...
detox Post at 6-10-2010 08:14



    hehehe..syukur... jgn miss lg kak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 10:43 AM | Show all posts
citer yg best seperti biasa....
hrp smbg cepat2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 10:52 AM | Show all posts
ibu imran pun nanggis??? pengalaman pertama tu detox
tgk anak kena suntik......
Husin dpt anak segera package dgn kucing lagi...
wah tentu menarik cerita ni yg pasti mesti kelakar nihhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-10-2010 10:54 AM | Show all posts
Reply 186# qimi08

ye kak Qimi, tapi saya sorok2 la nangis....kang nurse kata mengada pulak he he he......

buat cerita kelakar la pulak, one more time sedih2...now kita gelak2 sikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:32 AM | Show all posts
Reply 177# detox

alahai...cian imran...nasib x demam..lain kali jgn termiss lagi cian baby...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 11:58 AM | Show all posts
nak ketuk pintu umah kak detox yg meriah ni.... hmm... semua dh ngidam nk coklat tp kite tgh pantang coklat, nk diet
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:59 AM | Show all posts
Walla....best....best   

Kreatif sungguhla akak Detox nie...macam2 idea....
Anyway Zafira tuh nama my sis...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:59 AM | Show all posts
Walla....best....best   

Kreatif sungguhla akak Detox nie...macam2 idea....
Anyway Zafira tuh nama my sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 01:25 PM | Show all posts
sambung sikit ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 01:27 PM | Show all posts
KETAWA Mojo tidak henti-henti membuatkan Husin rasa hendak lempang. Adam juga tidak tahu kenapa Mojo ketawa. Dengut yang terbaring di lantai terjaga dan mengiau sedikit.

“So tarak la R8 ? Semalam kan main siap berangan nak test drive sampai Kelantan…” Mojo menyeka ketawa.

“Sian tak dapat Audi dapat Adam Hadi.” Ejeknya lagi sambil tersenyum manis pada Adam yang sengih saja.

Husin buat muka tak puas hati. Dia menekan butang pada remote control dan menumpukan perhatian pada skrin tv yang sedang menayangkan  Super League.

“Uncle, Adam lapar …”

“Emm…..ok jom kita gi beli burger…” Husin bangun dan baru hendak mencapai kunci, tapi tak jadi bila mendengar Adam menjawab bagaikan memberi ceramah pula.

“Budak kecik macam Adam  tak boleh makan burger. Masa dulu, bibik masakkan real food.
Nasi dan sup ayam dengan kentang, atau spagetthi with meatballs, emm ikan panggang pun sedap juga...”

Husin menggigit bibir. Aku pakar buat coklat, bukan tukang masak ! Aduh kena belajar masak pula…… Mojo tersengih.

“Jom ikut Uncle….Uncle Husin tak pandai masak. I’ll cook you something…” dia bangun dan menghulur tangan.

Adam segera melompat turun dari sofa dan terenjut-enjut berjalan mengikut Mojo ke dapur. Dia memalingkan muka dan senyum pada Husin.

“Nasib baik !” katanya melepaskan lelah sambil menunjukan sengih. Comel betul !


RUANG atas kedai itu dijadikan tempat lepak mereka. Ada dapur kecil dan ruang santai yang besar. Husin memasang telinga mendengar celoteh si Mojo, Adam pula tidak henti ketawa mendengar lawak-lawak yang bertaraf bangang. Husin menggaru kepala mengenangkan hidupnya yang akan tunggang langgang. Dia tidak lagi boleh bersenang lenang pada malam hujung minggu di kedai-kedai mamak minum teh pekat sambil menghisap rokok tanpa mempedulikan masa yang berdetik. Hari minggu yang selalu berlalu tanpa disedari dek kerana melepak tanpa buat apa sepanjang hari akan menjadi kenangan. Pasti dia akan dikerah oleh Adam untuk membuat aktiviti di luar, tiada lagi masa memerap dan bermalas-malas di rumah. Dating ? Walaupun dia belum ada sesiapa untuk di bawa sebagai hot datenya, tapi sebagai lelaki yang cukup sifat, dia tidak mahu masa ‘laris’nya terbiar begitu saja. Ramai yang mahu keluar dengan Husin, contohnya Jess, emm tapi Jeslina bukan pilihan hatinya pula. Suraya buat jantung dia tidak stabil tapi wanita manis itu alah dengan coklat dan tentu saja alah dengan Husin ! Husin mengerut dahi, dia ingatkan ramai sangat yang berderet hendak ‘dating’ rupanya Jess sorang, lain-lain semua kes dia yang perasan. Kesiannya Husin.

