CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2224|Reply: 2

Lelaki tumpangkan 2 wanita cantik tidak sedar pandu ke tanah perkuburan

[Copy link]
Post time 16-9-2022 07:40 PM | Show all posts |Read mode

Lokasi lelaki berkenaan memberhentikan kenderaannya selepas menumpangkan dua wanita cantik. - Ria Aldila Putri/detikJateng

Lelaki tumpangkan 2 wanita cantik tidak sedar pandu ke tanah perkuburan

JAKARTA – Seorang pemandu trak berada dalam keadaan bingung apabila menyedari kenderaan dipandunya terkandas di jalan sempit di sebuah kawasan perkuburan selepas menumpangkan dua wanita cantik, lapor laman berita Detik.

Kejadian aneh tersebut dilaporkan berlaku di bandar Semarang, wilayah Jawa Tengah semalam.

Menurut Polis Awam Desa Pringsari, Muhammad Imam Fahruddin, pemandu trak berkenaan sempat menjerit meminta tolong sebelum diselamatkan penduduk setempat.

“Sebaik sahaja menyedari bahawa dia sebenarnya berada di kawasan perkuburan, pemandu tersebut menjerit meminta tolong,” katanya.

Penduduk yang mendengar jeritan lelaki berkenaan tiba ke lokasi untuk membantunya sebelum trak itu berjaya dikeluarkan dari jalan sempit sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Trak itu masuk ke kawasan perkampungan tersebut kira-kira pukul 7 pagi (waktu tempatan) dan berjaya dikeluarkan sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Ketika saya mengambil keterangan, pemandu tersebut didapati tidak berada dalam pengaruh alkohol, sebaliknya ketakutan,” kata Muhammad Imam.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Sutiyo berkata, ketika kejadian, dia menyedari trak dipandu lelaki berkenaan sempat melanggar  bahagian bumbung rumah seorang penduduk.

“Dia memandu dengan amat laju sehingga melanggar bumbung rumah penduduk sebelum memberhentikan kenderaannya di kawasan perkuburan yang mempunyai jalan sempit.

“Apabila disoal, dia mengaku baru lepas menghantar dua wanita cantik dari persimpangan lampu merah di Karangjati,” kata Sutiyo.

Tambahnya, kejadian tersebut bukan kali pertama seumpamanya yang berlaku di kawasan perkuburan itu.

Sebelum ini, penunggang teksi motosikal, penghantar barangan dan penjual susu juga pernah mengalami kejadian serupa beberapa kali. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... e-tanah-perkuburan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 04:49 PM | Show all posts
mesti tak keruan tu tgk pompuan cantik tu berani tumpangkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti.supo luna.mayaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047530 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list