CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1992|Reply: 24

[Tempatan] Persis talian hayat Millionaire katanyer - Bawak sampai masuk bilik, jawab 8/10 soalan!

[Copy link]
Post time 14-9-2022 02:26 PM | Show all posts |Read mode
‘Kenapa tak boleh bawa mak?’- Generasi sekarang ada yang tak tahu ibu bapa tak boleh ikut masa temu duga

Bawa ibu bapa datang teman ke temuduga ini bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku. Hakikatnya, sudah banyak kali terjadi dan nampaknya mereka yang baru menamatkan pengajian tidak sedar akan tanda amaran atau red flag berkenaan hal ini.

Bawa ibu bapa sehingga ke bilik temuduga adalah perkara yang dilarang yang boleh menyebabkan seseorang itu gagal dalam sesi temuduganya. Tidak hairan jika saat ini ramai yang tidak tahu berkenaan hal ini.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Danial Arif, dia memberitahu sememangnya ada anak-anak muda zaman sekarang yang tidak tahu ibu bapa tidak boleh datang menemani calon semasa temuduga.

Menurutnya, walaupun hal itu merupakan pengetahuan asas (common sense) yang sepatutnya semua tahu, tetapi generasi sekarang memang ramai yang tidak tahu berkenaan hal itu.

Kadang-kala bukan salah si anak, tetapi salah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sampai mereka mahu ke temuduga pun ibu bapa nak ikut.

Dia turut menyertakan satu tangkap layar yang dijumpainya dari laman TikTok kerjakosong2022 yang memaparkan beberapa komentar dari pengguna media sosial itu yang tidak mengetahui bahawa ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik temuduga.

“Jangan terkejut ya… ada anak-anak muda zaman sekarang, ada yang tak tahu pun masa interview tak boleh bawa mak. Bagi kita benda ni sebenarnya macam common sense je.

“Tapi, bagi manusia generasi muda sekarang, tak semua tahu bab ni. Saya jumpa satu video ni dekat TikTok… pasal perkara yang dilarang masa hadir temuduga kerja.

“Ada yang tanya ‘kenapa tak boleh bawa mak?’. Perkara ni kita tak boleh kecam si tukang tanya. Kita kena kaji apa punca kenapa orang muda sekarang ada segelintir manja dan tak boleh berfikir dengan betul.

“Kalau baca salah satu screenshot tu pun, anda akan perasan puncanya kadang-kadang ada mak ayah sendiri yang terlebih manjakan anak… Sampai anak nak pergi interview pun nak ikut juga.

“Kalau setakat ikut dan tunggu dekat kereta/lobi… okay je lagi. Tapi ni ikut masuk interview,” katanya.

Baru-baru ini pengendali akaun kerjakosong2022 ada berkongsikan satu panduan kepada pemburu kerja agar tidak melakukan beberapa larangan ketika dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bersama bakal majikan.

Antaranya, calon tidak dibenarkan untuk memakai selipar, sentiasa menyediakan pen, jangan duduk suka-suka hati tanpa adab, bawa dokuman yang lengkap, jangan datang lambat, jangan bawa perangai ‘kekwat’ dan tidak membawa ibu bapa memasuki bilik temu duga.

Bagaimanapun, menerusi beberapa reaksi diterima di TikTok itu, ada yang tertanya mengapa mereka tidak dibenarkan membawa ibu ke sesi temuduga dan mendakwa mereka tetap dapat kerja biarpun ibu ada bersama.

Ada juga yang memberitahu bukan mereka yang ingin ibu ikut bersama, tetapi ibu sendiri yang berkeras ingin menemani ke bilik temuduga.

Mak sampai tolong jawab bagi pihak anak

Sementara itu, pemuda berkenaan menasihatkan bahawa budaya “Helicopter Parenting” tidak sihat kerana ibu bapa hanya akan membesarkan anak-anak yang tidak dapat survive dalam kehidupan sebenar.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2022 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2022 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2022 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:16 PM | Show all posts
Budak2 gen-Z sekarang ni memang low common sense pun.

Sebab tu company I dah tak amik budak intern. Menyusahkan.

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Racurve replied at 14-9-2022 02:27 PM

Wah...ini mak dia staf kat company yg ditemuduga tu ke? Cable detected! Kalau mak org biasa biasa takdelah sampai nak masuk bilik temuduga hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik
Zaman i belia muda dulu tak penah pula nmpk sapa2 bawa masuk mak
Mak biasanya tgu diorg kat luar je
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bbnu skrg mmg bongok..nyampah ngajar mrk skrg....sibuk dgn tiktok dan nak melaram je...maybe salah didik gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Weh aku pn takleh pisah dgn beboi aku, lalu dpn sek diorg aku tengok je siap lambai tgn kotla diaorg nmpk aku lalu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ape ke bodo benda gitu takleh fikir. bawak tu boleh je la kot tp takkan la masuk sekali time intvw dok je la dlm kete tggu.
mengada ngat aihhh (hrp anak iols tak gini lar)
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ada ye...baru ku tau ada yg dtg interview bw mak....haishhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:19 PM | Show all posts

hahaha... kelakarnya .. inilah kesan sistem pendidikan yang digunakan sekarang

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti mak2 m40 ke t20..mak2 b40 mana ada sangat nak teman anak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Racurve replied at 14-9-2022 02:27 PM

yg mak masuk bilik iv ni ofis apa?
xde org assist calon ke sblm masuk bilik intrview...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aih
Igtkan..mak ikut.smpi kat tmpt menunggu je..rupanya nak masuk.skali.interview?
Huhu
Dolu ayah iols.slalu je ikut iols gi interview.mana  mana..cuma dia tubggu je.la kat lobby...haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin nk bg sokongan moral utk anak2…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa byk je bbnu yg hebat2 tp nape juga citer2 sebegini diangkat utk memberi persepsi serong pd bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb mk pak manjakan ank2 Sgt......
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm cerita hasanah ja. Zmn la ni ramai makPak yg educated yachh..kebodohan apakah ini mengekor sampai bilik iv..??lg satu,kalo yg lower income tu xdaknya mbazir masa,tenaga & wangringgit nk hantar ank merata p iv. Di suruh usaha sendri sajorkk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bwk mak masok dlm bilik interbiu? kalau tak dpt jwb, mak tlg jwb kan ke? anje nye lah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.261606 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list