Pelancongan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Racurve Lv.14

Fav
Fighter | Credits 24253   
5 pantai paling berahi di dunia, pelancong boleh berpakaian tapi digalakkan bogel

APABILA bercerita mengenai pantai, perkara yang terlintas di fikiran tentunya aktiviti perkelahan, berjemur serta berenang.

Tahukah anda, terdapat beberapa pantai di seluruh dunia yang menjadi tumpuan ramai kerana membenarkan pengunjungnya tampil tanpa seurat benang.

Perbuatan berbogel bukanlah satu perkara tabu di lokasi-lokasi itu, malah ia menjadi tarikan utama kepada pengunjung yang mahu tampil dalam cara paling semula jadi.

Berikut merupakan lima pantai bogel yang terkenal di seluruh dunia yang disenaraikan oleh Hotels.com.
Rate
There are 1 People reward the building owner
7916 Views
19 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Racurve Author 2#

Fighter | Credits 24253   
1. Cap d’Agde, Perancis

Cap d'Agde yang digelar "Bandar Telanjang" merupakan salah satu pusat peranginan tanpa pakaian terbesar di dunia. Semasa musim panas, ia biasanya menarik kira-kira 40,000 pengunjung.

Aktiviti makan-makan serta bersiar-siar dalam keadaan bogel merupakan satu kebiasaan di lokasi peranginan itu.

Jika berada di lokasi itu, anda boleh memilih untuk memakai baju atau berbogel.

Jika mahukan sedikit privasi, pergi ke Plage de la Grande Conque, pantai gunung berapi dengan pasir hitam yang dikelilingi oleh dua tebing yang indah.


Pengunjung diberi pilihan untuk berpakaian atau berbogel di lokasi ini.

Racurve Author 3#

Fighter | Credits 24253   
2. Platja des Cavallet, Sepanyol

Ibiza sememangnya terkenal sebagai pulau parti klasik Mediterranean, tetapi ia juga memenuhi keperluan mereka yang ingin berjemur di bawah sinar matahari tanpa seurat benang.

Terletak berhampiran titik paling selatan pulau itu, pelancong akan menemui Platja des Cavallet, pantai bogel yang sering menjadi perhatian ramai.

Apa yang paling penting, lokasi itu menawarkan panorama indah hamparan pasir putih sepanjang 1 kilometer (km) yang diliputi oleh air biru dan ombak yang bergelora.


Platja des Cavallet merupakan salah satu detinasi terkenal di Sepanyol.

Racurve Author 4#

Fighter | Credits 24253   
3. Pantai Haulover, Florida, Amerika Syarikat

Setiap tahun, Pantai Haulover menarik lebih 1.3 juta pelawat, menjadikannya salah satu pantai bogel paling popular di Amerika Syarikat.

Pengunjung biasanya akan menyewa kerusi berjemur dan payung, serta berenang di bawah pengawasan penyelamat terlatih.

Setiap kali tibanya bulan Julai, Pantai Haulover akan menganjurkan perayaan Minggu Rekreasi Bogel Kebangsaan.


Pantai Haulover menarik kedatangan lebih sejuta pelancong.
Follow Us

Racurve Author 5#

Fighter | Credits 24253   
4. Red Beach, Greece

Pantai Merah atau Red Beach menjadi tarikan buat mereka yang mahu berjemur dalam keadaan bogel sambil menikmati kehidupan pulau tanpa orang ramai.

Pantai terpencil ini dinamakan sempena pasir berwarna karat dan ia hanya boleh diakses melalui pendakian selama 20 minit atau menaiki bot dari kampung Matala.

Selain aktiviti berjemur, pelancong boleh menerokai gua purba. Lokasi ini turut dimeriahkan dengan sebuah bar kecil yang menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati pelbagai minuman menarik.

Racurve Author 6#

Fighter | Credits 24253   
5. Praia do Pinho, Brazil

Praia do Pinho merupakan pantai di Brazil yang mana perbuatan berbogel adalah wajib. Praia do Pinho dianggap sebagai destinasi percutian bogel pertama negara itu.

Praia do Pinho juga digelar sebagai pantai bogel terbaik di Amerika Selatan. Jika berada di Brazil, anda perlu menaiki penerbangan sambungan dari Rio de Janeiro atau São Paulo ke Florianopolis untuk sampai ke pantai itu.