Tapi kalaulah nanti tiba masanya ada seorang perawan yang menambat hatinya, macam mana ? Takkan nak tinggalkan Adam dengan Mojo saja. Boleh harap ke ? Husin menggeleng kepala. Mojo yang sengal memang tidak boleh diharapkan untuk menjaga Adam. Ok, dia boleh masak, tapi menjaga budak sebesar Adam, no…no. Kepala yang gondol dia gosok-gosok. Serabut betul. Rokok di tarik dan di sedut lambat-lambat. Terbayang di matanya saham dia menjunam jatuh. Orang pasti ingat dia sudah berkahwin. Tak boleh lagi la dia mengayat budak perempuan yang manis penjaga Tol Subang Jaya. Husin meraup muka. There goes my life !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 01:31 PM | Show all posts
Adam kembali dengan sepiring nasi goreng.  Cepat betul Mojo masak. Menurut Mojo masak tak susah, campak-campak, dah siap. Konon-konon dialah celebrity chef yang selalu keluar masuk TV.

Adam meletakkan piring di atas meja kopi dan memanjat sofa, duduk di sebelah Husin.

“Uncle. Tu nasi goreng untuk Uncle…” katanya menarik pinggan itu hampir sedikit.

“Adam dah makan ke ?” tanya Husin. Adam angguk-angguk dan terus berdiri di atas sofa.

“Uncle Mojo masak tak sedap !” bisiknya, selepas itu melompat turun naik, turun naik.

Husin tergelak suka hati. Ada juga seseorang yang sependapat dengannya. Memang Mojo masak tak sedap. Selama bertahun-tahun dia terpaksa makan masakan entah apa-apa. Mojo ingat dia Naked Chef. Chit !

“Err Adam, baik Adam duduk diam-diam. Spring sofa ni tak berapa kuat, nanti terpelanting terus keluar ikut tingkap tu !” Husin memang pantang sesiapa menjahanamkan harta bendanya.

“Lagi best !” kata Adam tergelak kuat dan terus melompat kali ini dengan lebih tinggi lagi.

“Er…” Husin bangun dan menangkap badan budak itu. “Duduk diam !” mata mereka beradu seketika.

Adam tersengih, dua tangannya memicit pipi Husin dan menggoyangkan kiri kanan, kiri kanan.

“Aduh !” Husin geram, budak Adam lasak di tonggengnya atas bawah. “Don’t ever do that again …”  dia memberi amaran, mata Adam terkelip-kelip dan dia mula menggoyangkan badan.

“Weeeeeee……” katanya dan badannya yang tertonggeng di goyang lebih laju. “Wow weeeeeeeeeee !!”

Mati akal si Husin. Dikembalikan ke kedudukan normal. Adam diturunkan semula.

“Jom kita turun bawah. Tolong Uncle susun coklat…”

“Boleh makan coklat ?” tanyanya dan berjalan terlantun-lantun.

“Boleh, if only you be a good boy.”

“Oh ok. Boleh bawa Dengut ?” tanyanya.

“Kucing tak boleh masuk kedai….nanti dia mabuk bau coklat.”

“Emmm..letak kat luar je…” balas Adam lalu mengambil Dengut yang berbulu hitam
sehitam-hitamnya.

“Ok. Duk kat luar je.” Husin ya kan sahaja. Kalau berdebat dengan anak Anuar ni memang tak akan habis-habis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 01:34 PM | Show all posts
ZAFIRA sedang bercekak pinggang di kaki lima kedai. Dia sedang cuba hendak menarik rak besi sedikit ke hadapan. Tetapi mengalih rak tanpa mengeluarkan baldi-baldi yang terisi air dan bunga agak sukar dilakukan memandangkan tubuh badannya yang bersaiz model dan bukan seperti bodybuilder. Dia memaling ke seberang jalan, tapi kelibat si Zoe tak nampak pula. Mana la si Zoe, bila nak suruh buat kerja, hilang je memanjang ! Sebal hati si Zafira. Dan bertambah sebal apabila melihat si Bitter Gondol jalan terjongket-jongket. Kenan kangaroo apa !

“Uncle, kedai sebelah jual bunga ye ?” tanyanya ketika Husin menolak pintu kedainya. Husin mengangguk. Dengut hendak ikut sama masuk ke dalam kedai, tapi cepat-cepat Husin menahan dengan kaki. “Kau kat luar saja !”

Adam melambai pada Zafira. Sejuk terus hatinya melihat budak lelaki yang comel dengan senyuman lebar.

“Bunga busuk dan tak cantik !” bisik Husin dengan senyuman nakal.

“Bunga mana ada busuk, bunga kan cantik…”

“Ada, bunga tahi ayam… busuk !” Husin tergelak dan melangkah ke belakang kaunter.

“Tapi Aunty sebelah tu cantik macam bunga…mesti wangi macam bunga juga…” katanya membuatkan Husin tersentak. Mata Adam memerhati coklat yang tersusun rapi dan tentunya menyelerakan.

Cantik ? Wangi ? Huh !

“Oh…emm Aunty tu psycho. Adam jangan layan….” Memang Husin sudah melampau. Tapi hatinya tergelak-gelak suka.