Praia do Pinho juga digelar sebagai pantai bogel terbaik di Amerika Selatan.

cheezel Lv.9 7#

Adventurer | Credits 3304   
Tak masuk pasir ke dlm tu

ADVERTISEMENT


Suchi Lv.18 8#

Master | Credits 69856   
Punyai kekuatan mental yg kuat nak berbogel dikhalayak awam ni
Lelagi kalau ko sendiri rasa down tgk badan sndiri kat cermin ini kan plak nak tayang depan org.

mojarean_X Lv.15 9#

Gladiator | Credits 34725   
X suka g pantai sbb panas

Highflyer19 Lv.15 10#

Gladiator | Credits 34384   
Morib tk ada dlm senarai ni...habih yg cina2 tu bogel kt mana dulu

sharlenetexas Lv.19 11#

Emperor | Credits 95551   
Sebagai persediaan di padang mahsyar.


ip_lepat Lv.22 12#

Moderator | Credits 1116073   
Edited by ip_lepat at 17-9-2022 06:10 PM

@bellaa aku pindah tered ni kat sini
lebih sesuai kat sini

LadyCarefree Lv.16 13#

Conqueror | Credits 49652   
Quote: Suchi replied at 16-9-2022 08:21 PM
Punyai kekuatan mental yg kuat nak berbogel dikhalayak awam ni
Lelagi kalau ko sendiri rasa down tgk ...

Semua yg ke situ orang biasa je bukannya semua ala ala model. Perut gendut, tetek gelebeh, bontot labuh, macam2 semua pun ada. Diorang bukan tujuan tayang body. But to be one with nature.

Tapi kalau kat Cap d'Agde tu ada kawasan yg org bebas ngeseks in public kat beach situ. Siapa nak nengok dipersilakan. Kalau nak join kena minta kebenaran. Kalau takat tengok dan masturbate silakan.

Toksah bayangkan badan2 semua macam pornstar grade A la. Real life xmacam tu.

Kalau nak merasa naturist resort yg dekat ialah di Phuket atau Bali. Clothing optional melainkan pool area wajib bogel. Pantai xboleh bogel. Private resort area je boleh. Ada resort staf pun bogel juga. Cari je kat booking.com Baca reviews ada je orang msia pergi.

Kalau nak cuba silalah baca etika naturists atau nudists. Ni bukan tempat nak cari seks partner atau nak staring at nude bodies.

Selain beach dan resort bogel2 ada juga cruise khas. Google je nude cruise kalau nak tau. LOL.

Kalau kat Germany ada park yg org sunbathing bogel waktu summer.

Kat Paris dulu ada restoran bogel tapi dah tutup rasanya.

Warga porumer Islam diingatkan semua ni haram. Google gambar dgn video pon xleh ok. Haram.

lurve82 Lv.14 14#

Fighter | Credits 26021   
Ishh dh tertgk ppuan topless dkt phuket…tp tetek dia masih cantik walau dh kertu…laki iols ckp ini first dan last pegi phuket..anak2 iols bz main pasir je…

Taktahu18 Lv.5 15#

Minder | Credits 703   
Kalau bawak anak2 jenuh la nk tutup mata diaorg

ADVERTISEMENT


sofea86 Lv.8 16#

Honour | Credits 2671   
Quote: lurve82 replied at 18-9-2022 10:40 AM
Ishh dh tertgk ppuan topless dkt phuket…tp tetek dia masih cantik walau dh kertu…laki iols ckp ini ...

Sama la masa gi Krabi...x ingt pulau mana..susah btl nak amik gmbr...

lurve82 Lv.14 17#

Fighter | Credits 26021   
Quote: sofea86 replied at 19-9-2022 08:23 PM
Sama la masa gi Krabi...x ingt pulau mana..susah btl nak amik gmbr...

Krabi iols xnampak..Alhamdullillah Allah lindungi mata iols

Page88 Lv.12 18#

Defender | Credits 10602   
I forgot the place name in France where women literally walk naked to do their groceries, shopping, all done in the nude.

midori888 Lv.15 19#

Gladiator | Credits 32565   
Pnh tgk ppuan tua topless kat beach in Bulgaria, black sea....

selipar_hijau Lv.13 20#

Challenger | Credits 16104   
Aussie pun ada tak silap pantai yg bogel ni tak ingat apa nama nye

All contents are displayed