“Psycho ? Tak betul ? Mereng ?” bulat matanya bertanya.

Husin tidak tahan hendak ketawa. Perkataan Mereng tu memang tepat. Sungguh tepat !

Ketawanya terhenti apabila terdengar bunyi kuat di luar. Segera dia menerpa ke kaki lima. Mulutnya terlopong melihat Zafira yang tergolek di kaki lima itu. Baldi biru menghempap kakinya dan rak besi tersenget benget.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 01:38 PM | Show all posts
Reply 189# RosesAre_Red


   hi roses....tak apa...ambil bau saja !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2010 01:49 PM | Show all posts
“Awak ok ke ?” tanyanya memeluk tubuh, berdiri tinggi dia memerhati Zafira. Sengaja dia hadiahkan senyuman ‘mengejek’.

Walaupun Husin nampak Zafira tidak ok, tapi sengaja dia bertanyakan soalan itu. Matanya merenung wajah Zafira. Lawa juga, tambah tergolek camni. Hmmm….Husin mengigit bibir. Dia tidak mahu biarkan perasaan memainkan dirinya. Zafira adalah musuh azalinya. Musuh yang…musuh yang sangat manis ! Hatinya seakan sengaja menyakat Husin. Hati, you shadap ! Hatinya hanya ketawa terkekeh-kekeh mendengar amaran si Husin.

OK ? Tak nampak ke aku yang dah tergolek dog camni. Aduh malunya kat si Gondol ni. Zafira terus duduk dan menarik baldi biru yang penuh dengan bunga kekwa berwarna kuning. Kelam kabut dia cuba bangun tapi lantai licin membuatkan kakinya terkangkang macam si ballet membuat aksi ‘split’ di tengah-tengah ruang dansa. Aduh dua kali malu !

Husin cuba tidak mahu gelak. Hatinya puas melihat Bunga Tahi Ayam (yang lawa sangat membuat split di kaki lima itu) mendapat balasan atas apa yang telah dilakukan pada loafer kesayangannya. Dia duduk mencangkung di sebelah, tersengih melihat muka Zafira yang sedang sebal sangat.

“Sedap ?” ketawa Husin menyakitkan hati Zafira.

Bunga kekwa dicekak dan dibaling tepat ke muka Husin, mata Zafira memandang dengan meluat, kalau ikutkan hatinya mahu saja dia telungkupkan baldi biru atas kepala si Bitter Gondol.

Adam yang mengintai dari balik tingkap kaca kedai Husin’s Chocolātl menekup mulutnya melihat Uncle Husin dibantai dengan bunga kuning. Selepas itu Aunty yang garang itu menyarungkan baldi biru ke kepala Uncle Husin lantas mengetuk-ngetuk macam drum.

“Sedap ???” kali ini Zafira pula memulangkan pertanyaan.

Sebelum dia masuk ke dalam kedai, sempat lagi Zafira mengetuk buntut baldi sekuat hati. Berdengung telinga Husin. Pinar matanya. Pusing kepalanya. Kurang asam punya Bunga Tahi Ayam !

Mojo yang baru turun dari tingkat atas terpaku sebelum ketawa berdekah-dekah. Padan muka si Husin. Ini mesti ada kes yang menyakitkan hati si Zafira Manis di sebelah. Husin pula kelam kelibut bangun sambil menarik baldi biru. Bajunya basah sedikit, ada daun-daun bunga kekwa di atas kepalanya. Baldi biru di hempas dan tergolek masuk longkang. Bengkek betul. Sudahlah Mojo ketawakan dia, Adam juga tergelak-gelak di balik tingkap kaca dan paling tak tahan, mata-mata yang memandangnya dari seberang jalan, warung Mamak ketika itu agak ramai dengan orang yang datang minum petang. Mamak juga terhenti dari menarik teh. Ayoyo !


“Husin….” Suara Dr. Ensha Hani menyapa menambahkan malu di hati Husin. Kenapa la pelanggan tetapnya datang pada waktu yang kurang sesuai.

“Oh, Hi Doc !”

Dr. Ensha Hani tersengih lalu cepat-cepat mengebam bibirnya menahan tawa.

“Appointment kita hari ni kan ?” tanya Dr. Ensha Hani sambil mengerling jam di tangan. Ye, hari ini dan dia tepat pada masanya.

“Yes, Yes….sorry ada sikit scene tadi..emm let me change to something better, sementara tu Mojo akan tunjukkan beberapa chocolates for your order.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 01:49 PM | Show all posts
ok semua, enjoy the n3...bye bye
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:50 PM | Show all posts
Reply  Kia_picanto


   memang nampak pun best.......walaupun nampak gambo sipi2 je he he he
detox Post at 6-10-2010 06:52



   ehehe.. klu makan tk tgk casing.. ngap terus
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:55 PM | Show all posts
punya lama tak singgah WR...detox pun dah bukak rumah baru....
jenuh nak kena rempit nih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.072925 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list